in ,

Siti Nurhaliza Dapat iPad Percuma dari Yes4G

Semalam, kecoh betul kat twitter kata Dato’ Siti Nurhaliza dah hamil. Padahal itu cuma rumors semata-mata. Orang boleh cakap apa sahaja sekarang ini. Yang pasti, melalui pengurus penyanyi popular ini, Budiey dapat tahu, Siti sah masih belum mengandung.

Kadang-kadang, cakap orang ini satu doa. Mungkin tak lama lagi la kot Siti akan dapat anak. Mana kita tau kan. Insyaallah. Segalanya dengan izin Allah.

Siti Nurhaliza Yes 4G ipad

Sebut pasal penyanyi ni, teringat juga beberapa hari lalu, Budiey ada ternampak kat internet, gambar Siti menerima sebuah iPad dari Yes 4G. Wah! Bertuah betul jadi Siti Nurhaliza. Dapat produk terbaru dari Apple ni secara percuma. Siapa tak nak iPad. Mana-mana pergi sekarang, orang bercakap pasal iPad. Kalau kita tengok kat cafe pun, sekarang orang dah jarang nak guna laptop lagi dah. iPad dah jadi macam keperluan untuk zaman serba canggih ni. Yang penting, iPad tu memang best. Sesuai dengan gaya hidup Siti sebagai penghibur dan usahawan wanita yang makin mencipta kejayaan.

Semasa menerima iPad yang dihadiahkan oleh Yes4G, Siti berkata iPad ni memang satu gadget yang canggih. Jadi, gadget yang canggih kenalah menggunakan internet berkelajuan tinggi. Senang nak muatturun lagu, video dan gambar. Ya, kata Siti, Ya untuk Yes4G yang dapat menyediakan kelajuan internet yang 5 kali lebih laju dari 3G.

Siti akan selalu menggunakan iPad sebab iPad memang gadget yang serbaguna. Buat kerja pun boleh, baca email pun senang dengan iPad. Pendekata, nak baca blog atau nak buka Facebook pun sangat senang kalau ada iPad.

Dengan ada Yes Huddle – 4G MiFi yang pertama di Malaysia, pengguna iPad rasa lebih mudah dengan hubungan internet yang lebih laju. Harganya lebih kurang dalam RM399. Pengguna masih berjimat sebanyak RM50 daripada mendapatkan iPad dengan 3G dan WiFi.

Mana-mana pelanggan yang sign up Yes ID dari hari ini hingga 19 Disember akan mendapat 10GB data usage dengan percuma.

Budiey: Itulah rezeki Siti Nurhaliza. Cakap pasal rezeki ni, pelakon kanak-kanak yang makin meningkat naik sorang ni, Mia Sarah Nasuha sekarang ni sedang sibuk dengan pengambaran iklan kempen kurangkan penggunaan beg plastik. Supaya bumi kita selamat, kata Mia. Semoga Mia pun akan jadi popular macam Siti Nurhaliza bila besar nanti.

Siti Nurhaliza Yes 4G ipad

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Perogol Bersiri Insaf dalam Telemovie Nasuha

Islamic Fashion Festival Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Kedah