in ,

Siti Nurhaliza Ada Peluang Untuk Hamil Semula – Datuk K

Suami kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menyifatkan isterinya seorang yang sangat kental dan tabah dengan ujian Allah apabila kandungan yang berusia kira-kira dua bulan gugur.

Dato' Siti Nurhaliza

Khalid berkata, ketika doktor memberitahu berita berkenaan, reaksi wajah Siti nampak sedih, namun beliau tenang menerima hakikat bahawa anak yang dikandung itu sudah tiada.

“Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut.

“Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit.

“Apa pun kami menerima ujian ini dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya,” kata Khalid yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Siti menerusi Instagram miliknya pada pagi Selasa berkongsi berita sedih mengalami keguguran pada usia kandungan dua bulan.

Dalam pada itu, Khalid berkata, walau apa yang berlaku dia tetap sayangkan isterinya itu.

“Dia seorang yang sangat kuat. Benar kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti,” tuturnya.

Sementara itu, Khalid berkata, Siti akan berpantang selama dua minggu dan akan ke Jakarta bagi urusan kerja.

Kemudian dia merancang ingin membawa Siti bercuti di mana-mana tempat peranginan agar dapat berehat dengan tenang.

“Selepas Siti ke Jakarta, dia akan berehat sekejap.

“Pada mulanya kami mahu bercuti ke Eropah tetapi kami ubah fikiran dan mahu bercuti di tempat peranginan berdekatan. Tengok dulu macam mana,” ujarnya.

Sumber: Mstar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem STAR WARS: THE FORCE AWAKENS Apa Yang Menarik?

CYRILL HASSAN

Ulasan Penonton Premiere GHOST THEATER