in ,

Siti Nurhaliza & Suami Bakal Tunai Umrah Hujung Ramadan

Siti Nurhaliza & Suami Bakal Tunai Umrah Hujung Ramadan. Seperti tahun-tahun sudah, bersempena dengan bulan ramadan, Dato’ SIti Nurhaliza bakal mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah bersama suami tercinta.

“InsyaAllah jika tiada sebarang halangan Siti dan suami akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada penghujung ramadan ini. Alhamdullilah tahun ini ada lagi rezeki Siti dan suami pergi ke sana untuk beribadat. Kami akan pulang sehari sebelum hari raya dan akan beraya di Kuala Lumpur pada hari raya pertama. Selepas itu baru kami putuskan untuk pulang beraya di Kuala Lipis atau kampung suami di Kedah.”

Datuk Siti Nurhaliza ditemui di majlis pelancaran produk terbaru Simplysiti, Bejeweled yang berlangsung di Berjaya Times Square, baru-baru ini. Dia yang juga pengasas Simplysiti kini sedang sibuk mempromosikan rangkaian terbaru produk kosmetiknya Bejeweled yang telah pun berada di pasaran.

Dalam perkembangan lain, dia juga turut mengadakan lawatan ke kaunter-kaunter Simplysiti di seluruh Malaysia bermula pada 1 Ogos ini.

Koleksi gambar Dato’ Siti Nurhaliza semasa melancarkan produk terbaru SimplySiti – Bejeweled.

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Muara Hati Duet Hafiz & Siti Nurhaliza Lagu Tema Adam Hawa

Imam Muda Jabbar Pemenang Juara Imam Muda Musim Ke 3