in ,

Siti Nurhaliza Jayakan Konsert Sambutan Hari Malaysia

Beli Sebotol Air Untuk Konsert Siti Nurhaliza

Datuk Siti Nurhaliza akan buat persembahan selama dua jam di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada 25 September ini bersempena dengan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri yang disambut pada 16 September setiap tahun.

Para peminat hanya perlu membeli sebotol air mineral berharga RM1 yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk menyaksikan konsert tersebut.

Siti Nurhaliza

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membuat pengumuman mengenai persembahan itu berkata, pembelian air mineral itu adalah bertujuan untuk membantu kerajaan negeri merekodkan jumlah mereka yang hadir pada konsert tersebut.

“Hakikatnya konsert itu adalah percuma,” kata Guan Eng kepada para pemberita, Isnin.

Sehubungan itu, Guan Eng menjangkakan ribuan peminat Siti akan membanjiri stadium berkapasiti kira-kira 12,000 penonton di Lorong Kulit, Georgetown itu bagi menyaksikan konsert itu.

Katanya, persembahan yang dijangka bermula pada pukul 8 malam itu turut mempersembahkan tarian kebudayaan dan dijangka dihadiri oleh Yang di-Pertuan Negeri, Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.

“Memandangkan tahun ini, negara kita menyambut pembentukan Malaysia dalam bentuk cuti umum, Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin menjadikan program ini sebagai sesuatu yang akan dikenang oleh rakyat negeri ini dan sesuatu yang menggembirakan,” katanya.

Adalah difahamkan, Siti Nurhaliza bersetuju untuk membuat persembahan tersebut.

Pengarah Urusan Penang Global Tourism, Ooi Geok Ling yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa perancangan konsert itu berkata, urusan teknikal berhubung konsert itu masih lagi di peringkat perbincangan. – Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Selamat Pagi Cinta di Slot Pentas Raya

Astro Tayang Program HD Syawal Ini