Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)











[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Siti Nurhaliza Buat Persembahan di Anugerah Bintang Popular 2007

Tinggal 2 minggu lagi, anugerah paling berprestij Anugerah Bintang Popular 2007 yang ke 21 akan berlangsung di Arena of Stars, Genting Highland dan disiarkan secara langsung di TV3 dan stesen radio rasmi Hot FM jam 8.30 malam. Siapakah pemenang untuk 16 kategori yang dipertandingkan termasuk gelaran paling teratas iaitu BINTANG PALING POPULAR? Segalanya terjawab pada 30 Mac ini.

SENARAI ARTIS & BATIK GLAM
ABPBH 2007 edisi ke 21 ini membawakan tema BATIK GLAM dan akan menyajikan persembahan hebat dari artis ternama seperti Datuk Siti Nurhaliza yang katanya akan membawa lagu KU MAHU. Di Majlis Pra Kemuncak ABP 12 Mac lalu, ada diumumkan penyanyi yang akan buat persembahan. Antaranya, otai rock Hattan, Amy Search, Anuar Zain, Atilia, Awie, Bob AF, Datin Seri Siti Nurhaliza, ratu rock Ella, Heliza AF, Liza Hanim yang membawa lagu Luka Terpendam, Mawi , Meet Uncle Hussain dan papa Rock Ramli Sarip. Menariknya akan ada gandingan Datuk Jalaluddin Hassan, Dynas, Fasha Sandha dan Fauziah Gous yang akan buat show secara berkumpulan.

OGY & KAK ENGKU SEBAGAI HOS
Hos untuk ABP kali ini adalah pilihan yang sama untuk tahun sudah iaitu super diva Ogy aka Fauziah Ahmad Daud dan Kak Engku aka Raja Azura. Budiey rasa, satu pilihan yang tepat kerana aksi mereka selain dapat menghiburkan penonton sekurang-kurangnya dapat menggayakan barangan kemas daripada penaja. Ops!

SENARAI NAMA PENYAMPAI
Turut diumumkan senarai nama-nama penyampai anugerah. Antaranya, Nabil (Juara Raja Lawak musim 2), Awie, AC Mizal, Afdlin Shauki, AG (Hot FM), Anne Ngasri, Datuk Yusni Hamid, Diana Danielle, Erra Fazira, Estranged, Fauziah Latiff, Hans Isaac, Iqram Dinzly, Isma Halil Hamzah, Aleya (Hot FM), diva Ning Baizura, Noorkhiriah, Nora Danish, Noryn Aziz, Nurul, Rashidi Ishak, Rozita Che Wan, Sharifah Shahira, pelakon dan pengarah muda Syamsul Yusof, Zainal Din Zainal dan Zul Yahya.

Majlis yang dibuat di Grand Salon Lounge juga ada mengumumkan pemenang untuk Peraduan Gemilang Bersama Bintang yang diperkenalkan oleh Berita Harian dua tahun lalu.  Berlangsung selama 4 minggu iaitu bermula pada 11 Februari 2008 hingga 9 Mac . Sebagai hadiah, 4 pemenang utama untuk 4 siri ini akan berjalan di karpet merah dan akan bersama selebriti ternama menyaksikan ABP. Mereka juga menerima barangan kemas tajaan Habib Jewels yang bernilai RM5, 000 setiap seorang dan pakej percutian 5 hari 4 malam untuk 2 orang di Bali. Pemenang kedua dapat perakam Video Cakera Keras tajaan JVC bernilai RM1,999 dan 2 keping tiket VIP. Syabas kepada semua pemenang.

siti nurhaliza

anugerah bintang popular

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Era, Anugerah Era, Pemenang Anugerah Era, Ulasan Anugerah Era 07
  • Gambar Siti Nurhaliza di Karpet Merah ABP 2007
  • Video Persembahan Dato’ Siti Nurhaliza Di Taman Teman di Anugerah Bintang Popular 2008
  • Sekitar Sidang Media Anugerah Bintang Popular 2007
  • Gambar Terbaru Dato’ Siti Nurhaliza @ Majlis Penyampaian ABP2007
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza @ Pra Kemuncak Anugerah Bintang Popular
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Apa Kata Survey & Pool gua.com.my; Mila atau Siti Nurhaliza?
  • Malam Cipta Ekpres 2008, Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza & Barisan Nasional
  • Gambar Fesyen Siti Nurhaliza di Anugerah MACP 2008



  • 3 Komen untuk entri “Siti Nurhaliza Buat Persembahan di Anugerah Bintang Popular 2007”

    1. WANN kata:

      TAK SABAR NAK TGK PERFOMENS SITI !!!!!!!!!!!!!!!!! TP LAGI BEST KALAU CT DPT BERDUET DGN MAWI ……………………….. KAN ???????????

    2. saje je kata:

      yup…me 2…
      xsabo nk tgk CT…
      performs n menang..!!

    3. emmmm.. kata:

      c.t mana g nya ank tudong awk?

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!