in ,

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Perform di Konsert Ulangtahun Indosiar Ke-21

Selain kemunculan sebagai juri & persembahan di Final Ceria All Star pada 8 Januari Jumaat ini, Dato’ Siti Nurhaliza juga dijadualkan akan terbang ke Jakarta, Indonesia untuk buat persembahan terhebat di sana.

Untitled

Dato’ Siti Nurhaliza Sambut Hari Jadi di KONSER RAYA 21

[dropcap]D[/dropcap]ifahamkan persembahan Dato’ Siti Nurhaliza di sana jatuh pada tanggal 11 Januari di mana penyanyi terkenal ini akan nyanyi menghiburkan stesen TV paling terkemuka, Indosiar sempena dengan ulangtahun Indosiar yang ke-21 di mana jatuh sama dengan tarikh ulangtahun kelahiran Dato’ Siti. Konsert Ulangtahun Indosiar secara live di Indosiar bermula jam 7 malam waktu Indonesia.

Selain penampilan khas Dato’ Siti Nurhaliza, konser yang diberi nama KONSER RAYA 21 (Indosiar Untuk Indonesia) itu juga menampilkan penyanyi terkemuka seperti Agnes Monica, Shahrini, Afgan, Cita Citata, Slank, Noah, Judika, Isyana Sarasvati, Lesti D’Academy, Geisha dan ramai lagi. Kemeriahan konser ini juga akan dihos oleh Irfan Hakim, Ramzi, Andhika Pratama, Gading Marten dan Gilang Dirga.

Sementara itu, pada 24 Januari ini pula, Dato’ Siti Nurhaliza akan buat persembahan untuk Anugerah Juara Lagu secara live di Stadium Malawati, Shah Alam. Dijangkakan Dato’ Siti Nurhaliza akan menyanyi lagu yang pernah menang dalam sejarah AJL. Cubalah teka lagu apa?

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Reunion Mega Vaganza di Istana Budaya

Trailer & Sinopsis Filem THE FOREST