in

Soal Jawab Musim Ke-3 Jemput Blogger

KEMBALI BERSIARAN DI TV3 UNTUK MUSIM KETIGA
LEBIH RELEVAN DAN MENDEKATI PENONTON

SOAL JAWAB musim ketiga kembali ke udara pada setiap Rabu, jam 11.00 malam mulai 29 September 2010 secara langsung dari Studio A, Sri Pentas. Untuk musim baru ini, kandungannya mencakupi temubual berlandas berita dan juga selebriti.

Masih dihoskan oleh Datuk Ahmad A. Talib, Pengarah Eksekutif, Berita dan Operasi Editorial Media Prima, SOAL JAWAB ada kalanya turut menampilkan lebih daripada seorang tetamu jemputan berdasarkan tajuk yang dibincangkan.

Episod pertama memaparkan topik “Menyelami Minda Penulis Blog” dengan menjemput tiga orang penulis blog iaitu Syed Azidi Syed Abdul Aziz juga dikenali sebagai kickdefella ( penulis blog sosial politik), Datuk Dr. Ridzwan Bakar (penulis blog dan pakar Perubatan dan Kesihatan) dan juga Munirah Hanim Ahmad Jahudi (penulis blog tentang keibubapaan).

Secara umum, blog yang dikemaskinikan secara berkala berdasarkan sudut pandang penulis ataupun blogger dari pelbagai bidang dan latar belakang semakin mendapat perhatian dan menjadi suatu fenomena pada zaman sekarang.

Bagi episod kedua pula yang akan bersiaran pada 6 Oktober, SOAL JAWAB akan menjemput Angkasawan Negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie. Personaliti ini akan berkongsi pengalaman hidup sebagai seorang tokoh Negara, cara-cara beliau menghadapi kontroversi dan debaran beliau bakal bergelar seorang suami iaitu pada 10 Oktober 2010

Soal Jawab diterbitkan oleh Primeworks Studios. Para penonton juga boleh menyuarakan pendapat dan pandangan mereka melalui emel [email protected].

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chipsmore Land Musim Ke-5 TV9

Kaji Selidik Radio Nielsen Kedua 2010 Suria FM