Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)


















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





SLOT SUTERA - BIDADARI KOTA LAKONAN KUZA, BADRUL MUHAYAT di RTM1

SLOT SUTERA - BIDADARI KOTA, BERMULA 16 MEI 2008, SETIAP ISNIN HINGGA JUMAAT, JAM 11.05 PAGI DI RTM1

Cabaran dan dugaan hidup empat wanita gigih memperjuangkan nasib mereka melatari Bidadari Kota, bermula 16 Mei 2008, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.05 pagi di RTM1.

Bidadari Kota berlegar sekitar kisah empat sekawan wanita bernama Elida, Liza, Nora dan Yasmin. Setelah menamatkan zaman pengajian di kolej, masing-masing terpisah dan membawa haluan sendiri. Segalanya ditempuhi atas dasar mengejar impian mencari kebahagiaan atas dasar nama cinta dan kasih sayang.

Namun akhirnya takdir menemukan mereka semula. Tetapi mereka tidak dapat lari daripada berdepan masalah yang terpaksa diterima mereka sepenuh hati.

Meniti usia 34 tahun, Elida mula berdepan dengan cemuhan orang dan desakan keluarga supaya mendirikan rumahtangga. Ia menjadi igauan dan tekanan dalam kehidupan seharian Elida lalu dia meletakkan matlamat pencarian jodohnya sebagai satu prioriti yang perlu dicapai sebelum mencecah usia 35 tahun.

Sementara itu temannya, Liza pula berdepan dengan masalah apabila suaminya, Rashidi jatuh cinta dengan wanita lain. Tanpa belas kasihan, Liza telah diceraikan dengan talak satu. Tinggalah Liza bersama zuriat tunggal mereka, Dania. Walaupun hatinya hancur dengan perbuatan bekas suaminya itu, namun Liza patah semangat berdepan dengan dugaan.

Dalam menghadapi kemelut penceraiannya, Liza menghubungi Elida. Berkat bantuan Elida serta sokongan Nora dan Yasmin, Liza berdiri semula dari kehancuran dan memulakan kehidupan barunya menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal.

Liza berjaya mendapatkan kerja sebagai Perunding Penyelidik di sebuah firma di ibukota. Liza mampu menarik nafas lega kerana kerjayanya dapat menampung kehidupan mereka dua beranak. Namun situasi selesa itu tidak berpanjangan apabila bekas suaminya mengemukakan tuntutan hak penjagaan terhadap Dania.

Sementara itu teman baik mereka, Nora pula biarpun dilimpahi kemewahan ibu bapanya tetapi kebahagiaan jodoh tidak berpihak kepadanya. Nora sekeluarga telah dimalukan pihak keluarga kekasihnya, Rizal yang menarik diri di hari pertunangan mereka.

Setehun berlalu, Nora dipertemukan semula dengan Imran, lelaki yang menyintainya sepenuh hati. Imran adalah bekas majikan Nora yang sanggup melakukan apa saja untuk memenangi hati wanita itu. Akhirnya setelah tiga tahun menyulam cinta, mereka akhirnya mendirikan rumahtangga. Tujuh tahun menjalani kehidupan suami isteri, Nora merasakan kasih sayang Imran begitu menebal buat dirinya. 

Hakikatnya Nora berdepan konflik diri mahu dikurniakan cahayamata. Usianya yang menghampiri angka 34 membuatkan dirinya tambah tertekan dengan situasi itu hingga menimbulkan masalah dalam perhubungan mereka suami isteri.

Seorang lagi rakan mereka, Yasmin pula menggalas tanggungjawab menjaga adik bongsunya, Yuni yang masih belajar di sebuah kolej swasta. Apatahlagi dalam adik beradiknya, hanya Yasmin yang masih belum mendirikan rumahtangga.

Berbekalkan kelulusan dalam jurusan ekonomi yang dipegangnya, Yasmin bekerja di sebuah syarikat pasaran saham sebagai Remiser. Hampir sepuluh tahun menjalankan kerja itu tetapi Yasmin masih tidak berpuas hati dengan pencapaiannya berbanding Elida, sahabatnya yang dianggap berjaya.

Justeru ia memupuk semangat Yasmin untuk mengembangkan kerjayanya menceburkan diri dalam bidang perniagaan pula dengan menubuhkan Sutera Anggun Sdn. Bhd. Baginya berpantang maut sebelum ajal. Apatahlagi dia begitu bersungguh mahu melihat Yuni berjaya dan meraih kejayaan dalam pelajaran dan kehidupan.

Dalam pencarian jodoh yang sesuai, Elida bertemu dengan Hashim. Namun kemudiannya Elida mendapati Hashim bukanlah lelaki yang tepat kerana kasih yang dicurahkan Elida dibalas dengan penghinaan dan penipuan lelaki itu. Hakikatnya jodoh yang ikhlas kini sudah berada di depan mata iaitu Baktiar, kakitangannya sendiri.

Di samping itu Liza terus berjuang mendapatkan hak penjagaan Dania. Malah dia berjuang dengan isu gangguan seksual dari majikannya lantaran status yang disandang. Namun berkat ketabahan dan kesetiaan sahabat-sahabat baiknya, Liza cekal menghadapi dugaan hidup.

Yasmin pula membelakangkan soal jodoh demi mengejar cita sebagai usahawan dan dugaan dalam membina perniagaannya. Tetapi dia juga tidak sunyi daripada berdepan dugaan apabila Yuni seringkali memberontak sedangkan dirinya dilimpahi kemewahan oleh kakaknya itu.

Begitu pun Nora pula terpaksa menerima hakikat dimadukan sedangkan pada masa yang sama dia menerima khabar gembira mengadungkan anak daripada benih Imran seperti yang diimpikan selama tujuh tahun usia perkahwinan mereka.

Mampukah empat bidadari kota ini berdepan dengan ujian dan cabaran hidup mereka? Drama ini menggabungkan lakonan hebat dan berkesan Maria Farida, Corinne Adrienna, Ridana, Kuza, Badrul Muhayat, Effe Naressa dan Farid Khan.

Kepada penonton setia Saluran Inforia Anda, jangan ketinggalan menyaksikan Bidadari Kota, bermula 16 Mei 2008, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 11.05 pagi di RTM1.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kuza, Zila Bakarin, Sabri Yunus, Suhaimi Kaswan Dalam Drama Iradat
  • Drama Selembut Sutera Kilauan Mutiara Lakonan Emelda Rosmila
  • Drama Kekasihku Seru di Slot Drama Seram TV3
  • Aishah Mat Desa, Rozie Rashid, Nazri Sapuan dalam JIHAD KHADIJAH
  • Gambar Seksi Faezah Elai Heroin Tomboy Drama Sutera Maya Pakai Tank Top
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • DRAMA NOVEL LATIFAH LAKONAN MARISSA YASMIN, SITI FAZURINA, BELL NGASRI
  • FAHRIN AHMAD DALAM DRAMA NOSTALGIA CINTA KITA



  • SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH. SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA.

    3 Komen untuk entri “SLOT SUTERA - BIDADARI KOTA LAKONAN KUZA, BADRUL MUHAYAT di RTM1”

    1. obefiend kata:

      argh .. badrul mayat. serial fornicator and wife beater! not to mention king of khalwat. woudl you watch his show? not me!

    2. NIEDA kata:

      very nice story..i ikuti kisah bidadari kota ni dari 1st episod hingga last iaitu pada 25 jun 2008..citer besh..jalan cerita menarik,boleh ditonton oleh semua sbb citer tentang lehidupan yg light & clear.. pelakon2 pun berjaya membawa watak dengan berkesan, maria farida dah lama tak berlakon..so this comeback mmg dinantikan peminat…

    3. itsme kata:

      I missed the last episode, do you know where I can view online? I really need to know the ending…. Did Imran choose his wife or Zetty and is it Zetty who send the sms?

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK