in

Siti Nurhaliza Menang Besar di Intuned Music Awards 2011

Dalam pada Budiey tengah sibuk meng-upload segala gambar dan foto di karpet merah Anugerah Juara Lagu Ke-26, Budiey didatangi berita tentang kemenenangan besar figura tersohor Dato’ Siti Nurhaliza di Intuned Music Awards 2011.

Sekaligus Siti dapat menewaskan beberapa figura terkenal seluruh Asia seperti Super Junior, Agnes Monica, penyanyi dan kumpulan popular dari Korea dan ramai lagi. Sebanyak 132,511 undian telah diterima untuk undian di anugerah yang berasaskan undian dalam talian ini. Tabik spring jugak untuk peminat Sitizoners yang tinggal di Singapura, Brunei dan Indonesia sebab mereka tak jemu-jemu mengundi Siti walaupun artis negara mereka turut bertanding.

Jadi, Budiey nak ucapkan tahniah buat Dato’ Siti Nurhaliza dan semestinya tak lupa kepada para peminat diva popular ini, siapa lagi kalau bukan Sitizoners yang mengundi tak henti-henti untuk menjamin kemenangan dan melihat nama Siti tertera sebagai pemenang.

Sebanyak 7 anugerah kategori Intuned Music Awards 2011 telah dibolot oleh Siti Nurhaliza iaitu (Female Artist, Best Female Artist, Best Album (AYL), Most Promising Artist, Best MTV 2011 (AYL), Best Use Of Social Media-fb, twitter and Sexiest Female Singer.

Wah, yang penting dan paling tak masuk akal, Siti menang Sexiest Female Singer? Pergh! Terbaik gitu kan? Seksi bukan hanya pada pakaian, malah gaya dan cara kita membawa diri pun boleh jadi seksi, kan?

So, congrats la ya.

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad di Anugerah Juara Lagu 26

Gambar Fara Fauzana & Penyampai Hot FM di AJL26