Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Situ Sana Sini: Ferhad, Dayang, Yusof Haslam & Minggu Setiausaha



Nama Ferhad seakan tenggelam seketika. Kemana agaknya dia menghilangkan diri? Lama juga saya tidak mendengar berita tentang penyanyi lagu Kasih Berubah dan Pernah ini. Terbaru, Ferhad telah menghiburkan lebih 500 penonton di persembahan Minggu Setiausaha anjuran Hotel Crown Princess, Kuala Lumpur pada 18 April lalu. Bulan Mei depan pula, Ferhad akan mengadakan showcase Sunday Nite Live di Planet Hollywood pada 20 dan 29 Mei. Orang kata, itulah rezeki anak. Bapa kepada Idries Gilani ini berkata, album terbarunya akan berada di pasaran pada bulan Jun. Dengan pengurusan terbaru (Beyond DBB Event), harapnya dapat mengembalikan semula kegemilangan Ferhad dalam industri muzik tanahair.

Sana sini, kita dengar penyanyi kita dapat perform sempena Minggu Setiausaha. Minggu depan, Dayang Nurfaizah akan menghiburkan para setiausaha di Planet Hollywood pada 24 dan 26 April. Apa yang saya dengar, semua meja sudah habis ditempah. Nama Dayang dan Planet Hollywood memang macam isi dan kuku. Setiap tahun mesti Dayang perform di sana. Pada 12 April lalu, Salamiah Hassan telah beraksi di Theatre Restaurant, Saloma Bistro, Kuala Lumpur. Selain itu, Ziana Zain juga tidak ketinggalan menghiburkan setiausaha di Hotel Quality Shah Alam. Apa yang saya dengar, Ziana terlupa lirik dan hilang suara.  Alamak kantoi. Yelah, kena faham la sikit. Orang dah lama. Nak nyanyi lagu nada tinggi-tinggi susah sikit. Nampaknya, lepas ni album Ziana banyak irama lagu yang lebih rileks sedikit.

Siaran Melodi Ahad lalu ada menyiarkan cerita pasal Datuk Yusof Haslam menghentikan drama Sembilu Kasih. Digambarkan seperti berhenti makan sebelum kenyang? Tindakan ini tidak patut dihentikan ketika rating drama itu semakin meningkat. Buat apa dihentikan? Ada masalah dalaman atau sekadar kejutan buat penonton? Atau sudah ketandusan idea untuk bikin skrip yang lebih membina? Ops!

[tags]Ferhad, Salamiah Hassan, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Minggu Setiausaha[/tags]

Tags: , , , , ,

Tags: , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Minggu Setiausaha Bersama Dayang Nurfaizah di Planet Hollywood
  • Gambar Ferhad di Anugerah Skrin 2011
  • Photo Dayang Nurfaizah @ PC Secretaries Week Lunch Extravaganza 2008
  • Sekitar Minggu Setiausaha Bersama Ferhad, Dia Fadilla & Ashraf Sinclair
  • Promo: Minggu Setiausaha Ferhad, Dia Fadilla & Ashraf Sinclair @ Impiana Hotel
  • Terima Kasih AIM14 untuk 2 Pass Media
  • Dunia Hollywood: Spider-Man, Paris Hilton, James Blunt & Jennifer Aniston
  • Minggu Setiausaha Dayang Nurfaizah di Hotel Federal
  • Showcase Sunday Nite Live FERHAD Planet Hollywood
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift



    • http://affanazami.livejournal.com affanazami

      laser tau! sian ziana zain tau! jgn hentam2! huhuhuk

    • http://www.budiey.com Budiey

      Affanazami, ala sekali sekala Budiey nak laser. Sikit je tu pun. Hahaha, tak sangka Affan ni fan Ziana… soli lor…

    • http://affanazami.livejournal.com affanazami

      wpun ku bukan zianafolks, ziana ttp selamanya di hatiku! melerts u ols! hahahaa

    • ranekizo

      Aper2pun Dayang nURFAIZAH still the best…suara power..dapatkan album terbaru dayang 21 Julai nanti..INGINKU MILIKI !

    • http://yahoo alia

      salamiah and not salmiah. sorry jika terkasar bahasa. sama2 mengingati.

    • http://support@firstclick.com.my deq yang

      cayaaaa…la dayang.suara u mmg best.power giler…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK