in

Siri Manga Popular Fairy Tail

SIRI MANGA POPULAR FAIRY TAIL DI 8TV

Tarikh siaran: 14 Januari 2012
Hari: Ahad
Masa: 3.30 – 4.30 petang
Episod: 48
Bahasa: Mandarin

FAIRY TAIL, merupakan siri animasi terbaru yang diadaptasi dari penulis ‘manga’ terkenal Jepun Hiro Mashima. Siri yang merangkumi 48 episod ini akan menemui penonton setiap Sabtu jam 3.30 petang bermula 14 Januari 2012 eksklusif di saluran hip 8TV.

fairy tail

Siri animasi fantasi ini mengisahkan pengembaraan seorang remaja 17 tahun bernama Lucy Heartfilia yang melarikan diri dari rumah. Lucy bercita-cita ingin menjadi seorang ahli sihir di sebuah tempat berprestij namun dikenali sebagai kawasan bahaya iaitu ‘FAIRY TAIL Kingdom’.

Sewaktu sibuk mengejar impian beliau, Lucy bertemu dengan seorang lelaki bernama Natsu Dragneel serta Happy iaitu seekor anjing yang pandai bercakap. Walaupun Natsu kerap jatuh sakit sepanjang pengembaraan beliau, namun Natsu bukan remaja biasa. Nafsu kemudiannya mendedahkan identity beliau sebagai Salamander iaitu seorang pembunuh naga.

Sepanjang pengembaraan Lucy, Natsu dan Happy mereka bertemu dengan Grey Fullbuster ‘Ice Wizard’ dan Erza Scarlet ‘armored female wizard’. Keempat-empat orang ini kemudian bergabung tenaga menentang kuasa jahat, Zaref yang dikenali sebagai ‘Phantom Lord’ di Fairy Land.

“Penggemar siri animasi dan mereka yang gemar membaca komik tentunya tidak sabar menyaksikan siri animasi FAIRY TAIL ini. Siri animasi ini bukan sahaja popular di Jepun malah mendapat perhatian penonton di Amerika. Ikuti pengembaraan Lucy dan rakan-rakan beliau dalam FAIRY TAIL di 8TV!” ujar Cik Airin Zainul, Pengurus Besar 8TV dan ntv7.

FAIRY TAIL akan menemui penonton setiap Sabtu, jam 3.30 petang eksklusif di saluran hip 8TV. 8TV boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program 8TV di laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau ikuti kami menerusi www.facebook.com/8TVfb , www.twitter.com/8tv dan www.youtube.com/8tvaddicts

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia DAILY flights from Kuala Lumpur Semarang

Slot Cuti-Cuti Ada Drama Komedi