Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sinopsis Majalah 3 Menggenggam Warisan



Kepada pembaca yang menggemari Majalah 3, ini dia sinopsis untuk program TV berbentuk majalah yang akan ditayangkan pada esok hari, 17 Oktober berjudul MENGGENGGAM WARISAN)

PERSPEKTIF :- MENGGENGGAM WARISAN

Sabah Negeri Di bawah Bayu terkenal dengan kepelbagaian sukukaumnya. Di daerah Kota Belud, suku kaum  terbesar adalah Bajau.

Mereka yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun lalu, diiktiraf antara penduduk asal negeri itu. Kaum Bajau di Kota Belud juga turut dikenali sebagai “Cowboys Of The East” kerana kehebatan mereka menunggang kuda.

Namun kini budaya dan warisan yang telah diamalkan sejak sekian lama kian terpinggir, antaranya tarian berunsai dan upacara bertitik. Majalah Tiga mendekati beberapa individu veteran yang ingin memastikan warisan mereka tidak hilang di telan zaman.   

SINGGAH :- THUNDERBIRDS

Ditubuhkan sejak 1950an, Thunderbirds, pasukan demonstrasi udara, Tentera Udara Amerika Syarikat, antara pasukan demonstrasi dunia yag sering menjadi sebutan kerana kehebatan mereka di udara.      

Baru-baru ini, pasukan itu ke Malaysia sempena mengadakan “airshow” atau demonstrasi udara di Pangkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia, Subang bersama-sama pasukan Tentera Udara diRaja Malaysia, TUDM yang turut membuat pertunjukan solo menggunakan pesawat Sukhoi atau SU30MKM.  

CORETAN : SUKAN BENDANG

Hati selalu tertanya-tanya, bagaimana pesawah mengerjakan bendang dengan tenaga empat kerat. Apa agaknya keseronokan yang menanti, andai diluangkan masa di desa dengan panorama sawah menghijau saujana mata memandang.    

Bagi mengekalkan tradisi turun ke bendang, Majlis Belia dan Sukan Negeri Perlis mengambil initiatif menganjurkan program sukan bendang untuk melahirkan minat belia mendekati lumpur sawah yang selama ini dimonopoli golongan warga emas. Pelbagai acara sukan diadakan seperti pertandingan menarik upih, tarik tali yang mencuit hati. 

KISAHNYA :- PERSIAPAN DEEPAVALI

Mengikut putaran 12 bulan, Deepavali akan muncul setiap kali masuk bulan yang dikenali sebagai Aipasi. Biasanya perayaan setahun sekali yang biasa disambut pada penghujung Oktober atau awal November, diraikan secara besar-besaran.

Bagi masayarakat Indai, deepavali adalah masa paling sesuai untuk menjalinkan semula hubungan persaudaraan setelah sekian lama terpisah akibat kesibukan.

Tags: ,

Tags: ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Dokumentari Selayang Pandang TV1
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Majalah Sensasi Bertukar Selebriti, Saniboey Bersara dari Manja?
  • ADV: Sinopsis Drama Sensasi Mingguan Lelaki Episod 3
  • Imran Ajmain dan Sairah Cover Majalah SUTRA
  • Masjid Negara Dan Makam Pahlawan Sebagai Tapak Warisan Kebangsaan
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • Gambar Seksi Fasha Sandha di Pelancaran Majalah Lisa
  • Majalah Sensasi Kini Bertukar Kepada Selebriti



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK