in ,

Slot Golden Dragon Siar A Warrior’s Tragedy

Slot Golden Dragon Siar Filem Kantonis : A Warrior’s Tragedy di TV2

Peminat slot Golden Dragon yang berkongsi filem-filem hebat Kantonis Setiap Khamis, jam 10.00 malam pastinya menantikan tayangan filem kegemaran mereka disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2.

Kepelbagaian genre filem dikongsi sama dengan penonton di mana slot tontonan ramai inipada 10 November depan menjanjikan tayangan filem A Warrior’s Tragedy (1993) memaparkan kisah epik di mana tragedi yang berlaku dalam diri seorang pahlawan yang telah berdepan konflik kehilangan kedudukan dan kuasa yang dimilikinya.

Aksi Ti Lung sebagai pahlawan dalam A Warrior Tragedy

Filem arahan Frankie Chan yang membariskan pelakon handalan Ti Lung, Frankie Chan Fan-Kei, Anita Yuen Wing-Yee, Fennie Yuen Kit-Ying, Julian Cheung Chi-Lam, Fung Hak-On dan Tze Miu ini diadaptasikan daripada sebuah novel karya Gu Long yang sarat dengan fantasi teknik pertempuran yang diilhamkan untuk di kongsi bersama penonton yang gemarkan filem berbentuk aksi.

Plot filem ini berlatarkan kisah tentang pahlawan bernama Fu (Ti Lung), seorang pemain pedang yang bermasalah. Pada masa sama Fu telah dilatih oleh ibunya untuk membalas dendam terhadap kematian keluarganya di tangan Ma Hung-Kwan, seorang ketua perang yang zalim.

Dalam kampung mereka, dia bertemu seorang ketua seni mempertahankan diri dikenali sebagai Yip Hoi (Frankie Chan) yang menyertai Fu dalam jemputan untuk melawat rumah Ma.

Rupa-rupanya, Fu bukanlah satu-satunya pihak yang cuba untuk membunuh Ma. Namun Ma mampu menangkis semua serangan dan ancaman kerana kemahirannya dalam bidang seni mempertahankan diri yang mampu melindungi dirinya daripada serangan pihak musuh.

Mengetahui bahawa dirinya tidak dapat berjaya dalam serangan secara terang-terangan terhadap Ma, Fu mengalih tumpuan dengan berpoya-poya dengan seorang wanita. Namun hakikatnya wanita tersebut bukanlah gadis sembarangan kerana tanpa disedari Fu, gadis itu merupakan individu yang telah diupah untuk membunuh dirinya.

Sementara itu, Yip Hoi masuk ke dalam satu siri pengembaraan yang memuncak dalam pertempuran dengan Fung Hak On dan mengejar kereta kuda dinaiki oleh Fung. Ketika itu Ma membuat satu percubaan yang gagal untuk menentang kedua-dua pahlawan itu.

Bagaimanakah kesudahannya hanya akan dietahui apabila anda meluangkan masa menyaksikan filem aksi A Warrior’s Tragedy ini hanya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

James Baum Launch My Lead Album

Pra-Pelancaran Wajah Baru Red Box Ria & Showcase Omg Gempak!