in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Rakam Lagu Tamil Ciptaan A.R Rahman

Tahniah! Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, 36, melakar sejarah apabila menjadi artis Melayu pertama merakamkan lagu berbahasa Tamil ciptaan komposer terkenal India yang juga pemenang dua Anugerah Oscar, A.R. Rahman.

siti-nurhaliza-white-simplysiti

Menurut Dato’ Siti, beliau amat berbesar hati apabila A.R. Rahman yang memenangi Anugerah Oscar bagi Skor Muzik Asal dan Lagu Tema Filem Terbaik menerusi filem Slumdog Millionaire sanggup terbang ke Malaysia untuk merakamkan lagu itu kelmarin.

Katanya, lagu berjudul Nenjae Ezhu yang bermaksud Bangkitlah Hati pernah menjadi lagu runut bunyi filem Maryaan pada tahun 2013. Ia dirakamkan semula untuk sebuah program terbitan Astro, International Superstar, yang akan disiarkan dalam masa terdekat.

“Pada awalnya, saya berasa kurang yakin, tetapi perasaan mahu mencuba sangat kuat.

“Peluang bekerja dengan A.R. Rahman bukan datang selalu dalam hidup, apatah lagi saya amat mengagumi bakat beliau sebagai seorang penyanyi dan pencipta lagu,” ujar Siti sewaktu dihubungi Kosmo! semalam.

Tahniah Dato’ Siti Nurhaliza!

Sumber: Kosmo!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Carly Rae Jepsen Bakal Perform di MTV WORLD STAGE MALAYSIA 2015

Filem LOOKING FOR JACKIE Lakonan Jackie Chan di TV2