in ,

Sinopsis Filem Vikingdom

Synopsis Vikingdom Live By The Sword

Filem Vikingdom dihasilkan daripada zaman pertarungan besi yang telah membawa pertembungan antara sejarah dan mitos maka terhasillah “Vikingdom”. Diterajui oleh bintang-bintang aksi terkenal daripada Hollywood dan berkonsepkan aksi pengembaraan yang memaparkan elemen sejarah beserta mitos Viking diperkayakan dengan aksi pertarungan seni dan di perindahkan dengan garapan visual efek yang menunjukkan keadaan sebenar di zaman itu. Vikingdom penuh dengan elemen teknik produksi CGI dan 3 Dimensi (3D).

Kisah bermula dengan kehadiran kapal-kapal Viking di Lindisfarne yang diketuai oleh Thor, untuk menawan tentera purbakala sebagai hamba mereka. Thor harus dihapuskan dan hanya seorang wira yang memiliki kuasa kebal yan boleh melawannya iaitu Eirick dari Jomberg. Eirick ialah seorang pemburu yang biasa dengan hidupan liar dan alam sekitar. Berita tentang serangan Thor disampaikan oleh Frey kepada Eirick untuk menghakang Thor daripada berjumpa dengan Horns of Odin dari Gate of Souls. Frey juga meminta Eirick mengetuai angkatan tentera Jomsberg Viking untuk menentang Thor yang bersekutu dengan Trondelag Kings.

Eirick diiringi oleh teman baiknya iaitu Sven dan Yang, hamba Cina berikrar sanggup mati demi Eirick. Pengembaraan mereka bermula dengan pencarian Horn of Odin dan kemudiannya menentang angkatan tentera pimpinan Thor.

Teknik pembikinan filem Vikingdom ada persamaan dengan filem 300 di mana penggambaran dilakukan di dalam studio pentas bunyi dengan kegunaan teknik CGI bagi menghidupkan suasana “surreal” bagi filem aksi ini.

Turut menampilkan penampilan istimewa barisan pelakon “VIKINGDOM”.

Norman Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Yusry Abd Halim (Pengarah)
Barisan pelakon bertaraf Hollywod seperti Dominic Purcell (Prison Break), Natassia Malthe (Dead Or Alive), Jon Foo (Tekken), Craig Fairbrass (Cliffhanger) & Conan Stevens (Game of Thrones).

vikingdom

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Prime Suspect DIVA Universal

Pelancaran Aktiviti Seni Budaya JKKN