Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Siti Nurhaliza Dapat Beg LV RM40ribu di Hari Jadi Ke 31



Sebelum tu, jom kita pakat nyanyi ramai-ramai…

Selamat hari jadi…

Selamat hari jadi…

Selamat hari jadi, Dato’ Siti…

Selamat hari jadi…

Juga tahniah Dato’ Siti Nurhaliza atas kejayaan meriliskan album CTKD semalam.

Biasalah, kalau hari jadi Siti, mestilah hadiah pun mesti ada yang berharga dan mewah. Di meja hadiah kat majlis semalam pun ramai tetamu yang datang membawa hadiah.

Dan apa pula hadiah Datuk Khalid untuk hari jadi Siti Nurhaliza tahun ini?

Yeah, Datuk K telah menghadiahkan sebuah beg tangan berwarna merah jenama kegemaran Siti Nurhaliza iaitu Louis Vuitton. Ada nak dekat RM10,000 gak kot. Main teka je ni. Sorry ye Dato’ kalau tersilap.Ye, memang silap sebab harga sebenarnya ialah RM40,000! WOW! Giler mahal! 4 buah MacBook Pro 17 inci, beb!

Komen Dato’ Siti Nurhaliza:

“Hadiah itu cukup menggembirakan Siti kerana memang Siti berkenan dengan beg tangan edisi terhad itu. Namun apa yang lebih penting kepada rumah tangga kami adalah kasih sayang daripada suami,” – DCT

Komen Datuk Khalid:

“Banyak suami yang marahkan saya apabila hadiah yang diberikan kepada Siti diketahui umum kerana ia menyebabkan isteri-isteri di luar sana turut mahukan hadiah yang sama.” – Datuk Khalid

Selain itu, Dato’ Siti juga mengaku bahawa Datuk K juga membawa beliau melancong selama 3 minggu ke 3 buah negara iaitu Barcelona, Dublin dan London pada Disember lalu.

Ramai tetamu personaliti terkenal yang hadir. Antaranya, seperti pengacara Aznil Hj Nawawi, pelakon Lisa Surihani, Aizat, Saida, Sairah, penyanyi Fazli Zainal, Angkasawan Negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie dan tunangnya, Dr. Halina Mohd Yunos dan ramai lagi.

Ternyata, di saat pasangan popular ini bersalaman dan Datuk K mencium pipi DCT, jelas terpancar kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga mereka. Sekaligus menolak segala gosip-gosip liar yang mencalar ketenteraman mereka. Budiey doakan, semoga kalian terus bahagia hingga ke hujung nyawa.

Majlis juga tidak lupa untuk meraikan hari ulangtahun ibunda Siti Nurhaliza, Siti Salmah Bachik dengan acara memotong pulut kuning.

Selain menikmati hidangan makan malam, tetamu juga dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari Saida dan Sairah serta persembahan daripada para wartawan dalam trilogi Chocolate Strawberry The Musical. Dewan Grand Ballroom gamat dengan ketawa apabila babak-babak percintaan DCT dan Datuk K dilakonkan semula dalam versi berseloroh yang berbeza. Sangat menghiburkan!

Tags: ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Dato’ Siti Nurhaliza di Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 25
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea
  • Siti Nurhaliza di Sidang Media Bio Siti Nurhaliza History Channel
  • Video Persembahan Siti Nurhaliza Celebrate 2012 Marina Bay
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Dato’ Siti Nurhaliza Tidak Dapat Join Jom Heboh Penang
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010
  • Rakaman Eksklusif Dato’ Siti Nurhaliza Bersama Peminat



    • mimiy

      bestnye ct dpt beg tangan 2 cm 2 ak pun nak….. lv 2 budiet salah la hargenye 40 ribu la mimiy dh g tgk mse 2… shop die kt dpan pavillion kan

    • matt

      Ni yg aku suka budiey ni, lawanya baju siti. album ni pun best, semoga thn 2010 siti semakin sukses. persembahan ct kat AJL best giler.

    • orang susah

      Aku baca kosmo hari ni Datok K hadiahkan Ct beg tangan berharga RM40 ribu. Tahun 2008 dapat Merc RM800 ribu dan tahun 2009 dapat jam tangan RM200 ribu. Tahniah la. Kalau tak umum macam tu takut orang tak tau mereka tu kaya, ada duit banyak. Ya la, rugi kalau ada duit banyak tapi orang tak tau. Hmm.

    • http://babyorange87.blogspot.com cintaqaseh

      semoga panjang umur..=)

    • teositizoner

      terima kaish BUDIEY.COM…..pic dato siti nurhaliza sangat cantik….:)

    • matt jack

      hahaha….
      happy belated birthday utk siti
      semoga tahun ini akan mendapat zuriat.

      time kasih budiey

    • cida

      dapat semua kt dunia nie tp anak bila lagi???

    • kulat

      orang susah kata: adatla orang kaya, lg2 siti nurhaliza, tak diberitahu, tp nak tahu, diberitahu, lain pula ungkapnya…..klu tak bgtau pun ‘org2′ni akan korek jgk…….(alhamdulillah hidup sedehana,takut sangt dgn hutang, harap2 dptla habiskn sblm ajal tiba)

    • http://tyrazaty@yahoo.com DEARzaty

      woowww3…, best jew jadi siti nurhaliza. :)
      mewah jew idop.. sume nak, senang jew dapat. :)

    • nana

      setuju dgn kulat… kita bersangka baik sahajalah pada siti…mungkin dato’ K belikan hadiah2 tu semua secara cash, bukannya berhutang dan klu betul begitu alhamdulillah…

    • kesum

      cantik ct… dah nama bersuami kan org kaya, hadiah apa2 pun dapat cuma hadiah menyambung nyawa seseorg yg tidak dapat dibayar dgn wang ringgit!! lantak ko lah ct…. nak beli KL Twins Tower pun ok….

    • comel

      tahniah.
      hepi belated besday atuk ct..
      semoga panjg umur, murah rezeki dan hidup dirahmati.
      semoga dikurniakan cahaya mata penyeri hidup..
      diterima segala amalan..

      semoga tahun ni atuk ct..tabah hadapi dugaan hidup.
      dijauhkan dari fitnah dan gosip yg tk berasas..

      i love u so much..
      atuk ct adalah the best singers in the world..
      tak sabar tunggu atuk ct bertudung dan berpenampilan
      muslimah yg sempurna
      tk nak nmpak jambul2 mcm mak2 datin..

      penampilan skrg adalh transformasi atuk ct
      yg agak baik..yg penting atuk ct ada keinginan untuk
      berubah..
      sy yakin atuk ct akan berubah menjadi wanita muslimah
      yg paling sopan, ayu, dan sedap mata memandang.

      saya doakan atuk ct jadi wanita solehah
      selamat dunia akhirat serta mendapat hidayah dari
      Allah s.w.t…aminn.

      I LOVE SITI SO MUCH..MUAAAHH..MUAAAHHH…

    • chombi

      haha ntah2 thun dpan dpat hdiah kasut rm 20. Ye la kan 2008 RM 800,000 2009 RM 200,000. 2010 plak RM 40,000 je… makin susut je nilai… hmmm.
      Apa2 pun Heppy Besday… moga cpat2 dpat baby ye…

    • http://kataegois.blogspot.com taiko

      Gile bagak mahal.. baik aku beli myvi.. tambah sikit je

    • Aviyamanis

      Bestnya, dapat hadiah yang mahal dari suami tersayang, bestnya jika aku dpt juga, tapi bajet x da le. Rm40 pun sudah cukup kot.

      saya ucapkan selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki dengan di kurniakan zuriat yang lebih membahagiakan dato siti dan datuk K.

      Zuriat saja hadiah yg lebih bernilai lagi yg masih ditunggu2kan.

    • honey baby

      akan datang mungkin erra fazira, datin seri tiara, zizie ezzete, umi aida dn lain2 artis yang berkemampuan dpt berkongsi sama hadiah hari jadi mereka dgn peminat mereka. tak lah asyik siti & datuk k je.

    • apeapeaja

      aku org yg x seberapa nak berduit nie, Rm40,000 terlalu lalu la mahalnya harga sebuah beg tangan….apa pun alhamdullillah la da rezeki siti.

    • salmah sayang

      hum.. watpe la beli mahal2.. nilai 40 ribu tu, kalo di sedekahkan kepada surau2 lama kat kampung2 ke.. lagi besar untungnya kat akhirat..

    • muslimah prihatin

      Salam.

      Tahniah kepada Siti yang masih diberi kesempatan menyambut hari lahir kali ke 31 dalam hidupnya. Masih ada ruang yang tetap tidak berubah dalam hidup Siti nampaknya! Masih kekal sama pada fizikal mahupun pada lahiriahnya. Amat kecewa apabila sikap menunjuk-nunjuk tetap menebal dalam diri Siti. Tahukan anda bahawa RM 40k itu amat bermakna pada mereka yang memerlukan! Lihat insan di Palestin yang menagih ehsan kita yang berkemampuan untuk membantu mereka. Cuba fikir apa yang mampu disediakan dengan jumlah RM 40k itu? Sesungguhnya dengan jumlah itu, Siti mampu memperolehi doa dan kesyukuran yang di panjatkan oleh mereka sebagai tukaran kepada penampilan Siti yang masih menghimpunkan seribu satu ‘kesilapan’ setelah mengerjakan Haji tetapi masih tidak memperoleh kesedaran dan hidayah untuk menutup apa yang sepatutnya disembunyikan oleh seorang muslimah setelah bergelar isteri.
      Cuba renungkan kembali kepada keberkatan hidup Siti selama 31 tahun yang Allah kurniakan. Muhasabah diri apabila Sang Pencipta masih tidak menciptakan cahaya dalam kehidupan rumah tangga Siti dan suami. Pulanglah kepada ASAL seorang muslimah. Saya pasti kelebihan aura Siti yang bersinar itu dapat memberikan dan menterjemahkan keindahan seorang muslimah itu kepada para gadis dan wanita Islam diluar sana. Akhir sekali, saya doakan semoga kehidupan Siti dan suami sentiasa dirahmati kebahagiaan.

      Salam.

    • NONA

      sayangku aviyamanis…bersyukurla kita atas apa yg kita ada..kena ingat bukan semua benda kita bole dpt..cam ct ni..duit byk, harta yg mewah2 jer..tp tk de anak..tuhan belum bagi rezeki kt dia org lagi..kita org biasa nih..mungkin kaya anak tp duit belum tentu lagi..apa2 pun aku bersyukur dgn apa yg aku ada, birthday aku 4 bulan lepas, suami aku gorengkan nuget, hotdog, ayam (sumer tu peberet aku) n belikan aku sepasang baju kurung rm 50…tu pun dah kira mewah pada aku..hepi besday ct, mungkin tahun ni uwek uwek..haaa mesti double hepi kan..

    • Sickening

      I setuju dgn Muslimah kiranya setelah balik haji bukannya keterampilan ct lebih manis dan selesa di lihat malah terlebih x2 sometime too much ! fesyen entah apa x2 je…. konon nya supaya org lihat dia ni lebih style , unique dan segalanya x2 la….kiranya org lain tidak bolih lebih dari ct ni la..kot ! another thing jangan la nak menunjuk x2 dan riak dgn apa yang kita miliki dgn mencanang seluruh Malaysia yang dia ( ct ) dpt handbag RM40k ingat la asal usul awak masa dulu x2 bukan nya nak jealous tapi meluat……konon nya nak ikut style artist x2 hollywood seperti David Beckam & Victoria mereka tu lain…..world class ! tapi sayang seribu kali sayang dia ( ct ) hanya kaya dgn harta benda tapi bukan dgn zuriat , kesian x2 ….” Allah tu Maha Kaya “

    • Pet_Suraya

      Tak fanatic sangat dgn ct ni especially bila dia bercakap macam baca script especially bila dengar ct bercakap dalam BI rasa nak ketawa oviously macam mengahafal sentence or script , hahahaha…..!

    • Blue_Roses

      I setuju dgn Muslimah sejak balik dari haji keterampilan ct sometime di lihat terlebih x2 and smetime too much ! especially fesyen yang ingin ct tonjolkan smetime entah apa x2 je …mungkin ct nak org lihat dia dirinya lebih dari segalanya x2 dari segi style , appearance , unique & what so ever kiranya artist dan org lain tak leh lebih dari dirinya la kot ! that y sometime fesyen yang nak di tonjolkan look very x2 weird , another thing jangan nak riak dan nak menunjuk x2 dgn mencanang satu Malaysia yang dpt hadiah handbag RM 40 K , ingat dan sedar la asal usul kita walaupun skrg sudah senang lenang dgn kemewahan bukan nya jealous tapi meluat kononya nak mengikut macam celebrity hollywood spt David Beckam & Victoria mereka tu lain …World Class ! tapi sayang seribu kali sayang ct hanya mewah dgn harta benda tapi bukan nya dgn zuriat , kesian x2 ! ” Allah Maha Kaya “

    • kak chik

      kaya di dunia tp tidak di akhirat. terlalu menunjuk2

    • http://www.coretansara.blogspot.com mizbutterfly

      semoga panjang umur n semoga pakai tudung penuh2..
      owh ada lg satu semoga dimurahkn rezeki dapt baby..Amin

    • Hamba Allah

      Hepi belated besday. Best dapat hadiah mahal dari suami tercinta.
      Jgn lupa zakat dan sedekah ye kalau dah banyak harta tu.
      Baru berkat hidup.

    • http://www.awisy.com awisy

      bestnyer!!

    • laobe

      beg LV siti paling murah pun DAH BELASAN RIBU budiey…. PALING MURAH K.
      LV siti yg paling MAHAL lak …. sendiri mau ingat la kan…..kayo tuuullll

    • was-seetu

      Saerah n Saidah asyik menompang se kaki….!

    • was-seetu

      What would CT put in a RM40 000 LV handbag? Tisu hingus…kondom…kunci kete…tampax/kotex…mobile phone…ape lagi ye..?

    • NaD

      korang tak perasan ker, when it comes to LV she really akan tunjuk habis-habisan seems like promoting LV. Sama mcm zaman dia show off Omega watch. Ker dia teringin LV nominate dia jadi LV ambassador, since zaman Omega dulu, dia failed. Punyalah byk mende lain yg mahal2 dia ada, tp pasal LV siap mengaku “Siti Peminat LV”. mcm nak buat tagline utk LV Malaysia jer.

    • redah je..

      ntahla kn..ni sume kehidupan di dunia..harga beg tangan mengalahkan wang hantaran..fikir2knla..terlalu mebazir..walaupun ada duit..tp tuhan tuh suruh belanjakan pada jalan yang betul..bukan nk dengki ke ape, tuh rezeki masing2..tp to DK..byk lg hadiah yg lebih istimewa berbanding harga yang selalu jadi tarikan setiap kali birthday CT..seolah2 dh jd trend tahunan..bukan LV yng jadi point sbnanye tp harga hadiah yang dibeli wlupn brg lain..tggula thun depan..hadiah apa pulak..yang pasti harga hadiah mesti mencecah puluhan atau ratusan ribu..mgkin jutaan..dan pasti lg untuk jadi bahan bualan org..

    • aini

      hermm umo dah 31 ni kira nye dah pandai la tutup aurat dgn sempurna…x de la org mengata.dah ke haji p still x tau tutup aurat yg sempurna.lg pun x salah kan klu pakai tudung btl2.si suami kena la tegur si isteri.hrp dpt terima teguran dan berubah dgn ikhlas hati.jgn ikut kan nafsu dunia.fikir2 kan lah…

    • noris ishak

      hepi besday kak ct
      semoga pjg umo n rezeki blipat ganda…..
      amin…

    • French_Bread

      Ya la……kalau dulu x2 hidup dah biasa susah , perit getir & sengsara dgn menjual kuih utk hidup tapi….bila dah mengecap kemewahan biasa la ….tu ! mesti la nak menunjuk x2 & berlagak sakan dgn mencanang satu Malaya if not nobody knows that she very x2 rich now rite ? maklum org org kalau dah biasa susah bila dah senang lenang lupa kediri lagak kan …. sahinggakan bag x2 tangan pun nak canang satu Malaya memalukan je ! anak x2 raja pun tak belagak apatah lagi menunjuk x2 plsssssssssss ! buat org meluat bak kata pepatah ” Macam Rusa Masuk Kampung ” hahahaha…

    • ” Blackforest “

      Yes i setuju dgn NaD kalau ya pun nak jadi ambassador certain x2 product tu especially International product someone must b very x2 good in English so si CT ni ingat bila dia sudah popular & famous kira nya advantage for her semua dia bolih sapu habis la kot ! kiranya nak minta simpati & perhatian supaya LV Malaysia tu appoint her to be their ambassador kot ! speak broken english ada hati nak jadi LV ambassador ” Shame On You ” hehehehe…….

    • ” Blackforest “

      I think i agree wth NaD kalau ya pun LV Malaysia nak appoint someone to be their spoke person that someone tu mesti la … English tip top kan so si mak ct ni she thought that she popular & famous enough so something advantage for her nak grap semua nak minta simpati & perhatian so that LV Malaysia appoint her to b an ambassador la kot ! poor thing cakap english pun masih broken ada hati nak jadi LV ambassador ” Shame On U ” hehehehe…

    • anon

      wah.. bestnyer dpat hadiah 40k.. kalo ak, PTPTN didahulukan, hadiah lain diutamakan.. huhu.. pape pun, moga2 dpat zuriat ngn segera… dat the bigest gift that u would appreciate 4ever..

    • WAN MAZZIDI

      TAHNIAH SITI

    • WAN MAZZIDI

      MAHLIGAI SITI BINA ITU DIATAS MUTIARA YANG BERSINAR SINAR ,CAHAYA DAPAT DILIHAT DIMANA MANA SAHAJA TAHNIAH SITI.

    • NONA

      UMUR CT 31, UMUR DK 51..UMUR CT 41, UMUR DK 61…APA HADIAH YG AKAN DIBERI DK NANTI YEA…MESTI ISTIMEWA JUGAK KOT..CAUSE MASA TU DIA ORG DAH KAWIN +- 14 TAHUN …

    • ayuazwana mohamed

      Slm…bile ckp psl ct yg sorang ni,mcm2 komen kite boleh dgr n bce…ada yg suke n ada yg xsuke…(biasala adat manusia)…bg I pulak.I hEPY je tgok ct n dK…may b itu cara dK utk bwt ct lupekn dugaan ‘zuriat’ yg ct hadapi skrg….sbb manusia ni berbeza2 minat n kmahuanye..ape pn d usia 31 ni d hrp ct dpt mgubh imej diri..krn pengaruh ct amat BESAR d luar sana..tgok aje la tudung ct (mcm grg pisang panas)…

    • kipas susah mati

      Mgkin pd pdgn anda2 ct malang xpunya anak (buat masa skg) tp pikir2,lg malang kalau punya anak tapi msuk web hburan,then komen tntg org dgn sgale bgai kate2 yg k0n0n2nya menampakkn dia sbg muslim/muslimah sejati tp pada dasarnya dia pun sama je spt org yg dikomennya..Rugi la dpt dosa hanya krn ct..dia makin kaya,anda makin kayap sb dipenuhi dosa2..Soal anak,bkn kuasa kita sbg hambeNYA leh mintak2 or dpt sewenang2nye,smuanya atas hkmahNYA..Fikir2kan..

    • nik

      apa2 pun ct adalh the best singer yg penuh dgn kesantunan dn merendah diri wpun dia hebat keep it up Ct…biasalah org kite ni byk yg dengki jika kite snang…bila dh susah buat tak tahu..HUKUM ALAM n ADAT DUNIA….

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001670606031 Muiz Ctzoners

      dato’ ct makin cun n jelita la skrg.. serius..



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK