in

Siri Jelajah DFKL 2016 di Kedah Meriah

Minggu lalu telah berlangsungnya siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2016) di Village Mall, Sungai Petani, Kedah pada 6 Februari lalu.

Masuk tahun ketiga penganjuran, DFKL 2016 mengambil pendekatan untuk keluar daripada Lembah Klang bagi memberi pendedahan yang lebih buat masyarakat bagi mengenali DFKL dan intipati pengisiannya.

DFKL K14

Terdahulu, DFKL 2016 telah singgah di 3 buah lokasi iaitu UiTM Shah Alam, UiTM Lendu, Melaka dan Plaza Angsana, Johor Bahru.

Bagi anda yang ketinggalan untuk hadir ke siri jelajah ini, jangan lupa untuk hadir ke lokasi terakhir di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada 20 dan 21 Februari nanti.

Siri Jelajah DFKL 2016 ini membolehkan orang ramai untuk menyertai sesi ujibakat lakonan.

Sesi ujibakat di Village Mall minggu lalu telah diadili oleh Sheila Rusly, Datin Seri Umie Aida dan juga Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 dan TV9 iaitu Puan Siti Nurlisia Bt. Mohd Nadzri.

Para juri berkongsi tip bagaimana untuk menjadi pelakon yang baik dan turut menganjurkan para peserta untuk mengikuti bengkel DFKL 2016 untuk mencari ilmu dan memantapkan lagi lakonan mereka.

Antara artis yang turut serta ialah Janna Nick, Syarul Ridzwan, Rozita Che Wan, Redza Rosli, Raja Afiq, Lan Siro, Azrel Ismail, Eirma Fatima dan Balkisyh Semundur Khan.

Seramai 40 orang peserta telah dikenalpasti untuk hadir ke ujibakat kedua DFKL 2016 pada 20 & 21 Februari bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

DFKL K1

DFKL K3

DFKL K4

DFKL K5

DFKL K6

DFKL K8

DFKL K9

DFKL K10

DFKL K11

DFKL K12

DFKL K13

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Raja Azmi Nikah Semula Dengan Bekas Suami Eddie Ghazali

Vokal Mantap Konsert 5 Divo Berjaya Pukau 4,000 Peminat