in ,

Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Zee Avi, Faizal Tahir Nyanyi di AIM 17

Anugerah Industri Muzik 17 pada 2 Mei ini akan disiarkan di NTV7 – Penyiar TV Rasmi, dan juga boleh didengar secara live melalui Rangkaian Radio Rasmi AIM 17, Hot FM dan Fly FM.

Selain acara karpet merah, Budiey juga teruja untuk melihat persembahan daripada artis pada malam itu. Paling dinantikan, persembahan Dato’ Sheila Majid, Dato’ Siti Nurhaliza, Zee Avi, Krisdayanti dan Faizal Tahir. Biasanya, persembahan mereka ini dinantikan kerana elemen luar biasa itu. Diharapkan persembahan mereka bukan sekadar untuk menarik atau menaikkan rating AIM, tetapi ada sesuatu buah tangan baru yang segar untuk disajikan kepada penonton.

Penyanyi Zee Avi yang baru sahaja buat showcase nya di Malaysia pasti sekali lagi ditunggu-tunggu oleh peminat walaupun dalam pada itu, Zee Avi dikatakan sombong kerana tak layan media yang berbahasa Melayu. Memandangkan Zee Avi popular di luar negara, sudah tentu ramai yang nak tonton persembahan beliau di pentas negara sendiri. Kemunculan istimewa Zee Avi yang akan diterbangkan khas untuk muncul pada malam kemuncak AIM17 yang hanya tampil selama 3 minit setengah itu bakal dinantikan menerusi salah satu daripada 9 slot persembahan.

Penerbit AIM 17, Jennifer Thompson, berkata pihaknya amat berbesar hati dengan kemunculan penyanyi muda berkenaan, yang disifatkannya mampu menyuntik motivasi buat artis tempatan lain yang bakl hadir ke majlis itu nanti.

“Rasanya sudah 5 atau 6 tahun, industri muzik tempatan tidak mempunyai penyanyi tempatan yang telah berjaya mengharumkan nama negara di persada seni hiburan antarabangsa sebagaimana yang telah ditunjukkan Zee Avi. Oleh yang demikian, inilah masanya untuk kita menjemputnya untuk membuat persembahan di tanah airnya sendiri bagi membuktikan semangat Malaysia Boleh.”

Nama yang dah lama tak muncul ialah Ayu OIAM di mana beliau dikatakan senyap seketika apabila digosipkan berkahwin secara senyap dan dikatakan lari mengelak daripada ditemubual oleh media. Mungkin pada AIM17 itu nanti, Ayu bersedia untuk buat kenyataan balas tentang gosip yang melanda dirinya.

Persembahan barisan artis akan diiringi oleh kumpulan pemuzik profesional di bawah pimpinan Pengarah Muzik, Aubrey Suwito dan Ramli MS. Pasti malatop!

Daly Ahli Fiqr (kanan)

Juwita Suwito

Pada AIM edisi ini, penonton akan dihiburkan dengan persembahan menarik daripada artis. Antaranya:

  1. Aizat
  2. Alif Satar
  3. Altimet
  4. Andrew Tan
  5. Ayu OIAM
  6. Dafi
  7. Daly (Ahli Fiqr)
  8. Dato’ Sheila Majid
  9. Dato’ Siti Nurhaliza
  10. DJ Fuzz
  11. Faizal Tahir
  12. Iqwal
  13. Jaclyn Victor
  14. Juwita Suwito
  15. Karen Kong
  16. Krisdayanti
  17. Mila
  18. Point Blanc
  19. Preeta Prasad
  20. Riz
  21. Shila OIAM
  22. Vince
  23. Yuna
  24. Zee Avi

Setakat ini, rata-rata artis yang Budiey tanya, mereka masih belum dapat pastikan tajuk lagu serta konsep persembahan yang akan dibuat. Perbincangan masih dibuat bersama dengan pihak penganjur. Setelah cadangan diluluskan barulah mereka boleh berikan info. Tapi bab-bab persembahan ni sebenarnya perlu dirahsiakan untuk kasi suprise kepada penonton. Jadi, kalau nak tahu apa konsep dan gaya persembahan, perlulah tonton sendiri di NTV7 ya.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM 17, Cheah Mun Kit berkata, sebagai satu cara memberikan kelainan dan kemantapan AIM 17, pihaknya sangat mengambil kira berhubung kualiti serta kebolehan setiap artis yang bakal membuat persembahan di AIM 17.

“Kami tak mahu artis yang terlalu kerap muncul di mana-mana saja dan pada bila-bila masa. Oleh kerana itu kami mengambil pendekatan berbeza dengan mengambil berat akan senarai artis yang membuat persembahan kali ini.

“Malah dalam masa yang sama juga, kami perlu menekankan sama ada ianya relevan untuk tontonan penonton kami, memandangkan terdapat banyak genre muzik yang dipertandingkan di dalam AIM seperti pop, rock, etnik dan pelbagai lagi,” katanya.

Okay, beberapa penyanyi yang akan perform di AIM17 datang tunjuk muka di sidang media tadi. Antara yang Budiey sempat snap ialah:

Dafi

Mila

Riz

Aizat

Dato’ Siti Nurhaliza

Faizal Tahir

Vince

Altimet

DJ Fuzz & Altimet

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Diana Danielle, Mawi, Liyana Jasmay Antara Penyampai Trofi AIM17

Dato’ Siti Nurhaliza Ajak Peminat Ke Majlis Rahsia