Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Siti Nurhaliza Pindah Rumah? Datuk Khalid Halau Bekas Isteri?



Budiey ingin memetik berita gossip yang disiarkan di Harian Metro tentang khabar angin yang TIDAK BENAR  mengatakan Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid akan berpindah ke rumah bekas isteri Datuk K:

SETIAP wanita mengimpikan hidup bahagia dalam kehidupan serba serbi sempurna. Apabila berkahwin, mahu punya anak serta punya mahligai indah bersama suami bahagia hingga akhir hayat. Kalau dalam filem Hindustan, kita akan kagum dengan mahligai indah keluarga kaya yang ditampilkan hingga memasang angan-angan memiliki rumah seperti itu. Dalam hal ini, SS cemburu dengan penyanyi Datin Seri Siti Nurhaliza. Ada yang kata Siti dihadiahkan rumah mewah bernilai jutaan ringgit oleh suami tercinta tapi dinafikan oleh Siti.

Terbaru, SS dengar Siti akan berpindah ke rumah mewah yang pernah dihuni suami dan bekas isterinya. Mungkin Siti dan suami rasa lokasi rumah itu paling sesuai. Suami sukakan rumah itu. Maklumlah, rumah mewah itu dulu dibina suami untuk isteri tercinta tetapi jodoh mereka tidak panjang. Demi kasih pada anak-anak dan menghargai pengorbanan bekas isteri selama ini, rumah itu diserahkan kepada bekas isteri.

Tapi SS dengar, apalah gunanya mahligai indah itu kalau ia sunyi sepi tanpa gelak tawa anak-anak. Mereka kini makin dewasa dan belajar di luar negara. Ini juga tentunya peluang paling baik untuk pasangan ini berpindah ke rumah ini. Malah SS difahamkan, bekas isterinya sudah berpindah dan menyewa rumah lain. Kalau benarlah cerita yang SS dengar ini, memang bertuah Siti. Dulu Siti dikatakan pernah meluahkan rasa kagumnya ketika pertama kali menjejakkan kaki ke rumah itu.

Tapi kini penyanyi Ku Mahu itu boleh tinggal di rumah itu. Sudah tentu suami Siti cuba memberikan apa yang diingini isterinya. Tambahan pula, anak juga rapat dengan ibu baru dan mereka boleh tinggal bersama-sama. Kalau cerita ini tidak benar, SS minta ampun banyak-banyak dengan Siti tapi sumber SS ini beriya-iya mengatakan berita ini bukan rekaan semata-mata.

Sumber dari Gua.com.my kata:

Jumaat lalu di dalam ruangan Soseh-Soseh, Harian Metro, telah dilaporkan khabar angin bahawa Siti dan suami akan berpindah ke rumah bekas isteri Datuk K. Selepas disiarkan berita itu, ramai yang menuduh Siti and suami bertindak kejam. Datuk K hari ini menjelaskan kepada Harian Metro yang perkara itu tidak pernah berlaku.

Menurutnya, rumah di Bukit Antarabangsa itu kini tidak ramai penghuni. Yang tinggal hanya bekas isteri dan dua orang anaknya. Oleh itu, anak sulungnya Muhammad Anas Zawawi mencadangkan agar ibunya berpindah ke rumah yang lebih sederhana tetapi selesa.

Tambah Datuk K, dia sedang membina sebuah rumah untuk Siti. Dan sejak awal lagi Siti sudah memberitahunya yang dia tidak mahu tinggal di rumah di Bukit Antarabangsa kerana selesa di kediamannya sekarang ini.

Budiey: Rasanya ni dah macam salah anggap la, sebenarnya Datuk Khalid nak buat rumah untuk Siti. Jadi, mereka akan berpindah ke rumah baru. Bukan nak berpindah ke rumah bekas isteri. Dalam pada masa yang sama, mungkin ada yang dengar cerita bahawa bekas isteri Datuk K mahu berpindah ke rumah lain. Mmm… macam-macam cerita!

Cakap pasal bekas-bekas nih, teringat Budiey tentang cerita seorang kawan kita ni. Masalah utama dia sekarang ialah selalu termenung dan masih rindu kenangan bersama si dia walaupun sedaya upaya dia nak lupakan. Semalam lak, kawan kita ni cerita lagi yang dia ni tak boleh tidur malam sebab masih teringat kat bekas kekasih dia tu. Kesian betul! Tapi pagi esoknya, entah mimpi apa, si bekas kekasih dia ni ada hubungi dia… mmm… camna tuh? Korang ni pun satu hal jugaklah. kalau dah putus tu, putuslah, tak payah nak berhubung lagi kan? Tapi apa-apa pun yang pentingnya, walaupun korang ni dah jadi bekas… tapi masih boleh berkawan macam biasa. Cuma dah tak rapat macam dulu.

[tags]harian metro, berita siti nurhaliza, utusan malaysia, konsert ct singapura, esplanade, gua.com.my, Esplanade Theater On The Bay, katon bagaskara, konsert diari hati, konsert akustik siti nurhaliza, datuk k halau bekas isteri, tengku zawiyah, siti nurhaliza pindah rumah[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Terbaru Datuk Siti Nurhaliza & Datuk Khalid?
  • Siti Nurhaliza Datuk Khalid Sambut Ulangtahun Pertama Perkahwinan 1st Wedding Anniversary
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza dan Datuk K di Majlis Wedding Rusdi Ramli
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza Bertemu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
  • Datuk Siti Nurhaliza Hantar Mohd Adib Study ke Melbourne, Australia
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Datuk Siti Nurhaliza Mengandung Hamil Anak Pertama?
  • Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid di Kenduri Ning Baizura



    • papadom

      xde orang komen ke..aku komen la ek.. no komen !!

    • kim

      hurm nak komen camane, kalau berita nih salah leh jadi fitnah.so wait and see je lah~ hohoh
      apa2 aje lah mek iti dan budiey oi!

    • ain_nia

      aku tak pikir tok ti nk pindah umah lama… DK mampu buat istana baru pun kt dia…

    • papadom

      kenapa nampak macam anak dgn bapak ye

    • LYN

      kalo sanggup pindah ke umah lame tu mmg bongok namenye

    • LYN

      tah per per x abis2 kontreverc

    • yati

      memang susah jadi siti nurhaliza, semuanya orang nak komen.. kesian siti.. sabarlah siti, doa orang yg sering teraniaya mcm siti cepat dikabulkan ALLAH..

    • http://www.budiey.com seni

      knapalah kak ct kte 2 pakai tudung tapi npk anak rambut? kalau nak pakai elok lah pkai bagi ttp semua. jgn ambik syarat je…..

    • mamu man

      dah takde ke jejaka tampan yg bertakhta di lubuk hati engko, cik ct…..ape kelasss datuk k.

    • ctkus

      mcm b@#!# je mamu man ni….
      muke ko tu yg x ensem…spe kte dato’ ki x ensem…???
      ensem ape die…
      lgi ensem dri muke estet ko tuh…
      benci aku…
      dato’ k mmg jodoh siti berani ko nak menidakkan tuh??
      kuasa allah…

      dah tentu2 tok ti tdur atas duit kawin ngan dto’ k…
      xyah ssh2 nk crik duit lgi….kot nak melancong spanjg mse pon bley….

      SENGAL LA KO!!!!!!!!!!!!!!!!

    • WATEVER..

      KAI TUDUNG BTL2LA SITI…

    • DAD

      hoi pkai la tudung betul2….klu x reti,bukak terus……..buduh,huduh……….huhuhuhu

    • pnajihah

      Allah Maha Mengetahui
      Allah Maha Adil
      Kepada semua isteri, fikirlah dan amik pengajaran dr apa yg brlaku

    • http://itsfashionhoney.blogspot.com/ ctkus

      penajis…ehh silap penajihah…..
      pengajaran ape?
      ape yg belaku??!?!?!
      idiot….

    • http://itsfashionhoney.blogspot.com/ ctkus

      pelik eh…asyik crik tok ti je…kalau da kte tok ti yg mengade-ngade nk dok umah tue…..crik la
      tengku zawiyah….
      why on earth cri ct lagi?!??
      doesn’t make any sense….
      phatetic la you guys….
      find tengku zawiyah….mntak die kuhmen….phewwww

    • $$$$$

      lantak dia lah nak menenggek dimana pun.

    • rysa

      comei la siti n datuk k gambar kat moto vespa tu
      n best la ct dapat pindah umah kat bkit antarbgsa tu…

    • yusalfa

      aku selalu gak g bkt antarabangsa… hari tu kebetulan aku lalu dpn ‘syurga sementara’ datuk k tu… terkejut baruk aku tgk siti kuar… tu bkn gossip lagi da… semuanya hipokrit l… penipuuuuuu

    • ram

      kalo tol umah tu atas name datuk k ape salah bini d ikut d duduk situ.umah tu kan besar ct pn nk pakai satu bilik sj .tapi saudare ct yg dr k. lipis tu segan jg nk dtg.mane tau brkat bekas2 ku ya d umah tuh ntah2 dpt rezeki timang anak.mood dk mnjadi kat umah sendiri.

    • lady_carlorino

      Gossip apa ke bendanya lagi.. memang dia dah pindah duduk kat umah tu pun.. dalam paper pun dah confirm ct duduk kat umah tu… memang “blue hyppo” la ct ni…

    • emmmm..

      tak malu ank dgn bpk nie dulu kawin tak nak buat wedding mcm ning wedding punye lepas 2 nak tumpang org wedding punye………

    • http://mathir mathir

      realitynya memang dah sah dia pindah ke rumah 6juta. siap kena jaga org tua TOK K dan TOK K masih dlm perancangan utk membina banglo mewah berharga RM10m. takpelah TZ..dapat rumah besar mahal pun tapi tak tenang baik serahkan balik… aku tahu hidup mu pasti lebih bahagia dan aman skrg tanpa menelan mengkudu yg pahit setiap hari… tuhan selalu adil pada hambanya

    • mamam

      brape ct dtk k bayar budiey? klu siti sumer citer sedap. masa ct rampas dtk k tak citer plak? berasmara di kota london

    • ♥ViRus_♥n_L♥Ve♥

      erm..
      cam ner nak buat..
      brserah jer pd takdir..
      nie den nak bgtau..
      nie kowang komen2 nie kowang dah tau ker,dah tngk ker dgn mate hati kowang sndiri..??
      x baek komen2 tuh..
      HuhU~~
      btul lah kte pepatah..
      ~~Mulut tmpayan bley ttup..tp mulut manusia kte x leh ttup…~~
      brserah jer kpada tkdir..nak wat cam ner manusia..hti laen2

    • shaari

      ape ke hal ini jangan komen panas2

    • http://www.pancutkansuami.com/index.php?ref=view Pancutkan Suami

      Anda seorang suami dan tidak puas bersama isteri anda? Atau anda seorang isteri yang ingin memuaskan suami anda? Ketahui tips dan panduan yang patut anda tahu

    • saron

      tak slah pun ct pindah rumah…tu rezeki dia dapt rumah baru. korang jngan lah jealous sangat ngan dia.

    • http://email@yahoo.com ieza

      kalau rasa-rasa pindah rumah tue jalan yang terbaik….teruskanlah kak ct.

    • teratai

      jodoh,ajal maut semua da di tentukan

    • mamaaien

      kalau tndakan pindah rumah tu ok teruskn jelah..yang penting hati kite kena kuat untuk tempuh semua dugaan yang mendatang..msti ada hikmah di sebalik semua tue..

    • nora92

      dh jodoh nk wt pe lg???moga ct truz bhgia n sumi tcinta.

    • Sporean

      Sudah la cukup jangan mengandaikan cerita tak baik. Jangan cari dosa yang tak sepatutnya kita tanggung!

    • timsaid

      Kalau keduanya saling mencintai tiada apa yang boleh menghalang, seperti kata pepatah cinta tidak mengenal siapa muda atau tua, jodoh bersama Tengku sudah habis apa nak dikatakan lagi

      Cuma perlu diingatkan selalu bahawa seindah mana rumah sekali pun, sebanyak mana duit sekali pun hanya sehelai kain putih yang membalut tubuh bila masanya sampai kita menemui Tuhan

      Banyak-banyak bersabar Siti menharungi dunia yang bermacam-macam ini



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK