in ,

Siti Nurhaliza Lancar Koleksi Eksklusif Kosmetik BEJEWELED

SENTUHAN BEJEWELED SIMPLYSITI MENYINARI HIDUP ANDA

Simplysiti, jenama kosmetik, penjagaan kulit dan juga wangian yang hampir 3 tahun berada di pasaran, kini meneruskan tradisinya menjelang setiap musim Aidilftri dengan melancarkan satu lagi koleksi eksklusif kosmetiknya, edisi istimewa terbaru iaitu Koleksi Bejeweled.

Tahniah dari Budiey.com

Diilhamkan daripada permata, Koleksi Bejeweled dirumus khas dengan Jewellery Powder yangterdiri daripada unsur permata Berlian, Delima dan Mutiara yang bermanfaat untuk kulit, hasilnya wajah yang lebih cerah, berseri dan cantik menawan. Lebih menarik, Koleksi Bejeweled didatangkan khas dalam 2 koleksi iaitu Koleksi Bejeweled Ruby dan Koleksi Bejeweled Sapphire untuk pilihan anda. Bolehlah dapatkan solekan glamour dan bergaya idaman semua untuk hari istimewa nanti.

Siti Nurhaliza

Koleksi Bejeweled terdiri daripada Powder Foundation, kombinasi bedak dan bedak asas untuk litupan wajah sempurna yang menjadikan kulit wajah cerah berseri. Selain itu dapatkan sentuhan professional dengan Duo Blusher, pembayang kontur pipi dan pembayang bentuk muka lebih langsing. Inginkan mata persis Dato’ Siti Nurhaliza, gunakan Multi Eye Color yang mempunyai kombinasi 4 warna dalam 1 pek untuk solekan mata sofistikated dan bersinar. Tekstur yang lembut dan warna yang pekat dalam satu calitan, menjadikan ianya senang di oles dan mudah di adun. Seterusnya lengkapkan imej anda dengan warna bibir yang terserlah dari LipColor , menjadikan bibir lembap dan bersinar juga tekstur yang lembut dan mudah diaplikasi serta ringan, tidak melekit dan warna tahan lebih lama, juga dengan warna yang sememangnya pilihan Dato’ Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza Bejeweled

“Seakan menjadi tradisi SimplySiti untuk memperkenalkan koleksi kosmetik istimewa dengan tema dan pembungkusan yang eksklusif setiap kali menjelang Syawal. Sempena Hari Raya, di mana semua wanita mahu kelihatan lebih menawan dan berseri daripada biasa maka, Koleksi Bejeweled adalah satu yang mesti kita miliki pada hari istimewa ini kerana diilhamkan daripada permata yang menjadi pujaan setiap wanita. Kita semua sukakan permata, dan kini kita boleh dapatkan permata dalam solekan juga. Pasti wajah tampak lebih berseri dan bersinar”, ujar Presiden SimplySiti Sdn. Bhd., Dato’ Siti Nurhaliza ketika majlis berbuka puasa dan pelancaran Bejeweled di Hotel Berjaya Times Square yang dihadiri hampir 300 tetamu.

Siti Nurhaliza Bejeweled

Tambahnya lagi,”Sempena bulan Ramadan dan pelancaran Koleksi Bejeweled ini juga, Siti akan turun padang ke hampir seluruh Malaysia untuk berjumpa dengan peminat dan memberi paket raya dan kad raya eksklusif SimplySiti kepada peminat yang terpilih. Selain berjumpa dengan Siti, mereka juga berpeluang untuk menyertai pertandingan ‘Find That Diamond In You’ di mana Siti telah bekerjasama dengan Habib Jewels untuk menghadiahkan peminat-peminat bertuah set berlian bernilai sehingga RM70,000. Nak tau di mana Siti berada, jangan lupa untuk tengok lokasinya di www.simplysiti.com.my atau Facebook SimplySiti dan Siti Nurhaliza Tarudin Official, dekat Twitter Siti pun Siti akan bagitahu. Follow CTNurhaliza11.

Sempena dengan pelancaran Koleksi Bejeweled, SimplySiti telah bekerjasama dengan syarikat barang kemas berprestij Habib Jewels untuk peraduan ‘Find That Diamond In You’. Setiap pembeli bertuah yang menapatkan koleksi terbaru ini bolehlah meghantarkan slogan “Kecantikan saya terserlah dengan Bejeweled kerana…” dan haruslah menyebut Habib Jewels dan SimplySiti di dalam slogan mereka. Sloga yang menarik dan kreatif bakal memenangi set berlian bernilai sehingga RM70,000. Hadiah utama adalah set berlian bernilai sehingga RM25,000 dan terdapat juga hadiah kedua, ketiga dan juga 10 hadiah saguhati.

Selari dengan fokus utama mereka kepada permata berlian, Habib menerima baik cadangan Siti Nurhaliza untuk bergabung tenaga bagi menjayakan peraduan ini. Setiap wanita cantik, dan kecantikan mereka leboh terserlah dengan kilauan permata berlian. Habib juga bekerjasama dengan SimplySiti sempena kempen Rantaian Kasih Habib yang turut akan berlangsung pada waktu yang sama dengan Peraduan Bejeweled ini, Kempen Rantaian Kasih telah pun bermula pada 21 Julai lalu sehingga 18 Ogos 2012 dan antara warna temanya adalah merah dan biru. Habib juga tidak sabar dan teruja untuk menghias pengguna-pengguna SimplySiti nanti dengan barang kemas dari Habib.

Majlis pelancaran dan Buka Puasa yang bertemakan Ruby, Sapphire dan kilauan berlian ini telah diacarakan oleh pengacara hebat Sharifah Shahira serta menyaksikan kandungan menarik seperti persembahan dari Rabbani, Tazkirah daripada Ustaz Asyraf (Imam Muda) dan semestinya persembahan istimewa daripada Dato’ Siti Nurhaliza. Dan yang menarik juga, SimplySiti turut memperkenalkan 10 finalis pencarian bakat Star Search yang bermula April lalu di mana Dato’ Siti Nurhaliza mencari 3 bintang yang akan menjadi pelakon baru filem Mejar David Teo. Dengan menggayakan busana daripada pereka baru Amelia Hassan, mereka juga turut memperagakan produk Koleksi Bejeweled dengan langkah yang elegan dan glamor.

Produk SimplySiti boleh didapati dan dibeli di semua cawangan Wason, Guardian, cawangan Jusco, Carrefour dan Tesco terpilih, di Sogo KL dan kedai konsep kiosk SimplySiti yang diiktiraf di seluruh Negara dan juga di Paloma, Brunei Darussalam. Boleh juga didapati menerusi online di store.simplysiti.com.my. Sila layari laman web rasmi SimplySiti.

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Siti Nurhaliza Bejeweled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Emel Pelakon Wendy Wong Kena Hack Tuntut Wang Dari Kenalan

Layar Isnin Tayang Filem Pilihan Sepanjang Ogos