in

Slot Cerekarama & Siaran Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi

TV3 PILIHAN UTAMA DI HUJUNG MINGGU
Slot Cerekarama & Siaran Langsung Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi

Stesen No.1 Negara, TV3 terbukti terus menjadi saluran pilihan utama rakyat Malaysia apabila berjaya meraih jumlah kadar tontonan tertinggi menerusi slot Cerekarama pada malam Sabtu lepas dan sekali lagi sewaktu siaran langsung perlawanan akhir EURO 2012.

Bersiaran setiap malam Sabtu, slot Cerekarama minggu lepas menampilkan telemovie arahan sutradara terkenal Raja Ahmad Alaudin yang bertajuk “Maharku Untukmu”. Mengisahkan suka duka kehidupan pemuda bernama Putera, menjadi Pak Sanggup kerana rela berkahwin dengan Tengku Aishah, anak gadis yang sombong dan lebih mementingkan darjat daripada maruah diri. Putera dikahwinkan dengan Aishah demi menutup malu dan menjaga reputasi keluarganya apabila dia didapati mengandung sebelum bernikah. Namun, Aishah masih tidak dapat menerima Putera dan melayan suaminya dengan buruk sedangkan Putera hanya menerima semuanya dengan sabar.

Slot Cerekarama & Siaran Langsung Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi

Berbekalkan jalan cerita yang menarik serta lakonan hebat dan penuh emosi daripada Adi Putra, Nabila Huda dan Norish Karman, telemovie terbitan Primeworks Studios ini berjaya mencatat jumlah penonton tertinggi sebanyak 2.4 juta (11.7 TVR) atau 43.1% (sumber: Nielsen Audience Measurement), sekaligus mendapat kedudukan pertama dalam senarai Top 700 program televisyen Negara sepanjang minggu akhir bulan Jun ini.

Rekod sekali lagi tercipta apabila hampir 1.5 juta peminat bolasepak Negara telah memilih saluran TV3 untuk menonton siaran langsung perlawanan akhir EURO 2012 di mana juara bertahan Sepanyol telah berjaya menumpaskan pasukan Itali (4 – 0) pada malam Ahad lalu. Secara keseluruhan purata penonton yang menyaksikan perlawanan tersebut bermula jam 2.45 pagi hingga 4.45 pagi mencecah 1.1 juta (4.6 TVR) atau 52.3 % (sumber: Nielsen Audience Measurement).

Demam Euro 2012 Media Prima dengan tema “Real Fans Real Football” telah melanda Negara sejak 8 Jun dan berakhir 1 Julai lalu di mana TV3 selaku rakan penyiar bersama Maxis, penaja utama siaran komited untuk membawakan kepada semua peminat fanatik bola tanahair 16 perlawanan EURO 2012 secara langsung di TV3 manakala siaran ulangan di ntv7 dan portal Tonton dengan percuma! Dua lagi stesen rangkaian televisyen Media Prima iaitu TV9 dan 8tv juga turut sama menyokong liputan Euro 2012 ini.

Kemeriahan malam penutup kepada kejohanan bola terbesar Eropah kali ini turut dimeriahkan dengan pengajuran “Viewing Party” di Encorp Red Carpet Avenue, Kota Damansara. Bermula jam 8.00 malam, pengunjung berpeluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik seterusnya memenangi hadiah hebat, antaranya cabutan bertuah untuk menyaksikan perlawanan Manchester United di Old Trafford, tiket penerbangan ke Osaka, Jepun dan penginapan 2 hari 1 malam di Melaka.

Selain itu, hampir 5,000 pengunjung yang hadir turut berhibur di mini konsert yang menampilkan artis-artis popular tanah air seperti 6ixth Sense, Projek Pistol, OAG dan Drama Band serta beramah mesra dengan pelakon drama antaranya Josiah Hogan, Shah Iskandar, Danny X-Factor, Wan Sharmila serta figura sukan popular Khairul Fahmi dan Safiq Rahim. Lintas langsung program “Sorak Borak” juga diadakan di Encorp Red Carpet Avenue bersama pengacara, Tabah Sazwan dan Kieran (Hot FM) bersama tetamu jemputan khas, Iqram Dinzly dan Fizo Omar. Tepat jam 2.45 pagi, layar gergasi di The Strand turut menyiarkan perlawanan akhir EURO 2012 dari Stadium Olimpik, Kiev, Ukraine.

Slot Cerekarama & Siaran Langsung Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi

Slot Cerekarama & Siaran Langsung Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi

Slot Cerekarama & Siaran Langsung Perlawanan Akhir EURO 2012 Raih Rating Tinggi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jurnal Renovation & Persiapan Pindah Rumah

Rombakan Terbaru Stesen Radio Hot FM