Sinopsis, Watak & Poster Filem MAUT
Tajuk : MAUT ( Sebelum ini dikenali sebagai MALAIKAT MAUT)
Genre : Suspense Drama
Tarikh Tayangan : 15 Januari 2009
Pegarah : Bade Hj. Azmi
Penerbit : Tayangan Unggul Sdn Bhd
Pelakon:
Cerita Satu
Liyana Jasmay, Raja Farah, Danny X-Factor, Reza ERA, Zack Taipan
Cerita Dua
Sabrina Hassan, Mohamad Bathich, Diana Danielle, Noniswara, Fauziah Ghoush
Cerita Tiga
Que Haidar, Awal Ashaari, Nana ERA, Syarizad, Eja, Hasnul Rahmat, Fauziah Nawi, Riduan Hashim, Rabecca Ahmad





Malaikat maut menjemput pulang
Sinopsis Filem MAUT
Cerita 1:
Su seorang pelajar, dalam perjalanan pulang dari universiti. Di dalam bas, selain Su, terdapat seorang lagi gadis, Fadilah. Setelah pulang ke rumah, tiba-tiba pintu rumah Su diketuk. Fadilah dalam keadaan basah kuyup meminta bantuan untuk menumpang teduh. Oleh kerana malam semakin larut, hujan lebat dan Fadilah telah diragut, Su mengizinkan Fadilah bermalam di rumahnya.
Keesokan hari, Su dapati Fadilah telah tiada. Di kaca televisyen, berita kehilangan Fadilah ke udara. Berjayakah Su merungkai misteri kehilangan Fadilah?
Cerita 2:
Farah, pramugari yang mengamalkan cara hidup bebas. Farah berkahwin dengan Duke, seorang jejaka Inggeris. Setelah Farah pulang daripada penerbangannya, mereka mengadakan parti meraikan perkahwinan mereka. Namun ketika di parti tersebut, Farah cemburu apabila Duke kelihatan intim dengan seorang perempuan lain. Mereka bergaduh besar dan Farah keluar meninggalkan Duke. Apakah kesudahan yang berlaku pada Farah dan Duke? Mampukah mereka mempertahankan rumah tangga mereka? Adakah Farah terus hanyut dengan gaya hidup bebas penuh kebaratan?
Cerita 3:
JJ, seorang lelaki muda yang telah hilang pegangan agamanya. Tattoo menghiasi badannya, muzik black metal memenuhi halwa telinganya. Teguran ibu dan kakaknya diambil ringan. Satu malam, selepas pulang daripada menghadiri konsert Black Metal, JJ dan kawan-kawan terlibat dalam kemalangan. JJ cedera parah. Apakah yang berlaku pada JJ seterusnya?
Nantikan tayangan filem Maut mulai 15 Januari 2008…
Nantikan tayangan filem Maut mulai 15 Januari 2008

Poster Filem MAUT
Watak Dalam Filem MAUT
Liyana Jasmay : Lina
Sabrina Hassan : Farah
Que Haidar : JJ
Siti Shahrizah (Eja) : Jasmin
Hasnul Rahmat : Ahmad
Hamidah Wahab : Ibu JJ
Awal Ashaari : Fendi
Nana Era: Sabrina
Syarizad Ibrahim (Sherry) : Anne
Diana Daniella : Umi
Mohamad Bathich : Duke
Mohamad Bathich : Baby
Noreminadiya (Emy Nadia) Fadilah
Reza Era : Azam
Danny X-Factor : Ikram
Noniswara : Ibu Farah
Zack Taipan : Ayah Fadilah
Hafidzuddin Fazil : Ayah Farah
Fouziah Gous : Hana
Ridzuan Hashim : Ayah JJ
Fauziah Nawi : Nenek JJ
Rabecca Ahmad : Salina
Khairul Fahmizwan : JJ kecil
Baca artikel lain yang berkaitan:










January 3rd, 2009 at 5:37 pm
1 lagi filem yg camm best gitu..dgn gandingan pelakon yg handal2..
January 4th, 2009 at 2:49 pm
Tengok promo kat TV cam best je…pelakon2 pun boleh tahan .. tak sabaq nak p menonton..
January 5th, 2009 at 9:55 am
suka lah..
January 5th, 2009 at 11:12 am
cam best lah citer ni..nak tgk lah nanti..
budiey…x ada tiket free ke untuk this movie??
January 14th, 2009 at 10:29 pm
Sorry Nak tegur skit…Tarikh tayangan tu salah la… 15 january 2009…
kalau 2008 xkan ktorg nk undur balik mase..hehe
January 15th, 2009 at 9:24 pm
filim maut mungkin akan mendapat sambutan hangat dari pada peminat.tahniah diucapkan
January 19th, 2009 at 2:55 pm
best filem nie..aku tengok dah..insaf gler…jom ramai2…
January 20th, 2009 at 5:48 pm
tidak seperti yang diharapkan…jln cerita terlalu ringkas dan ade yg tidak difahami.kisah 2 bila fara dlm perjalanan pulang slps bergaduh besar dgn duke..tiba2 terus dia berjalan ke masjid utk solat terawih.ape jd sbnrnya pd dia mse dlm kete tu?..owh…mcm tgk drama tv je. agak menghampakan..
January 20th, 2009 at 8:31 pm
2009 la bukan 2008…
filem baru nih…
January 22nd, 2009 at 10:48 am
cite ni terlalu hampeh..Mesej yang ingin disampai kan tu dah ada,tapi Bade Hj Azmi menyampaikannya dengan kehampehan..Cerita1,2,3 semua x menjadik.Pelakon yang dianggap otai pon tenggelam..Jalan penceritaan simple and kadang2 cam mengarut pon ada..Eeee…Bade ko ni ampeh laaa