Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











SMS Ugutan dari Seri Bayu



Yang ni kata lain, yang tu kata lain, yang mana satu nak percaya, Budiey pun tak tahu. Hari ini, masa baca mstaronline, Azira kawan Budiey tu ada tulis pasal Erema cakap dia ada terima SMS ugutan dari Seri Bayu yang sampai sekarang tak nak ceraikan Erema. Kes ini pula akan dibawa ke tarikh 3 Mac. Mmm… lamanya lagi nak selesai kes.

Erema terima mesej berbaur ugutan oleh Seri Bayu

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Sehari sebelum kes penceraian penyanyi Erema dan suaminya, penulis lirik Seri Bayu dibicarakan, dia telah menerima mesej berbaur ugutan oleh suaminya itu semalam.

Menurut Erema, Sistem Pesanan Ringkas (SMS) itu berkata: “Awak tengoklah esok (hari ini), siapa yang fitnah siapa.”

Erema atau nama sebenarnya Dayang Zaira Erema Awang Moshdad, 26, hadir di mahkamah bersama rakannya, penyanyi Sharifah Azizah Syed Zain atau Rifa kira-kira pukul 9 pagi tadi manakala Seri Bayu atau Jamaludin Sulik gagal menghadirkan diri kerana masalah kesihatan.

Walaupun penulis lirik berusia 44 tahun itu masih berdegil dan enggan melepaskan isterinya, Erema bagaimanapun nekad dan berharap agar kes penceraian mereka akan menemui titik noktah dalam masa terdekat ini.

“Saya berharap supaya kes penceraian ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini kerana tidak mahu hal ini berlarutan sehingga semua perkara diketahui oleh orang ramai,” luah Erema ketika ditemui selepas perbicaraan kes tersebut di luar mahkamah, di sini, hari ini.

Namun, pihak Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini memutuskan untuk membawa kes penceraian Seri Bayu dan Erema pada 11 Mac depan, pukul 2 petang.

Hakim Syarie Ghazali Ahmad membenarkan permohonan peguam syarie Halipah Abdul Manaf yang mewakili Erema untuk memasukkan penyata pindaan bagi memastikan tuntutan penceraian lengkap dan menguatkan tuntutan permohonan.

Sementara itu, peguam syarie Noorafizah Abdul Aziz yang mewakili Seri Bayu pula menyatakan beliau tidak mempunyai bantahan untuk plaintif (Erema) mengemukakan hujahan itu. Pihak mereka akan menyatakan penyataan pembelaan pada tarikh tersebut.

Apabila ditanya sama ada dia mengetahui tentang keadaan dan kesihatan suaminya sebelum ini, Erema berkata dia ada mendengar berita tentang kesihatan suaminya itu melalui keluarganya.

“Keluarga saya ada memberitahu saya yang Abang Seri Bayu beransur sihat dan sudah boleh bergerak sedikit demi sedikit dengan sendiri. Alhamdulillah..,” kata Erema.

Erema menambah, kini dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suaminya kerana suaminya dijaga oleh keluarga angkat. Namun, Erema berkata kadangkala mereka ada juga berhubung melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

“Abang Seri Bayu ada juga menghantar SMS kepada saya seperti bertanya khabar dan ucapan Selamat Tahun Baru baru-baru ini. Saya juga menghantar mesej meminta dia lepaskan saya dengan cara yang baik kerana dia akan memfitnah saya yang bukan-bukan apabila terlalu sakit hati dan tertekan. Saya faham sangat dengan perangai dia tetapi tak boleh cakap apa-apa,” kata Erema.

Erema memfailkan kes cerai tersebut pada awal bulan November tahun lalu.Seri Bayu bernikah dengan Erema, yang berasal dari Kuching Sarawak pada 19 Disember 2006 di Masjid Al-Muhsinin, Danau Desa, Kuala Lumpur.

Ia perkahwinan kedua buat Seri Bayu selepas bercerai dengan isteri pertamanya pada 2002. Hasil perkahwinan pertama, Seri Bayu dikurniakan lima anak berusia antara 7 hingga 15 tahun iaitu Muhamad Akmal, 13, Muhamad Aiman, 12, Muhamad Aizam , 9, Ally Farjana, 7, dan Muhamad Adham, 5.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kes Tuntut Cerai Isteri, Seri Bayu Tak Setuju
  • Seri Bayu Meninggal Dunia
  • Erema Tuntut Fasakh, Seri Bayu Fail Pembelaan 22 April
  • Cinta Lima Bintang Lakonan Irma Hasmie & Ako Mustafa
  • Irma Hasmie, Ako Mustafa dalam Cinta Lima Bintang
  • Gambar Datin Seri Normala Samsudin
  • Gossip: Diugut Bekas Isteri Kekasih
  • Gambar Farah Nabila Noor Binti Anuar SERI Calon Juara AF 6
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Lirik Lagu Angin & Kasih – Filem Diva Songs



  • 10 Komen untuk entri “SMS Ugutan dari Seri Bayu”

    1. Mr kata:

      I have always wondered why is it so difficult for a man to grant divorce to his wife in a situation where the wife no longer wants to be in a marriage. Case in hand is this erema sri bayu case. Why hold on to something when it is very clear that there is irrevocable differences.

      Whats with this gantung tak bertali thing?

    2. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      begitulah ego nya seorang lelaki.. kuasa ada pada mereka.. dengan kuasa yang ada mereka menganggap diri mereka sempurna.. tapi kenapa ya.. dalam bab tanggungjawab orang lelaki tak jalankan dengan smpurna.. apa2 pun itulah hakikatnya…

    3. abdfatah kata:

      yea terima laa hakikatnya…

    4. adekepatut kata:

      inilah masalahnya..apa yg saya tahu bayu tu marah sgt kat bini dia..yelah time dia tgh sakit bini dia minta cerai. For me better bayu lpskan dia…sbb dia masih muda so keinginan zahir dan batin tu masih melonjak2….kita mesti consider about ”what women want”

    5. june kata:

      ler..tergantung lagi kes ni..apapun semoga dpt kata sepakat…

    6. Carsharf kata:

      Kesianlah pada Seri Bayu tu. Bukannya kehendak dia sendiri nak sakit. Takkan Erema tak boleh bersabar sikit? Dalam perkahwinan, mestilah ada sifat sabar, saling memahami, menghormati. Kalau seseorang isteri itu benar-berar isteri yang solehah, dia akan senantiasa bersama suaminya walau dalam keadaan apa sekalipun selagi tidak memudharatkan diri dan tidak melanggar batas-batas syarial Islam.

    7. Obefiend kata:

      some one should put some rat poison into his drink or puish his wheelchair down a slope.

    8. Itsme kata:

      Obefiend >> I will help you push!! He is really taking advantage of the Syariah Law to sabotage the freedom and hapiness of his wife and using his disability to score ‘pity’ points! He is just doing it out of spite, anger, resentment and jealousy…and he thinks “If I can’t have her then nobody else will…”

    9. ummie cute kata:

      Mcm2 la dunia artis ni..yg nak becerai susah nak d ceraikan.. yg nak kawen senang sngat kawen nya..(d tngkap khalwat)..donia..donia..
      tu la len kali bila kesian kat seseorg tu jgn smpai sanggup jd bini,bila dah tak sanggup..kan dah susah nak d lepaskan..yg c jntan ni pun ape susah sngat,dah org tak sudi tu ceraikan la tak payah nak buruk memburuk kan satu sama lain..buat malu kat masyarakat je..life must go on… *u jump.. i stay…* :)

    10. kucing123 kata:

      kiri duri kanan pun berduri
      arah mana ke mana hendak hamba melangkah

      nasib diri begini nasib diri
      kucing kucing123

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK