Siti Nurhaliza, Liza Hanim & Atilia Dalam Theater P. Ramlee The Musical
Hari ini sudah pun 18 Oktober 2007; merupakan hari pertama pementasan Teater Muzikal P. Ramlee The Musical di Istana Budaya.
Pada hari ini juga, Budiey rasa bertuah kerana dijemput oleh Enfiniti Productions menjadi antara media dan blogger hiburan pertama yang akan menonton teater arahan Adlin Aman Ramlie ini. Terima kasih atas jemputan. Rasa bertuah, rasa teruja dan rasa gembira kerana undangan ini membuka pintu peluang kepada saya untuk menimba pengalaman sebagai pemerhati yang menyokong perkembangan teater tanahair.
Antara skop dan aspek yang saya ingin perhatikan pada malam ini ialah:
- Sejauh mana teater ini menjadi satu tanda aras bagi penghasilan teater di Asia Tenggara?
- Prop yang dikatakan begitu gah, lebih besar dan lebih cantik daripada apa yang pernah dihasilkan dalam Puteri Gunung Ledang the Musical tahun lalu; mampukah menaikkan aura lakonan?
- Sudah tentu sebagai peminat Siti Nurhaliza, saya teruja untuk melihat lakonan pertama isteri Datuk Khalid ini di pentas teater. Satu lagi sejarah tercatit!
- Tema atau tagline Cinta, Hidup dan Inspirasi; secara peribadi adakah tema ini mampu memberi impak dalam diri saya sebagai penonton?
- Watak Azizah, seorang wanita yang amat dipujai oleh P.Ramlee mungkin menjadi antara tumpuan penonton menenggelamkan watak utama Saloma dan P Ramlee sendiri?
- Dengan kos produksi yang mencecah jutaan ringgit, melebihi kos produksi PGLM sudah tentu penonton mengharapkan satu keajaiban yang lebih BOOM! Soalnya, apakah kos produksi menjadi faktor utama yang memberi impak maksima kepada mutu sesebuah teater?
- Mungkin saya tidak mempunyai masa untuk mengira peratusan dialog dan lagu yang dikatakan mempunyai 90% muzikal ini. Tetapi dengan dialog sebanyak 10% mungkin boleh mengelakkan penonton daripada rasa mengantuk?
- Aspek seni muzikal dan gandingan komposer extraordinaire terkenal Erwin Gutawa yang pernah bersama London Symphony Orchestra tidak perlu dipertikaikan. Pasti gempak & meletop!
- Apakah cukup 3 minggu tempoh persembahan di Istana Budaya atau pentas akan diusung juga ke Singapura?
- Dari filem ke teater dan dari teater ke filem, mungkin teater ini akan difilemkan?
- Apa lagi ya?… Hah! Selain kemerduan suara emas Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Atilia… suara garau Sean Ghazi akan bergema pada malam ini.
Sebanyak 12 set digunakan untuk memaparkan perjalanan hidup P.Ramlee sejak di Pulau Pinang hingga ke Singapura. Perjalanan hidup seniman negara selama lebih 40 tahun sudah tentu menjadi cabaran utama bagi pelakon memberi persembahan terbaik pada malam ini. Budiey ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua produksi dan para pelakon Teater Muzikal P. Ramlee The Musical. Jadikan persembahan pada malam ini antara yang terbaik dan yang paling mantap pernah anda persembahkan.
Ramai pembaca yang menyarankan supaya teater ini diterbitkan semula dalam bentuk DVD. Mungkin boleh diajukan kepada pihak berkenaan. Satu cadangan yang baik kepada yang tidak berkesempatan menonton. Kepada pembaca Sensasi Selebriti yang mahu menonton Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, sila dapatkan tiket anda sebelum kehabisan. Tiket-tiket berharga RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200 boleh didapati dengan menghubungi 03-20911666 atau tempahan secara online dengan melayari laman web www.ticket2u.biz.

Technorati Tags: teater p ramlee, ulasan teater p ramlee, blog chedd yusof, Adlin Aman Ramlie, review teater p ramlee, website teater muzikal p ramlee, Enfiniti Productions, Zahim Albakri, Pat Ibrahim, Raja Maliq, Tiara Jacquelina, blog Tiara Jacquelina, Berjaya Corporation Berhad, sponsor teater musical, Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, poster Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, gambar Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, pelakon Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, generate targeted website, any cost, earning blog, traffic blog, generate income, revenue blog, ads, investment, dust website cleaner, high traffic tips website, e-book tips blogging popular, ulasan Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, funny jokes, review Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, Istana Budaya, Sean Ghazi, P.Ramlee, Liza Hanim, Saloma, memey suhaiza, profile fouziah ghouse, Datuk Siti Nurhaliza (Azizah), life transformation, Melissa Saila (Norizan), Atilia (Junaidah), ikea, dunia ilham anda, mee sedap, funny pictures, cara mencari penaja blog, sponsor blog, harga tiket teater p ramlee, youtube program tv teater muzikal tv3, dvd teater musical
Tags: Atilia, Liza Hanim, Siti Nurhaliza, Teater, Adlin Aman Ramlie, ads, any cost, Atilia (Junaidah), Berjaya Corporation Berhad, blog chedd yusof, blog Tiara Jacquelina, cara mencari penaja blog, Datuk Siti Nurhaliza (Azizah), dunia ilham anda, dust website cleaner, dvd teater musical, e-book tips blogging popular, earning blog, Enfiniti Productions, funny jokes, funny pictures, gambar Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, generate income, generate targeted website, harga tiket teater p ramlee, high traffic tips website, ikea, investment, Istana Budaya, life transformation, mee sedap, Melissa Saila (Norizan), memey suhaiza, P.Ramlee, Pat Ibrahim, pelakon Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, poster Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, profile fouziah ghouse, Raja Maliq, revenue blog, review Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, review teater p ramlee, Saloma, Sean Ghazi, sponsor blog, sponsor teater musical, Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, teater p ramlee, Tiara Jacquelina, traffic blog, ulasan Teater Muzikal P. Ramlee The Musical, ulasan teater p ramlee, website teater muzikal p ramlee, youtube program tv teater muzikal tv3, Zahim AlbakriBaca artikel lain yang berkaitan:
















