in , ,

Trailer & Sinopsis Filem THE FOREST

Sampai sudah tiba masanya, sambutan ulangtahun Budiey.com ke-9 yang akan berlangsung pada malam ini di Premiere With Budiey sambil kita menonton filem THE FOREST beramai-ramai bersama selebriti dan influencers yang dijemput khas. Budiey juga ada menyediakan sedikit hadiah untuk anda yang hadir pada malam ini berupa goodie bag berisi merchandise dan juga hadiah dari Budiey.com sebagai tanda terima kasih kepada korang yang banyak membantu dan memberi sokongan kepada event Budiey.com.

Tayangan THE FOREST pada malam ini akan bermula jam 8 malam dan anda semua boleh datang ke kaunter bertemu Budiey untuk ambil tiket dan hadiah mulai jam 7 malam.

Jumpa anda di sana ya!

Untitled

Sinopsis THE FOREST

[dropcap]F[/dropcap]ilem ini adalah cerita yang mengerikan berlaku dalam sebuah hutan belantara di Jepun. Diarahkan oleh Jason Zada, dengan produksi oleh Gramercy Pictures (Comcast Company), Lava Bear (AI Film). The forest akan membawa penonton ke dalam hutan belantara yang sangat tebal di gunung Fuji Jepun.

Perjalanan hidup adik beradik kembar telah menjalani satu perjalanan yang berbeda. Sara (dibintangi oleh Natalie Dormer) yang merasa kehilangan adiknya kerana masalah peribad, masing-masing membesar dengan matang dan dewasa namun, mereka terpisah kerana mahu memilih haluan hidup masing-masing. Adiknya yang pendiam membuat Sara ingin terus melindunginya.

Suatu ketika, dikhabarkan bahawa kembarnya. Jessy itu meninggalkan kotan dan pergi ke Jepun, menuju sebuah tempat yang sangat menakutkan, dan terbukti sebagai tempat yang paling diminati untuk menamatkan riwayat hidup. Banyak orang telah berjaya bunuh diri di beberapa wilayah di gunung Fuji, meski tempat ini dikenal sebagai daerah tujuan untuk bercuti, namun yang datang perlu berhati dan berada di jalan yang betul. Mereka dilarang untuk keluar dari jalur yang telah ditandai atau bahaya akan mengancam.

Kehidupan Jess yang selama ini bersama Sara membuatnya masak dengan kebiasaan. Kesan bunyi dan babak menakutkan serta mengejutkan tampak sempurna bakal menghentak jantung anda. Jadi, jika anda memang pencinta filem seram, ini adalah peluang keemasan untuk merasakannya.

Sara akhirnya memutuskan untuk mencari adik kembarnya yang dikhabarkan telah menuju Jepun, dan sepertinya Jess ingin mengakhiri hidup ditempat berhantu itu. Setibanya di wilayah Fuji, Sara mencuba mencari info tentang gunung tersebut yang memang menakutkan.

Dengan bantuan para pendaki profesional dan pasukannya, Sara memulai pencarian, dan disinilah kejadian aneh dan menyentak jantung bermula. Semakin lama Sara mencari, semakin banyak petunjuk yang mengarah kepada penemuan adiknya, Dan dengan petunjuk-petunjuk itu juga telah menjerumuskan Sara ke dalam lembah hitam gunung Fuji.

Sara semakin paranoid, meski pada kenyataannya bukan perasaan paranoid, namun hal yang dialaminya benar-benar terjadi, hingga dia harus berdepan dengan kejadian yang cukup menyeramkan di gunung Fuji.

Apakah sebenarnya yang berlaku di gunung itu? Adakah selama ini Sara hanya berhalusinasi tentang pasangan kembarnya itu, hingga bencana itu harus mengikuti hidupnya? Saksikan saja filem horor ini untuk mengetahui bagaimana Sara menyelesaikan masalah ini.

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Perform di Konsert Ulangtahun Indosiar Ke-21

Apa Yang Best Guna Bluetooth Multi-Device Keyboard k480