in ,

Skim Insentif Tayangan Filem

Skim Insentif Tayangan Filem

Kuala Lumpur, 6hb Mac 2011 : Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui FINAS telah mengumumkan perlaksanaan Skim Insentif Tayangan Filem bagi menggantikan Skim Pemulangan Duti Hiburan pada 28 Mac 2011.

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) telah mengambil maklum tentang skim baru tersebut dan telah membincangkan perkara ini dimesyuarat ahli jawatankuasa kami pada 1hb April 2011.

PFM juga telah menerima pendapat daripada beberapa ahli yang aktif menerbitkan filem dan kini maklumbalas serta kertas cadangan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan FINAS telah pun siap.

PFM sentiasa menghargai keprihatinan serta sokongan YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia di dalam memacu perkembangan industri perfileman tanahair yang terletak dibawah Industri Kreatif yang juga berperanan sebagai salah satu penyumbang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara ekonomi berpendapatan tinggi melalui Pelan Transformasi Ekonomi.

PFM berharap YB Menteri bersama-sama wakil Kementerian khususnya dari FINAS akan meluangkan masa untuk bertemu dengan wakil-wakil PFM didalam masa yang terdekat ini bagi membincangkan isu Skim Insentif Tayangan Filem yang kini mendapat pelbagai reaksi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Norman Abdul Halim, Setiausaha Kehormat PFM.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Indahnya Bersantai di Sheraton Bandung Hotel

Cara Mudah Untuk Langsing Badan Dengan Premium Beautiful