Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sinopsis Shrek The Third



Semalam, rasanya ada antara peminat filem animasi arahan Chris Miller yang telah pun menyerang pawagam tanahair. Filem animasi yang menggunakan suara Cameron Diaz ini pernah memenangi Animasi Terbaik dalam Anugerah Academy pada 2002. Bukan setakat itu, apa yang istimewanya, filem Shrek menggunakan pelakon terkenal seperti Mike Myers, Eddie Murphy, Antonio Banderas, Julie Andrews, Justine Timeberlake, John Cleese dan ramai lagi. Dengan sudut visual yang begitu mengkagumkan dan jauh lebih baik dari Shrek 1 & 2, saya menjangkakan filem ini akan meletop kutipan tertinggi sebagaimana yang telah terlakar sebelum ini.

Sinopsis Filem Shrek 3:
Shrek The Third mengisahkan Shrek yang terpaksa mengambil alih tempat bapa mentuanya King Harold yang meninggal dunia tetapi dia menolak. Kata Shrek, itu adalah perkara terakhir akan dilakukan dalam hidupnya kata. Dia berusaha mencari sepupu Fiona bernama Artie untuk menggantikan tempatnya. Pelbagai dugaan yang menimpa mereka sebelum Artie menduduki takhta apabila Prince Charming membawa rakan-rakannya untuk membalas dendam sekali gus mahu merampas negeri Far Far Away.

Di dalam siri kali ini, Fiona mengandung tetapi Shrek tidak boleh menerima kenyataan. Bagaimanapun, selepas melihat rakannya Donkey yang gembira dengan anak-anaknya hasil perkongsian hidup dengan naga dia bersedia menerima kehadiran anak. Selepas Artie memerintah, Shrek dan Fiona kembali ke pondok Shrek di dalam hutan dan mereka melalui hidup yang penuh gembira di samping anak-anak.

Berjayakah Shrek menyelesaikan konflik yang membelenggu dirinya kali ini?

Malam ini, saya akan menonton filem Shrek 3 di acara anjuran Aizoners, Movie Day Out Bersama Aizat AF5 yang akan diadakan di TGV, Suria KLCC. Kepada pembaca yang turut serta, kita jumpa di sana ya! Apa yang saya harapkan, komedi dalam filem dapat menghiburkan saya selain bertemu Aizat dan selebriti lain seperti Siti Nurhaliza yang mungkin akan hadir. Itu saja.

Rekod kutipan Filem Shrek
Shrek 1 – AS$479 juta di seluruh dunia
Shrek 2 – AS$920 juta seluruh dunia.
Jualan DVD - AS$50 juta.

Jarang saya tengok filem animasi yang wataknya akan mengandung dan melahirkan anak. Dalam Shrek 3, isteri Shrek, Fiona akan hamil dan melahirkan anak. Mmm… menarik jugak ni. Hehehe…

[tags]Shrek 3, Filem Shrek The Third, Siti Nurhaliza, Cameron Michelle Diaz, Chris Miller, Fiona, Mike Myers, Eddie Murphy, Antonio Banderas, Julie Andrews, Justine Timeberlake, John Cleese[/tags]

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Foto Movie Day Out With Aizat – Shrek 3
  • Promo: Movie Day Out Bersama Aizat AF5
  • Shrek Ceriakan Cuti Sekolah di TV2
  • Cenderehati Akademi Fantasia 5
  • Program TV Sempena Christmas di TV3
  • Kung Fu Panda 2 The Highest Grossing Animation In Malaysia
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 4
  • Azwan Ali Gedik?
  • The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader Begins Filming In Australia’s Gold Coast
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 7



  • 2 Komen untuk entri “Sinopsis Shrek The Third”

    1. Budiey kata:

      Budi nak tahu sape di antara pembaca yang akan join event aizat malam ni?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK