Siti Nurhaliza Berlakon Watak Azizah Dalam Teater Remy… P Ramlee
Siti Nurhaliza berlakon teater! Wah! Saya kira berita ini akan mengembirakan peminat Datuk Siti Nurhaliza. Terutama Mazen dan Khairill. Korang mesti teruja kan? Saya pun sikit teruja. Rasanya tiket teater Remy… Kisah P Ramlee ini mesti laku giler macam pisang panas. Macamana Datin Seri Tiara Jacquelina pujuk Siti Nurhaliza berlakon teater muzikal tu? Siap Siti boleh tergerak hati nak pergi sesi ujibakat semata-mata mahu berlakon teater. Berapakah bayaran yang akan dibayar pada Siti nanti.?Agak-agak saya ada dekat RM50,0000? Tapi apa-apa pun, respek juga dengan Siti sebab dia meletakkan syarat iaitu dia tidak mahu sebarang adegan bersentuhan atau physical contact.
Mmm… yang menjadi tanda tanya selama ini, Siti Nurhaliza ni memang liat dan payah sangat nak berlakon dalam filem apatah lagi di teater. Dulu pernah ada pengarah menawarkan upah berlakon dalam RM1 juta tetapi Siti Nurhaliza tak mahu. Kalau setakat berlakon video klip dan iklan tu memang banyak lah dia buat. Tapi untuk filem dan teater memang susah. Kalau nak dibandingkan dengan filem, teater adalah cabang seni lakonan yang paling sukar untuk disempurnakan. Nak kena hafal skrip, beraksi dan menyanyi secara live… oh itu bukan kerja senang you alls. Setakat menyanyi memang biasa tapi mampukah Siti Nurhaliza menunjukkan mutu lakonan yang baik dan berkesan?
Sepanjang 12 tahun bergelar penyanyi, akhirnya Siti Nurhaliza melakukan anjakan dan memasuki gerbang episod baru dalam karier seninya. Satu ‘P’ – Pelakon diberikan padanya. Mungkin satu hari nanti mana tahu, Siti nak menjadi pengarah pula.
Teater Remy… Kisah P Ramlee lakonan diva nombor satu Malaysia ini akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 September hingga 3 November 2007. Sidang media teater kedua Datin Tiara ini diadakan di restoran terbarunya, Borneo Rainforest Cafe di Sunway. Watak Saloma yang diperkatakan milik Siti Nurhaliza sebenarnya diberikan pada Liza Hanim kerana Siti diberi watak Azizah, manakala Sean Ghazi pula berlakon sebagai P Ramlee. Isunya, akan tenggelamkan nanti watak utama Saloma dari Liza Hanim dengan limelight penuh glamour dari Siti? Turut menjayakan teater muzikal ini ialah Melissa Saila (watak Junaidah, isteri pertama P.Ramlee), Chedd Yusuf (Sukardi, rakan baik P.Ramlee) dan kumpulan Infinatez (paparazzi) manakala watak Noorizan yang merupakan isteri kedua Seniman Agung itu masih belum diisi oleh mana-mana pelakon. Teater Remy… Kisah P Ramlee menjadi teater muzikal kedua Enfiniti Productions setelah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM). Yang penting, dengan mempertaruhkan nama besar dalam dunia seni muzik, menjadikan teater ini akan lebih gah dan akan menarik ramai penonton memenuhi Istana Budaya. Dan mungkin akan diangkat pentas ke Singapura pula nanti?
[tags]siti nurhaliza berlakon teater, siti nurhaliza join teater, Borneo Rainforest Cafe, siti berlakon filem, siti berlakon teater, lakonan siti nurhaliza, gambar siti nurhaliza berlakon, teater remy… kisah p ramlee, filem p ramlee, biodata p ramlee, biodata perdana menteri, liza hanim, teater muzikal, gambar liza hanim, sean ghazi teater, istana budaya, singapore, Chedd Yusoff, Borneo Rainforest Cafe, tenaga pengajar akademi fantasia, infinatez, siti nurhaliza berlakon teater, paparazzi, hollywood, teater muzikal p ramlee, sinopsis teater p ramlee remy, melissa saila, Borneo Rainforest Cafe, pj holding, siti nurhaliza mengandung, siti nurhaliza dipukul datuk k, petua siti nurhaliza maintain body, tips kurus badan[/tags]

Siti Nurhaliza ketika perasmian restoran milik Datin Tiara Jacquelina, Borneo Rainforest Cafe pada Jumaat yang lalu.
Agak-agaknya macamana rupa Siti Nurhaliza bila diberi watak Azizah?

Macam ni ke?

Atau gini? Erk! Sesuai ke?

atau yang ni gambar masa konsert cinta p ramlee dan saloma

Budiey suka pakaian dia cam ni… hehehe… Sukanya Siti boleh bawa watak Azizah… lirik lagu Azizah karya Allahyarham P Ramlee pun seakan kena dengan Siti.
Rupa kamu yang cantik
Mata kamu yang bulat
Membikin pemuda
Jadilah gembiraSenyumanmu yang manis
Gigi kamu yang putih
O nonaku Azizah
O nonaku AzizahHidungmu yang mancung
Rambutmu kerinting
Membikin pemuda
Sehari-hari menaruh cinta padamu
O AzizahCantik rupamu
Cantik rupamu
Dipandang mata
Bagai biduan
Bagai biduan
Dari Syurga
( ulang sekali lagi )Tidur malam terbayang
Teringat kamu seorang
Membikin hati pemuda
Menjadi bimbang
O Azizah
Good luck to Siti Nurhaliza… dan selamat berlatih ya.
Tags: Siti Nurhaliza, Teater
Tags: Siti Nurhaliza, Teater, biodata p ramlee, biodata perdana menteri, Chedd Yusoff, filem p ramlee, gambar liza hanim, gambar siti nurhaliza berlakon, hollywood, infinatez, istana budaya, lakonan siti nurhaliza, liza hanim, melissa saila, paparazzi, petua siti nurhaliza maintain body, pj holding, sean ghazi teater, singapore, sinopsis teater p ramlee remy, siti nurhaliza berlakon teater, siti nurhaliza dipukul datuk k, siti nurhaliza join teater, siti nurhaliza mengandung, teater muzikal, teater muzikal p ramlee, teater remy... kisah p ramlee, tenaga pengajar akademi fantasia, tips kurus badanClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





September 22nd, 2008 at 9:48 am
klu ambl gmbr sndri2 cute la tp klu sma2 c k hilang trus seri die..
February 24th, 2009 at 9:59 am
saya dan azwien suke sangat tengok kak siti pakai baju kebaya nampak cute sangat.Kami berdoa akak dapat anak yang cute macam akak… We love you so much….