Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Sinopsis Setem Lakonan Afdlin Shauki dan Vanidah Imran



SINOPSIS SETEM

Prolog
Gabenor Melaka (Lord Arthur Barring) pada 1847 mahukan sesuatu untuk diingati oleh generasi seterusnya. Beliau melantik seorang pembuat jam untuk mencipta sekeping setem. Tetapi setem tersebut ditertawakan oleh Gabenor India kerana terdapat kesilapan. Lord Arthur Barring marah lalu membuang setem tersebut, yang kemudiannya dikutip oleh cucunya.

Tahun 2008
Charles Barring IV mengadakan sidang akhbar di A Famosa. Beliau mempamerkan warisan keluarganya, Setem Barring. Setem Barring melalui perjalanan yang panjang dan kini kembali ke bumi Melaka, di mana ia dihasilkan. Ianya akan dipamerkan di Muzium Melaka. Sid dan Joe menghadiri sidang akhbar itu, dengan tujuan mahu mencuri setem yang dianggarkan bernilai jutaan ringgit. Sebenarnya, Pak Ramli yang memaksa Sid dan Joe mencuri setem tersebut. Mahu tidak mahu, Sid dan Joe terpaksa melakukannya kerana budi Pak Ramli yang menjaga mereka di rumah anak yatim tersebut. 

Namun, bukan hanya Sid dan Joe yang mahukan setem itu. Piranha Lim, seorang ketua kumpulan Ah Long juga berminat. Begitu juga dengan Vellu yang bekerja sebagai pemandu di syarikat keselamatan yang akan membawa setem tersebut ke muzium. 

Masing-masing merancang untuk mendapatkan setem tersebut. Malangnya bukan semudah itu untuk mendapatkan setem tersebut. Oleh kerana begitu banyak perancangan yang dilakukan untuk setem tersebut, keadaan menjadi kacau-bilau.

Setem tidak sampai ke tangan Sid & Joe, Piranha Lim mahupun Vellu. Ianya singgah di tangan Aryanto, seorang pendatang tanpa izin yang tidak mengetahui apa-apa. Aryanto membawanya ke rumah kongsi Marcello. Malangnya sekali lagi setem tersebut singgah ke tangan orang lain pula iaitu Iskander, pemuda buta yang juga tidak mengetahui apa-apa tentang setem tersebut. Yasmin, kakak Iskander yang ternampak setem tersebut, lalu menampalnya pada surat permohonan untuk membiayai pembedahan mata Iskander. 

Siapakah yang memilikinya? Apa pula berlaku kepada mereka semua? Nantikan kemunculan ‘SETEM’ di pawagam berhampiran anda!

Gambar Sneak Prebiu Filem Setem

Tags: , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Vanida Imran di Majlis Tajaan Rafflesia FFM23
  • Poster Teaser Final Filem Setem
  • Gambar Afdlin Shauki @ Pelancaran Produk Evian
  • Senarai Pelakon Filem Setem
  • Gambar Anak Vanidah Imran dan Rashidi Ishak
  • Keputusan Pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-22
  • Filem Setem Di Pawagam 30 Julai
  • Gambar Terkini Vanidah Imran di Prebiu Filem Lu Fikirlah Sendiri
  • Sinopsis Filem PapaDom Arahan Afdlin Shauki
  • Trailer Filem Setem Lakonan Afdlin Shauki & Isma Yusoof



    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      for once a differnt kind of storyline.. GOOD!

    • jet

      filem papadom memang bestlah…
      mula-mula aku ingat tak best.. tajuk macam tak best
      tapi bila dah tengok cerita dia memang menyentuh perasaan, kelakar pun
      ada…
      tahniahlah buat aflin kerana filem dia memang best…

    • jet

      tak kisahlah kalau komen aku tak masuk carta..
      tapi janji ikhlas tak sakitkan hati orang lain…

    • nurul shaqilah

      abg afdlin memang kelakar shaqilah minatkan abg afdlin .abg afdlinberlakon dgn liyana jasmay memang best gila!!!!!!!!! cerita PAPADOM tu GOOD LUCK!!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK