Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sinopsis & Poster Filem Threads Of Destiny



Sinopsis Filem Threads Of Destiny

Kisahnya berkisar tentang “ benang merah takdir “ yang menghubungkan semula sepasang remaja bernama Mei dan Atsushi dan suka duka yang mereka harungi ketika di sekolah menengah.

Cinta mula berputik bila Atsushi meluahkan perasaannya pada Mei semasa lawatan ke Nagasaki bersama rakan-rakan mereka, Taka, Mia, Yuri, Natsu,Mitsu dan Sara. Mei dan Atsushi menyedari ada banyak persamaan di antara mereka dan ia kelihatan seperti satu kebetulan.

Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 29 Februari 1992. Mereka juga tidak menyangka bahawa mereka telah dipertemukan ketika mereka menyambut harijadi yang ke 8. Bagaikan terikat oleh takdir dan mereka semakin intim.  

Takdir tidak mengenal baik buruknya. Pendedahan tentang kehidupan masa silam Atsushi menjadikan hubungan mereka menjadi renggang.

Bermula dengan penceraian ibu bapa Mei, diikuti dengan kehilangan sahabat baiknya, masalah ketagihan dadah dan keganasan terhadap dirinya menjadi cabaran dalam hubungan mereka. Bagi meleraikan kekusutan yang melanda dirinya, Mei berpegang teguh dan percaya yang takdir akan menemukannya semula dengan cinta sejati.   

Filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 23 April 2009.      

Genre: Romantik/Kisah cinta    

Pengarah : Shousuke Murakami
Pelakon : Nao Minamisawa, Junpei Mizobata    

Bahasa Jepun
Klasifikasi 13PG
Durasi 106 minit
Laman Web Rasmi http://www.akai-ito.jp

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peraduan Jom Menonton Filem Threads of Destiny
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Poster Film Ah Long Ptd Ltd
  • Peraduan Mencipta Poster Filem Anak Halal
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • The Official Poster of The Forbidden Kingdom
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Sinopsis Filem Relationship Status
  • Poster & Trailer X-MEN: FIRST CLASS
  • Final Poster Cicakman 2: Planet Hitam 2



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK