Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sneak Preview Istiadat Persandingan Cucunda D.Y.M.M Tunku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan



Budiey minta maaf banyak-banyak kepada pembaca sekalian kerana tidak dapat mengemaskini blog dengan ulasan konsert Akademi Fantasia minggu ke-4. Dengar cerita, Faisal tersingkir ya? Mmm, dah takde rezeki Faisal barangkali. Rasanya memang dah dijangka pun. Tetapi khabar yang Budiey terima dari peminat, persembahan Faisal minggu ini amat memberangsangkan berbanding dengan minggu lalu. Jadi, tidak sepatutnya Faisal terkeluar. Siapa sepatutnya terkeluar? Stanly? Toi? Saida? Apa kata korang pula?

Sebenarnya, Budiey masih lagi tidak menonton Konsert Akademi Fantasia samada di kaca TV atau jauh sekali menonton secara live di Dewan Sivik. Ini kerana pada malam tadi, Budiey telah menghadiri satu jemputan untuk buat liputan di Majlis Istiadat Persandingan Cucunda D.Y.M.M Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan D.Y.M.M Tunku Ampuan Negeri Sembilan di Grand Ballroom, Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Sempat bergambar kenangan bersama Kak Ju & the geng

Oh ya, dalam pada itu, Budiey terkejut dengan khabar angin yang mengatakan Budiey.com (Sensasi Selebriti) telah dibanned oleh Astro untuk membuat liputan di semua acara yang dianjurkan oleh Astro. Agak pelik kerana sebelum ini Budiey tidak ada masalah dengan pihak Astro. Malah, Budiey selalu berhubungan dengan Pengurus Besar Astro Oasis, En Izelan Basar. Beliau pernah mencadang kepada Budiey supaya menulis tentang ujibakat Hos Astro Oasis dan sedia bekerjasama untuk terus menyokong Astro di masa akan datang.

Entahlah, Budiey pun tak tahu masalahnya sehingga Budiey sudah tidak menerima email jemputan untuk sebarang majlis yang dianjurkan oleh Astro. Adakah benar nama Budiey sudah disenarai hitamkan? Wallahua’lam. Nanti Budiey siasat. Hehehe…

Biasalah mulut orang kan, kita tidak boleh tutup. Mungkin kerana blog ini agak picisan dan bersifat murahan kot. Ye lah, ada benar juga desas desus mengatakan blog ini sangat kecil dan tidak sama dengan new media dan blogger lain yang lebih menyerlah. Jadi, blog Budiey tidak perlu dijemput untuk buat liputan event. Budiey seharusnya sedar tentang kedudukan Budiey yang hanya sekecil kuman ini. Namun, Budiey berjanji kepada pembaca untuk terus menjadikan blog ini sebagai penyalur berita dan informasi terkini dan secepat yang termampu untuk semua jemputan majlis yang Budiey terima. Kalau korang perasan, Budiey tidak banyak menulis tentang gossip dan lebih menumpukan kepada acara, sidang media dan majlis hiburan sahaja. Sebenarnya, inilah konsep blog Sensasi Selebriti. Banyak memberi laporan daripada mengkritik, mencaci dan mengutuk selebriti atau majlis seperti dulu-dulu yang pernah Budiey buat. Hah? Budiey dah insaf ke? Mmm…

Oh ya, kembali kepada majlis persandingan yang berlangsung jam 8 malam tadi, sebenarnya inilah kali pertama Sensasi Selebriti dijemput untuk mengadakan liputan untuk majlis perkahwinan kerabat. Banyak ilmu dan pengalaman telah Budiey timba. Rupanya, ada procedure dan adat yang perlu dipatuhi oleh semua jurugambar. Budiey sedar, majlis sebegini dapat mematangkan dan memantapkan lagi diri Budiey untuk menjadi seorang jurugambar yang profesional suatu hari kelak. Sekarang ini, masih baru nak belajar.

p/s: Terima kasih Farhan MFR sebab sudi menelefon gue masa loe kat konsert AF semalam. Ingat juga ya lo sama gue! 

Budiey ada intai juga kalau-kalau ada selebriti yang turut hadir… tetapi tidak ramai yang Budiey kenali. Yang adanya… ha ni dia… Khairy Jamaluddin Abu Bakar; menantu Pak Lah.

khairy jamaludiin

Dan berikut ini ada sneak preview atau teaser untuk korang tengok…

Gambar selebihnya akan disiarkan pada masa terdekat.

[tags]budiey dibanned, sensasi selebriti, budiey.com, majlis sanding, Majlis Istiadat Persandingan Cucunda D.Y.M.M Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, hotel shangri-la, majlis resepsi, grand, ballroom[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sneak Preview Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain
  • Gambar Perkahwinan Diraja Zara Salim Davidson
  • Wedding Zara Salim Davidson & Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin
  • MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS PENYIARAN TUANKU MUHAMMAD NEGERI SEMBILAN
  • Gambar Sneak Preview M-IFW di The Garden
  • Foto Sneak Preview Filem Dukun
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Foto Wedding Zara Salim Davidson
  • Program Majalah Raya 2010 di TV9
  • Sneak Preview Filem Maut Scene Neraka



  • 10 Komen untuk entri “Sneak Preview Istiadat Persandingan Cucunda D.Y.M.M Tunku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan”

    1. obefiend kata:

      FIRST!

      what is KJ smiling about? i feel like shoving a live pig down his mouth!

    2. naNaku kata:

      huhuhu budiey, mmg ye pun faisal terkeluar…hmm rse cm sedih plak..sepatutnye saida tu yg kuar, kalo budiey tgk saida nye performance leh muntah ar…da la lembik, nyanyi x best langsung…..pe nth yg pemint pndang sgt……hey wake up la..jgn kerana dia kakak DCT dia harus diselamatkan walau dia mmg xde potensi langsung…na pun pemint DCT gak..tpi langsung xkn mengundi utk saida………..uwekkkkkkkkkk
      hmmm saper yg ckp budiey.com nie laman murahan? kuang hajaq nye mulut dia………budiey ader kelas tersendiri la……..go go go budiey ! dnt give up erk…. :P

    3. obefiend kata:

      btw budiey ol chap,

      i dont think ur blog is picisan. it is by far the most well designed one. i know you are a good friend with Joe Lee.. but to be honest. thsi site is a thousand times better than his!

      jgn rasa rendah diri

      you blog is awesome! that is why i lepak here all the time! LOL

    4. Budiey kata:

      Obefiend, thank you & thank you… Thank You for Your Support. Really appreciate that. But still rasa diri i sangat kecil dalam industri. Ekceli blog macam ni budak sekolah pun boleh buat sebab tak kritis. Blogger ni ekceli kerja dia lebih kepada kritikan, ulasan, komentar, pendapat peribadi… bukan melapor macam surat khabar mcm konsep SS sekarang ni…

      Eh, you all tau tak kat mana nak buat T-shirt & merchandise? Budiey ingat nak buat T-shirt dan merchandise untuk sensasi selebriti blog. Sekarang tengah cari sponsor & funders…

      Obefiend, i already link your blog at Sensasi Selebriti. TQ ya, yr blog powerlah.

    5. iyas kata:

      budiey!teruskan usaha…jgn kecik ati dgn ckp2 org tu…yang pasti u still ade reader2 yang ramai dr sesetengah bloggers yang konon2 blog derang vogue! i’ll support u all the way..and u’re really nice guy!

    6. lady_carlorino kata:

      Budiey… apasal tunjuk gambar dari tepi ngan belakang.. tak berapa nampak lah.. bila nak tunjuk balance gambar lain??

    7. Budiey kata:

      Thanks Iyas.

      Lady, Budiey tengah tunggu senarai VIP yang hadir daripada penganjur.

    8. papadom kata:

      KJ tu bersama siapa budiey? bini baru ke..hehe

    9. katrina kata:

      wow kj so handsome..itu kakak pengantin laki tengku asrah tak salah..bukan bini baru tu..tak baik menuduh..

    10. jj kata kata:

      yg baju orange tu saper…cantik nyer baju

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK