Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Siti Sarah bertunang dengan Mohd Harith Fuad Robinson?



Ingat lagi tak gosip Siti Sarah dan sorang jejaka Mat Salleh dalam Melodi kat TV3 lepas. Bila ditanya mamat tu siapa, Sarah cakap, No komen, no komen. Ha! Hari ini ramai yang terkejut sebab Siti Sarah dan mamat berusia 24 tahun yang bernama Mohd Harith Fuad Robinson ini telah pun bertunang.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Siti Sarah. Wah! Senyap-senyap je dia bertunang ek?

Berikut adalah artikel daripada mStarOnline berkenaan dengan Siti Sarah bertunang:

Siti Sarah selamat langsungkan pertunangan
Oleh: Wahida Asrani

PETALING JAYA: Setelah setahun perkenalan, penyanyi terkenal Siti Sarah Raisuddin, 23, selamat mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Harith Fuad Robinson, 24, di Hotel Armada, di sini, petang tadi.

Majlis berlangsung sekitar jam 3.40 petang tadi itu diadakan secara sederhana dengan penuh adat tradisi Melayu serta disaksikan oleh kira-kira 100 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta kenalan rapat pasangan tersebut.

Pada majlis pertunangan itu, pihak lelaki menghadiahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan serta sebentuk cincin.


Siti Sarah dan tunangnya, Mohd Harith Fuad pada majlis pertunangan mereka petang tadi

(Foto The Star oleh TK Lim)

Sarah dan pelumba motorcross dari kumpulan KTM itu mula menjalinkan hubungan kira-kira setahun lalu menerusi Internet.

Jejaka berasal dari New Zealand itu juga telah menetap di Malaysia sejak tiga tahun yang lalu dan telah memeluk Islam kira-kira empat bulan lepas.

Ditemui sejurus selepas majlis tersebut, Sarah melahirkan rasa gembiranya dengan pertunangan tersebut dan tidak merasakan ikatan itu dibuat terlalu awal untuk mereka.

“Kami sudah berbincang mengenai perkara ini sejak beberapa bulan lalu. Lagipun saya tidak mahu orang ingat saya main-main. Lepas ini, jika mereka terserempak saya keluar bersama Fuad, mereka sudah tahu dia adalah tunang saya.


Sarah bersama kedua-dua ibu bapanya dan Fuad (dari kiri) Gail Robinson (ibu Fuad), Bob Robinson (bapa Fuad), Raisuddin Hamzah dan Noraini Mohamad (bapa dan ibu Sarah)

(Foto The Star oleh TK Lim)

“Tempoh bertunang adalah dua tahun. Tetapi, terserahlah pada jodoh. Jika memang sampai seru awal, maka mungkin kami akan berkahwin awal. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan,” ujar Sarah yang kelihatan anggun mengenakan busana berwarna oren rekaan Syaiful Bahrim.

Bagi Fuad pula, dia merasakan pertunangan itu adalah tindakan yang baik memandangkan mereka sudah mula mengenali isi hati masing-masing, walaupun baru setahun menjalinkan hubungan. 


Sarah dan Fuad bersama barangan hantaran (Foto The Star oleh TK Lim)

“Kami banyak persamaan. Kami saling ambil berat antara satu sama lain. Sarah dan ayahnya juga banyak memberi tunjuk ajar mengenai Islam.

“Saya gembira, kedua-dua ibu bapa saya di New Zealand turut bersetuju dengan pilihan saya dan memang langsung tiada tentangan,” kata Fuad.

Baca gosip lain:

1. Ella akan berkahwin?

2. Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk K

3. Sah! Abhishek Bachchan & Aishwarya Rai Bertunang

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Jawaban Trivia: Siti Sarah Pakai Kasut Berbulu Ayam
  • Gossip Duit Show Siti Sarah Kena Kebas Tunang
  • Shuib Sepah Mengaku Bertunang Dengan Siti Sarah
  • Gambar Siti Sarah & Shuib Sepah Nikah
  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Gambar Majlis Pertunangan Pelakon Puteri Chichi
  • Siti Sarah Guna Mandrem Untuk Menang Dalam OIAM?
  • Gambar Majlis Pertunangan Puteri Fatin Nasuha Part 2
  • Gambar Aleeza Kassim di Gathering Anniversary Hero Dewi Remaja
  • Gambar Pelakon Drama Puteri Beego Bertunang



  • 2 Komen untuk entri “Siti Sarah bertunang dengan Mohd Harith Fuad Robinson?”

    1. farah kata:

      haha sarah nak kawin dah ke?xcye r plak!!

    2. niz kata:

      so sweet james…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK