in

Siti Saleha Duta Terbaru Produk Palmolive

Pada petang ini, Budiey telah mendapat tahu berita terkini tentang pelakon popular Siti Saleha yang mana beliau tak lama akan diumumkan sebagai duta terbaru produk penjagaan diri iaitu Palmolive.

Tahniah Budiey ucapkan buat Siti Saleha. Semoga nama Sal akan lebih menyinar kerana tak lama lagi, iklan promo TV produk Palmolive akan disiarkan di kaca TV. Congrats beb!

Bersesuaian sekali pemilihan beliau kerana Budiey kira ramai yang bersetuju jika Budiey katakan kulit Siti Saleha antara yang tercantik di Malaysia.

Budiey juga dijemput untuk berbuka puasa bersama Siti Saleha anjuran Palmolive dan juga kerjasama komuniti Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang’s GLOW.

Siti Saleha

Siti Saleha

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dutch Lady Malaysia Fetes Cyclist Azizul And Mum In London

UNIQLO Bakal Melancarkan Koleksi Musim Luruh-Musim Sejuk