in ,

Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Babyface

Dato’ Siti Nurhaliza beruntung kerana dapat buat persembahan duet bersama penyanyi antarabangsa popular, Babyface di majlis amal sempena Grand Prix Formula One 2013 pada 21 Mac 2013. Wow, tak sabar Budiey nak record video Siti Nurhaliza duet dengan Babyface. Mesti gempak dan momen-momen ini juga dinantikan oleh sekalian peminat.

“Siti berbesar hati dengan peluang keemasan ini tetapi pada masa sama, ia memang mendebarkan.”

Menurut penyanyi Cindai itu, ini peluang kedua beliau menyanyi bersama artis antarabangsa selepas Gareth Gates ketika majlis MTV Asia Awards di Singapura beberapa tahun lalu. Sebelum ini, Siti pernah merakamkan lagu duet bersama Sean Kingston tetapi belum berpeluang menyanyi bersama di atas pentas.

Bagi acara bertujuan mengutip dana Yayasan Institut Jantung Negara dan akan berlangsung pada 21 Mac 2013 ini, Siti ada menerima beberapa lagu nyanyian Babyface dicadangkan pihak penganjur dan akan memilih yang bersesuaian.

“Bagaimanapun, Siti belum buat keputusan untuk lagu pilihan tetapi yang penting, ia lagu popular Babyface. Apa pun Siti berjanji akan membuat persembahan terbaik bersama komposer hebat itu.”

Siti turut berterima kasih kepada penganjur kerana mengundangnya dalam persembahan bersama Babyface. Babyface yang popular dengan lagu Everytime I Close My Eyes secara dasarnya bersetuju untuk berpadu suara bersama Siti.

Agak-agak korang la kan, lagu apa la nanti yang diorang akan nyanyi ni ye?

Budiey: Budiey teringin sangat nak berduet dengan Baby Shime je. Babyface tak mampu la.

Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suki Terus Menderita Menanti Sebuah Janji

Pelakon Eina Azman Nyaris Kena Perkosa Ditipu Ahli Perniagaan