in

SITI An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza Dapat Sambutan

Pameran lukisan tribute buat penyanyi yang julung kali diadakan,  SITI An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza telah mendapat sambutan daripada peminat dan orang ramai. Artelier Gallery KL mengajak rakyat Malaysia untuk hadir menyaksikan satu pameran seni yang memaparkan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai seorang ikon kecantikan dan kejayaannya sebagai penyanyi nombor satu negara, penerbit, ahli perniagaan dan personaliti yang paling mendapat perhatian di seluruh Asia Tenggara.

“SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza” merupakan pameran seni pelbagai genre yang mengabadikan kehidupan dan imej Dato’ Siti Nurhaliza sebagai ikon pop seni negara. Konsep yang sama pernah dilakukan oleh ikon pop art dunia Andy Warhol kepada Marilyn Monroe. Pelancaran pameran seni ini bertepatan dengan pengenalan penjenamaan baru ruang Artelier Gallery di Publika, Kuala Lumpur.

SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza

[pullquote]Pameran seni berjudul Siti – An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza ini akan mula dibuka kepada umum pada 27 Februari ini bertempat di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur setiap hari kecuali Isnin selama sebulan dan dijangka berakhir pada 26 Mac 2014.[/pullquote]

Biarpun terpaksa menunggu masa agak lama untuk merealisasikan impian tersebut namun itu bukan satu masalah yang besar buatnya. Ini kerana sepanjang penantiannya itu dia boleh belajar seni lukis daripada suaminya Khalid Muhamad Jiwa. Menurut Siti, beliau sangat mengkagumi karya Ibrahim Hussein dan Syed Ahmad Jamal. Sebagai info, suami Siti memupuk minat untuk menghargai lukisan sejak berkahwin lapan tahun dahulu.

Mengulas lanjut tentang minat mendalamnya dalam seni lukis, Siti memberitahu dia telah meminati bidang berkenaan sejak zaman persekolahannya. Pernah memenangi pertandingan tulisan khat dan seni lukis namun kata Siti, minatnya itu tidak diteruskan secara serius apabila meningkat dewasa.

“Dia membuatkan Siti lebih menghargai lukisan dan mampu menterjemahkan lukisan dengan baik manakala Siti pula baru nak bertatih menanam minat. Malah di rumah kami juga ada lebih kurang 10 lukisan besar hasil kerja tangan pelukis hebat tempatan dan luar negara.”

Oleh kerana terlalu minat yang mendalam terhadap seni lukisan, menurut Siti, dia selalu meluangkan masa untuk melawat galeri seni selain muzium jika bercuti keluar negara.

“Siti meminati lukisan potret yang jelas terjemahannya manakala suaminya lebih suka kepada lukisan abstrak. Di Barcelona misalnya ada banyak seni lukisan yang unik bentuknya. Jadi selain dapat melihat keindahan negara orang, dapat juga bertukar pandangan.”

Menurut Siti, dia sering melakar rekaan baju berdasarkan imaginasinya sebelum dikongsikan kepada pereka idamannya. Selain itu menurut Siti, dia juga mempraktis skil berkenaan ketika bersama anak saudaranya kerap memintanya melukis gambar kartun dan watak animasi.

Menurut rakan niaga Galeri Artelier KL, Ahmad Khairo Othman, Antara nama-nama pelukis yang terbabit melakar gambar Siti Nurhaliza termasuklah Adrian Torres (Sepanyol), Azizi Latif, Faiz Yunus, E.M. Nightwatcher (Iran), Haffendi Anuar, Zizan Rosman dan Nazmi Ismail.

“Projek ini telah bermula sebulan lalu di mana kesemua pelukis telah menemu bual Siti sebelum memulakan projek lukisan mereka. Kemudian, setiap daripada mereka akan menghasilkan karya mengikut kreativiti masing-masing. Pihak kami turut berbesar hati kerana bukan calang-calang orang yang terbabit dengan projek ini.”

Lukisan termahal yang dipamerkan iaitu bernilai RM75,000 merupakan karya pelukis dari Sepanyol, Adrian Torres dan ia begitu eksklusif kerana membabitkan hasil lukisan menggunakan jari tanpa peralatan lukisan. Lukisan berbentuk arca dengan memaparkan separuh wajah Siti karya Scott Abbas turut menarik perhatian ramai dengan nilai harga sebanyak RM6,500. Antara lukisan-lukisan yang menjadi perhatian termasuklah karya Badruddin Shah Abdul Wahab bernilai RM6,000, Firdaus Mahadi (RM5,000) dan Khairul Arshad (RM5,500).

“Ini merupakan satu permulaan daripada pihak Artelier yang memaparkan karya-karya agung berdasarkan ikon negara kita. Pihak kami juga mahu selebriti tempatan kita diangkat seperti selebriti Hollywood menerusi karya lukisan. Sehingga kini, Siti merupakan selebriti tempatan pertama selepas Tan Sri P.Ramlee dan Datuk Sudirman Hj Arshad yang menjadi ikon inspirasi pelukis-pelukis tempatan.”

Seramai 17 artis seni halus generasi muda telah dijemput untuk meneroka secara terbuka dan mengungkap tafsiran mereka terhadap bagaimana dinamik kehidupan seorang penyanyi nombor satu negara pada medium yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Artis tempatan dan antarabangsa itu telah dipilih berdasarkan penguasaan pelbagai genre yang berbeza antaranya lukisan, seni ukir, media campuran, seni stensil, kaligrafi dan seni media baru – memindahkan imaginasi mereka secara tepat dalam mewakili kehidupan pelbagai bakat dan pelbagai wajah Dato’ Siti Nurhaliza.

Antara artis tempatan dan antarabangsa yang terlibat dalam pameran seni ini ialah:

  1. Adrian Torres (Spain)
  2. Amirfirdaus Tarmizi
  3. Arikwibowo Amril
  4. Azizi Latif
  5. Badruddin Syah Abdul Wahab
  6. E. M. Nightwatcher (Iran)
  7. Faiz Yunus
  8. Muhammad Firdaus Mahadi
  9. Haafiz Shahimi
  10. Haffendi Anuar
  11. Khairul Arshad
  12. Muhammad Syahbandi Samat (MEAA winner 2012)
  13. Nazmi Ismail
  14. Sabihis Md. Pandi (MEAA winner 2013)
  15. Scott & Dhameer Abbas
  16. Shafiq Nordin (MEAA winner 2013)
  17. Zizan Rozman

“SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza” merupakan usaha mengumpul dana untuk Yayasan Nurjiwa, satu badan amal yang ditubuhkan oleh Siti bersama suaminya, Dato’ Seri Khalid Mohamad Jiwa bagi membantu mangsa bencana alam.

Galeri akan mula dibuka seawal  jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari Selasa hingga Ahad. di ruang pameran terbaru milik Artelier Gallery di pusat membeli belah Publika, Solaris Dutamas yang terkenal kerana sokongan mereka terhadap aktiviti seni seperti ini.

SITI: An Iconic Exhibition of Dato’ Siti Nurhaliza

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hanez Suraya Sedia Berdepan Dengan Isteri Kekasih

Konsert IL DIVO A MUSICAL AFFAIR di Arena of Stars