in ,

Siti Nordiana, Lah Ahmad & Ronnie Hussein Perform di MALAM KALIMAH CINTA

Mask Team & Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya bakal menganjurkan Malam Kalimah Cinta bersempena Maulidur Rasul di Istana Budaya bermula 23hb Disember sehingga 25hb Disember 2015. Persembahan pentas menampilkan penyanyi serumpun, Opick dan Hafiz Hamidun dalam sisi muzikal istimewa menerusi gabungan nyanyian, zikir dan selawat diiringi persembahan penuh multimedia serta efek khas dalam durasi 90 minit.

Opick bakal diiringi kumpulan pemuzik profesional ‘Tombo Ati’ yang dibawa khas dari Indonesia pada 23 Disember 2015 manakala Hafiz Hamidun akan disertai dengan kumpulan pemuzik handalan di bawah susunan komposisi oleh Lok U menerusi persembahan pada malam 24 & 25 Disember 2015. Bakal memeriahkan lagi Konsert Malam Kalimah Cinta kelak, penyertaan 3 bintang vokal hebat tanah air iaitu Lah Ahmad, Siti Nordiana dan Ronnie.

“Melihat kepada sambutan jualan tiket Konsert Malam Kalimah Cinta yang memberangsangkan, kami sebulat suara bersetuju untuk menawarkan imbuhan istimewa menerusi penampilan istimewa Lah Ahmad, Ronnie dan Siti Nordiana di konsert penutup Istana Budaya untuk tahun 2015 ini. Pastinya kelainan konsert ini yang menampilkan garapan penyanyi kontemporari dan ketuhanan memberi nilai tambah unik buat para penonton kelak,” ujar Dato’ Juhari Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya.

Siti Nordiana & Ronnie bakal beraksi di Malam Kalimah Cinta: Opick pada 23 Disember 2015 manakala Lah Ahmad bakal tampil pada Malam Kalimah Cinta: Hafiz Hamidun pada 24 & 25 Disember 2015.

Tiket-tiket boleh didapati menerusi tempahan awal di AirAsia RedTix menerusi laman atas talian, redtix.airasia.com atau di kaunter Box Office, Istana Budaya. Sebahagian hasil kutipan tiket turut didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu Malaysia untuk aktiviti amal di seluruh negara.

MALAM KALIMAH CINTA

Opick bakal diiringi kumpulan pemuzik profesional yang dibawa khas dari Indonesia manakala Hafiz Hamidun akan disertai dengan kumpulan pemuzik handalan di bawah susunan komposisi oleh Lok U.

Persembahan 20 lagu ini turut menampilkan artis undangan antaranya Lah Ahmad.

Dapatkan tiket dari RedTix bermula RM 85, RM 105, RM 155, RM 185, RM 205, dan RM255 (tiket platinum) dengan bilangan 1,300 jumlah tempat duduk keseluruhan setiap malam.

Sebahagian hasil kutipan tiket turut didermakan kepada Tabung Kebajikan Generasi Bersatu Malaysia untuk aktiviti amal di seluruh negara.

Malam Kalimah Cinta

TENTANG MASKTeam
Didaftarkan sebagai sebuah syarikat pada 6 Mei 2011, MASK TEAM merupakan sebuah pasukan yang amat bersemangat, profesional, bermotivasi dan berdedikasi tinggi. Perniagaan teras adalah Perhubungan Awam, Publisiti dan Promosi, Pengurusan Acara, Pengurusan Artis dan juga bidang berkaitan hiburan.

TENTANG Indigital Sdn Bhd
Indigital Sdn Bhd merupakan sebuah organisasi profesional berteraskan Komunikasi Korporat, Produksi Studio, Pengurusan Artis dan Acara serta Pengedaran Kandungan Digital. Selain itu, portfolio Indigital Sdn Bhd termasuk promosi artis / album di pasaran tempatan dan antarabangsa.

TENTANG Istana Budaya
Istana Budaya atau juga dikenali sebagai The Palace of Culture, dibuka pada September 1999, adalah teater utama Malaysia untuk persembahan seni dan teater dari dalam dan luar negara termasuk teater muzikal, opereta, opera, seni tari dan juga persembahan orkestra muzik klasikal dan konsert. Penubuhan Istana Budaya bertujuan untuk menaikkan taraf seni pentas, membangunkan kecemerlangan artistik dalam seni teater, menghasilkan persembahan-persembahan teater berkualiti tinggi dan juga untuk menaikkan minat dan penghargaan orang ramai terhadap seni artistik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Forum Perdana Ehwal Islam Bincang Tajuk JIKA CINTA RASUL

TV1 Siar Program Bual Bicara BARAKAH