• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Sinopsis Telemovie Salji Untuk Mabel Lakonan Ixora Chern & Janet Khoo

0
  • by Budiey
  • in Drama · Sinopsis
  • — 20 Dec, 2012

Bila Malaysia Bersalji Dalam Salji Untuk Mabel : Telemovie Khas Hari Natal di TV1

Bayangkan kiranya di Malaysia turunnya salji yang cantik memutih kemudiannya muncul Santa Claus yang menunggang rusa membawa hadiah untuk diberikan kepada kanak-kanak seperti dalam kisah-kisah khayalan dan dongeng Hari Krismas.

Imaginasi indah begitu seringkali diimpikan gadis Tionghua bernama Mabel setiap kali menjelangnya perayaan Hari Natal.

Meskipun sedar kekurangan dirinya di mana kedua-dua kakinya cacat sejak dilahirkan, Mabel masih menaruh harapan besar dan bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Plot kisah ini melatari telemovie menarik khas Hari Krismas bertajuk “Salji Untuk Mabel” disiarkan pada sambutan Hari Natal ini, 25 Disember 2012, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1 yang mengetengahkan pelakon Ixora Chern, Janet Khoo, Kenji Sawahi, Mike Ho dan Eva Emmanyna.

Saksikan perjalanan watak gadis Tionghua berusia 17 tahun yang beragama Kristian yang cacat dan terpaksa bergantung kepada kerusi roda untuk bergerak. Mabel, gadis kelainan upaya (OKU) dengan kedua – dua kakinya cacat sejak dilahirkan. Namun Mabel dalam diam bercita-cita untuk melanjutkan pengajian ke Eropah dan menyambut Krismas sambil bermain salji.

Walaupun berstatus OKU, dia tidak pernah dibezakan oleh ibu bapanya, Melissa dan Mark begitu juga abangnya, Miller. Mabel dan keluarganya tinggal di perkampungan Tionghua dan mereka satu – satunya keluarga Tionghua yang beragama Kristian di kampung berkenaan namun masyarakat tidak pernah meminggirkan mereka walaupun berlainan pegangan agama.

Mabel mempunyai seorang rakan karib yang seusia dan tinggal sekampung dengannya, Yuen dan Yeun menjadi peneman setia Mabel untuk menemaninya ke mana saja mereka pergi.

Bagi membakar semangat supaya dia berusaha gigih agar dapat menyambung pengajian ke Eropah, Mabel menyimpan keratan akhbar dan majalah mengenai sambutan Krismas di luar negara. Tindakannya itu nyata memberikan kesan kerana saban hari semangat semakin bertambah untuk belajar bersungguh-sungguh.

Buat pertama kalinya, sebelum menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mabel berkongsi jurnalnya itu, bersama Yuen dan menyebabkan kedua – dua mereka lebih gigih untuk belajar sehingga mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Sebagai penghargaan kepada teman baiknya itu, sebelum menjelangnya Krismas, Yuen merancang satu kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Pada pagi Krismas itu, Mabel dan keluarganya di bawa ke balai raya kampung dengan diberikan kejutan salji diperbuat daripada polistren.

Pada pagi itu juga, satu lagi kejutan dilakukan apabila Santa Claus yang menaiki kereta lembu dengan haiwan berkenaan dihiasi menyerupai rusa untuk menyamakan dengan ciri kenderaan dinaiki Santa Claus.

Santa Claus itu juga membawa satu lagi kejutan kepada Mabel dan keluarganya. Apakah kejutannya? Saksikan apakah kejutan demi kejutan yang dijanjikan pada Krismas ini.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Ixora Chernjanet khooSalji Untuk MabelSinopsis Telemovie

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Jemputan Makan Malam Eksklusif Bersama Adira Glamourous Night 2013
  • Next story Gambar Sekitar Sambutan Ulangtahun Pertama Celebrate TV

ENTRI BERKAITAN

  • Lagu Tema Drama Nur Kasih 26 Sep, 2009
  • Sinopsis Filem Apa Tengok-Tengok 19 Oct, 2011
  • Eman Manan Dapat Jodoh Gadis Muda Dalam Telemovie Manual Cinta 28 Sep, 2011
  • Bunga Raya Untuk Su Tin Lakonan Wan Hanafi Su, Louisa Chong 12 Aug, 2009

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • search-groupLoudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The EastSunday, May 26, 2013
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Demak on:Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Loudness, Search, Slank & Rusty Blade Bergabung di Konsert Thunder In The East
    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.