in ,

Siti Saleha Duta Produk White & Detox SimplySiti

Memahami keperluan wanita Malaysia untuk memiliki kulit yang lebih cerah, SimplySiti telah melahirkan rangkaian pencerahan wajah terbaru iaitu SimplySiti White & Detox. Ia adalah rangkaian penjagaan kulit yang boleh menyahtoksin kotoran kulit wajah, meratakan tona kulit, mengurangkan bintik hitam, mengurangkan parut jerawat, dan membersihkan liang pori untuk kulit kelihatan lebih cerah, sihat dan bersinar dari dalam. Produk – produk ini telah memasuki pasaran sejak September yang lalu. Ia boleh didapati di cawangan Watsons, Guardian, AEON Big, SOGO KL dan cawangan Tesco terpilih, dan juga di Paloma, Brunei Darussalam.

Budiey

Presiden SimplySiti Sdn Bhd, Y. Bhg Dato’ Siti Nurhaliza Tarudin telah berkata:

“Idea untuk menghasilkan produk ini timbul ketika sesi ‘brainstorming’ SimplySiti pada tahun 2012 yang lalu, dimana ahli – ahli SimplySiti telah membentangkan idea ini dan terus terfikir, untuk menghasilkan dan menyediakan satu rangkaian produk khusus bagi membersihkan, mencerahkan sekaligus menyihatkan kulit melalui proses ‘detox.”

Rangkaian White & Detox terdiri daripada pembersih muka, toner, krim pencerah siang dan malam. Ia dihasilkan melalui kuasa Advanced Detox Formula, yang menggabungkan dua bahan semulajadi terbaik iaitu ekstrak Teh Hijau dan Madu Manuka dari New Zealand.

Teh Hijau yang berfungsi sebagai ajen untuk menyahtoksin kulit dari kotoran, terbukti dapat mengurangkan radang kulit, mempunyai 20 kali kandungan antioksida berbanding Vitamin C, dan melindungi kulit daripada kerosakan akibat faktor radikal bebas. Ia juga membersih, melindungi dan menyuburkan kulit secara menyeluruh.

Madu Manuka merupakan bahan semulajadi yang telah terkenal dengan kehebatan serta khasiatnya yang kaya dengan pelbagai vitamin, asid amino dan mineral. Madu Manuka dari New Zealand ini mengandungi kandungan anti-bakteria serta antiseptik semulajadi yang dapat membantu proses penyembuhan kulit. Ia juga dapat membantu menyuburkan kulit, mengurangkan parut jerawat dan jeragat serta mencerahkan tona kulit.

Selain berkongsi kelebihan produk White & Detox, SimplySiti juga turut memperkenalkan duta rangkaian produk ini iaitu Siti Saleha atau nama manjanya, Sally. Beliau merupakan seorang yang aktif dan berjaya di dalam kerjayanya dan mempunyai perwatakan lemah lembut, optimistik dan sentiasa bersikap positif. Selain wajahnya yang ayu dan cantik, beliau mempunyai personanya yang tersendiri yang bersesuaian dengan imej SimplySiti. Inilah yang menjadi intipati utama beliau terpilih menjadi duta White & Detox.

Antara aktiviti yang akan diadakan untuk mempromosikan rangkaian produk ini, SimplySiti juga akan mengadakan peraduan White & Detox Glow Kart Challenge pada awal 2014 nanti di mana pembeli-pembeli produk White & Detox akan berpeluang memenangi pas untuk perlawanan persahabatan Go Kart antara pasukan Dato’ Siti Nurhaliza dan juga pasukan Siti Saleha. Untuk info lanjut mengenai aktiviti ini, sila layari laman facebook, twitter, atau layari laman web di www.simplysiti.com.my

Halal Terbaik 2010 menerusi Halal Journal Awards dan Brand dari Brand Laureate Award.
Rejim Pencerahan SimplySiti White & Detox
Pembersih Muka Dwi Fungsi 100g : RM 19.90 Mist Toner 100 ml: RM 23.90
Whitening Day Cream 30g : RM 34.90 Whitening Night Cream 30g : RM 39.90

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Budiey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu ke Anugerah Juara Lagu 28

Kempen Percutian Alami Citarasa Dunia Tune Hotels