• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Siti Fazurina Tidak Kahwin di Siam Keluarga Tidak Izin Bertemu Ibu

1
  • by Budiey
  • in Artis Berkahwin · Siti Fazurina
  • — 25 Dec, 2012

Gambar Ibu Siti FazurinaBagaikan kisah dalam sebuah drama pulak rasanya apabila Budiey membaca berita yang disiarkan di Harian Metro semalam berkenaan dengan isu kontroversi pelakon Siti Fazurina Mohd Famir yang kahwin lari tanpa restu ibunya. Mati-mati Budiey ingat ia satu gimik untuk pelancaran drama. Maklumlah, terlalu banyak sangat disogokkan dengan gimik pelancaran sebelum ini. Tapi memang bukan gimik ya, ia sebenarnya satu realiti yang berlaku.

Untuk menjernihkan keadaan dan membersihkan namanya, pelakon yang kini bertudung telah mengadakan satu majlis sidang media pada 23 Disember 2012 lalu di Bayan Baru, Georgetown, Pulau Pinang dan turut menjemput keluarga serta ibunya di majlis itu.

Namun, apa yang berlaku sebaliknya selepas ahli keluarga Fazurina seolah-olah tidak membenarkan pelakon ini bertemu dengan ibunya. Namun, Fazurina hanya sempat memohon ampun dan maaf daripada ibunya.

“Maafkan saya, Ampunkan saya” – Siti Fazurina

Pelakon drama bersiri Trilogi Cinta, Siti Fazurina hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sebelum ibunya itu ditarik ahli keluarganya yang lain meninggalkan sidang media.

Ibunya, Zubaidah Abu Bakar, 60, hadir pada sidang media itu bersama abang tiri Fazurina, Shahzuri Shaharudin, 36, serta adik-beradiknya yang lain, Mohd Fauzi Mohd Famir, 24, dan Mohd Firdaus Mohd Famir, 22.

Bagaimanapun, mereka hanya berdiri berhampiran kumpulan media dan hanya mendengar sidang media tanpa berkata apa-apa.

Siti Fazurina atau lebih mesra dipanggil Nina kelihatan tersentak dan menangis apabila ibunya mengikut saudara-maranya yang lain selepas dia berkejar mendapatkan Zubaidah berhampiran tangga selepas ibunya bergegas meninggalkan sidang akhbarnya.

Siti Fazurina Gambar Ibu

BERLALU PERGI…ahli keluarga lain membawa ibu Siti Fazurina keluar dari hotel.

Bagaimanapun, dia hanya sempat memeluk ibunya selama beberapa saat sambil meminta ampun manakala Zubaidah didengar meluahkan kekesalannya dengan tindakan Siti Fazurina (berkahwin secara senyap) sebelum dia ditarik adik-beradiknya meninggalkan tempat itu.

Usaha Harian Metro untuk mendapatkan penjelasan Zubaidah mengenai perkahwinan anaknya itu gagal kerana dia enggan ditemu ramah media, termasuk ketika dihubungi melalui telefon, malam tadi.

Siti Fazurina hanya sempat memeluk ibunya di luar sidang media.

Semasa sidang media itu, Fazurina menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menyatakan dia ‘kahwin lari’ di Thailand dengan Muhammad Hykal Zulkifli setelah tidak mendapat restu keluarga.

Menurut Nina, 30, dia dan suaminya, Muhammad Hykal, 31, sebenarnya selamat melangsungkan majlis pernikahan di Masjid Jamek Sungai Pinang di sini pada 20 Disember lalu dan bukannya di negara jiran seperti yang digembar-gemburkan.

“Majlis pernikahan saya berlangsung secara sah dan saya tak sangka perkara ini boleh timbul apatah lagi membabitkan ahli keluarga saya sendiri. Saya sebenarnya banyak berkecil hati. Mereka tidak pernah merasai apa yang saya rasa. Kalau ahli keluarga saya dapat menerima Hykal perkara sebegini akan selesai. Kami berdua sudah lama merancang untuk berkahwin dan kali ini Tuhan telah memakbulkan doa kami. Hykal adalah pilihan terbaik untuk saya.”

Gambar Suami Siti Fazurina

Siti Fazurina Mohd Famir bersama suaminya Muhammad Hykal Zulkifli menunjukkan surat akuan pernikahan mereka bagi menjawab kontroversi di mana mereka kahwin lari.

Budiey pun tidak faham kenapa Fazurina kena buat majlis sidang media ini sedangkan apa salahnya jika beliau bertemu sendiri dengan ibu dan ahli keluarganya yang lain secara personal di rumah ibunya?

Sebelum ini, Budiey ada siarkan tentang berita Siti Fazurina telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Haikal, 30-an tanpa pengetahuan keluarganya.

Sumber terdekat keluarganya mendedahkan, Fazurina atau nama sebenarnya Siti Fazurina Mohd Famir, 30, pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Jamek Sungai Pinang, Pulau Pinang pada kira-kira pukul 3.30 petang Khamis berwalikan bapa saudaranya.

Paling Budiey rasa kasihan apabila Fazurina tidak bertemu langsung dengan ibunya untuk mendapat restu. Fazurina pastinya ada alasan sendiri mengapa ini berlaku. Namun, apa-apa pun, segala apa yang kita buat perlu mendapatkan restu dari ibu terlebih dahulu. Bukankah syurga itu di bawah telapak kaki ibu?

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Bertemu IbuGambar Ibu FazurinaGambar Suami Siti FazurinagossipKekasih FazurinaKotroversiSidang Media Siti FazurinaSiti FazurinaSiti Fazurina Kahwin Lari

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Drama Salji Untuk Mabel Arahan Zul Huzaimy
  • Next story Vlog Najwa Latif Live in Singapura & Universal Studios Singapore

ENTRI BERKAITAN

  • Sham Kamikaze Berkahwin Dengan Gadis Batu Pahat, Johor 15 Sep, 2008
  • Penyanyi Waheeda dan Akhil Hayy Kahwin Pagi Ini 16 Aug, 2009
  • Gambar Majlis Merisik Pereka Fesyen Ezuwan Ismail & Zahie Omar 27 Oct, 2012
  • Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM 4 Jan, 2009

1 Comment

  1. nur says:
    Wednesday, December 26, 2012 at 10:50 am

    Apa pun yang telah terjadi adalah satu peringatan kepada semua pasangan yang ingin kahwin nanti. Bahawasanya kalau benar2 nak teruskan juga niat nak bernikah, kenalah beritahu pihak keluarga sendiri terlebih dahulu. Dengan ini hati semua orang tidak terguris dan insyallah selamat.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • siti-nurhaliza-galau-videoKonsert Solo Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik PetronasMonday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nora on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Sara on:Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • nora on:Eina Azman Sentap Ibu Afiq Muiz Tuduh Dirinya Seorang Pengikis
    • nora on:Saiful Bukhari Bakal Nikah Wartawan Penyiaran TV3
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Album Sohaimi Mior Hassan 1 Kini Di Pasaran
    • Gambar Ulangtahun Pertama Sophie Paris Malaysia Meriah
    • Drama Rindu Ini Milik Dia Temukan Memey Suhaiza & Talha Harith
    • Drama Bersiri Etnik Demi Sugit Lakonan Anding Indrawani
    • Samsung Unifies Best-in-Class Windows PCs Under ATIV Brand
    • Isu Tangkap Khalwat Tunang Shahz Jaszle Mahukan Penjelasan
    • Gambar Sekitar Karnival Seni Kreatif Kita di Pasir Gudang
    • Telenovela Dangerous Love Dingdong Dantes & Marian Rivera di TV3
    • DiGi WWWOW Internet For All Awards 2013
    • Primeworks Studios Julang Anugerah di Intermedia-Globes Di World Media Festival
    • The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun
    • SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat
    • Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.