Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sinopsis Filem Sifu & Tongga Lakonan Fouziah Gous, Saiful Apek & Nabil Raja Lawak

Hari ini, Budiey akan menghadiri majlis pra tonton filem Sifu & Tongga yang diadakan di Mid Valley. Dikatakan filem Sifu & Tongga adalah filem pertama untuk Nabil Raja Lawak. Sebuah filem yang menampilkan komedi yang segar. Budiey teruja untuk menonton lakonan Fouziah Gous yang membawa watak Mila. Fouziah Ghous begitu excited giler sebab diberi peluang melakonkan watak utama. Difahamkan, ini adalah filem pertama untuk bekas pramugari Malaysia Airline System (MAS) ini.

Memaparkan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Elemen komedinya diperbaiki dengan baik untuk menjadikan ia lebih spontan. Apa yang menariknya, filem ini menggunakan banyak efek khas CGI dan beberapa babak telah dibuat melalui ‘heli-cam’ untuk efek yang lebih realistik. Untuk penggambaran di Dataran Shah Alam sendiri, sebanyak 20 buah motosikal mat rempit telah digunakan untuk babak tersebut, di mana kedua-dua karakter Sifu (Saiful Apek) dan Tongga (Nabil Raja Lawak), yang kononnya tidak pernah melihat rupa motosikal, percaya bahawa ia adalah sejenis binatang.

Kos pengambaran filem ini RM2 juta. Apakah filem ini benar-benar memaparkan lawak spontan atau lawak slapstik? Tunggu aje lah.

 

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen  

Penulis
Shukor Mohaideen : (Scriptwriter)
Prof Madya A. Razak Mohaideen : (Lakon layar)

Pelakon
Saiful Apek : Sifu (Pelakon Utama)
Nabil : Tongga (Pelakon Utama)
Fouziah Ghous : Mila (Pelakon Utama)
Erra Fazira : Tammy (Pelakon Utama)
Azad : Izzaq (Pelakon Utama)
Piee : Chief (Pelakon Pembantu)
Datuk Jalaluddin Hasan : Director Of Human Rights Association (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan : Pegawai Polis (Pelakon Pembantu)
Azwan Ali : Mak Nyah ATM Machine (Artis Jemputan)
Shamsul Ghau Ghau : Jurujual Kedai Elektrikal (Artis Jemputan)
Jaafar Onn : Pelayan Kedai Makan (Artis Jemputan)
Adrea Abdullah : Wartawan (Artis Jemputan)
Din Beramboi : Jurujual butik (Artis Jemputan)
Ruminah Sidek :  Makcik Tua (Artis Jemputan)
Iqram Dinzly : Ketua Mat Rempit (Artis Jemputan)

Krew
Mohd Erman  : (Pengarah Fotografi)
Faizul A. Rashid : (Penyunting)
Ady Putra : (Creative Director)
Mohd Ridzuan : (Pembantu Pengarah)
Azlan Syah : (Pembantu Pengarah)
Amandus : (Wardrobe)
Adzrey : (Juruteknik Bunyi)

Penerbit
Latiff Mohaideen : (Penerbit)
Puad Onah : (Penerbit Eksekutif)
Shukor Mohaideen : (Penyelaras Penerbitan)

Sinopsis SIFU & TONGGA

Filem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila.

Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh chief, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Kerana tidak pernah keluar dari hutan,Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini.

SIFU & TONGGA adalah sebuah filem yang sangat menarik yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.

Nantikan di pawagam berdekatan mulai 29 Januari 2009.

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Saiful Apek Berseluar Dalam Sifu & Tongga
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga
  • Gambar Fara Fauzana dan Wahid Senario di Jomheboh Bukit Jalil
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Kekasih Irma Hasmie, Nabil Jadi Pengacara Pondok-Pondok, Studio Nabil
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Gambar Hazama, Farhan & Leez AF @ Raja Lawak Final



  • 11 Komen untuk entri “Sinopsis Filem Sifu & Tongga Lakonan Fouziah Gous, Saiful Apek & Nabil Raja Lawak”

    1. Carsharf kata:

      Aku mesti tonton filem ini. Salah satu filem genre komedi adventure. ini filem pertama lakonan Nabil raja lawak. Sifu dan Tongga yang dalm lama tinggal di dalam hutan terpisah dengan tamadun moden sejak zaman datuk nenek moyang mereka lari dalam hutan tahun 1942. Baju askar British itulah yang kononnya baju paling modern.

      Bahasa diorang pun pelik tapi boleh difahami. Sudah sekian lama tinggal di dalam gua di dalam hutan yang hanya nampak alam semula jadi flora dan fauna. Bila datang ke Kuala Lumpur, banyak benda pelik yang mereka tidak pernah temui di dalam hutan.

      Berjayakah mereka menyelamatkan Mila? Jom kita sama-sama tonton filem ini di pawagam nanti pada 29 januari 2009.

    2. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      haha..ngam la nabil n apek tuuuuuu.. mesti gempak giler nih…

    3. aleya kata:

      yezza..ak pown x saba nak tengok cte ni.. nmpk cam klaka glew jew..

    4. gee kata:

      hahah, mesti best gilerrr kan…tambah lagi ada nabil n apek, gempak siot..4ziah pun makin naik nama sekarang…erra tap pyah cakap lah, memang mantap…selamt sama 2x menonton

    5. faiz kata:

      Wah best juga citer ni boleh hantar gambar saiful gan nabil raja lawak mesti top citer ni…..hahaha.

    6. antirazak kata:

      haaa???korang jgn ckp best lagi kalau korg belum tgk…
      lepas korg tgk, kalo korg ckp best jgk, beruntungla razak buat filem dgn adanya org mcm korg..tp bagi aku inilah filem lawak celaka paling siot utk suku pertama tahun ini..

    7. architecture student kata:

      sifu dan tongga mmg best…lain dri yg lain…tp yg pliknye nape ade yg x ske ek???kpd(antirazak)kalo x suke diam2 ckup la..

    8. Noor Qamarina kata:

      lucu dan best lah

    9. augustine kata:

      sangat baik dan menarik bagi saya tengok cerita ini walau apa pun belaku tetap akan tengok kesih ini buat selama-lamanya tetepi masih ada yang kurang pada cerita itu iaitu ialah…………………….sambungan cerita itu sampai sini sajalah komen saya dan saya berjaya mencita sambungan ini terima kasih kerana sudi baca komen saya ini .Bey…Bey…Bey………..jumpa lagi!!!!!!

    10. augustine kata:

      saya akan menggunakan bahasa yang paling baik kegemira bersama

    11. augustine kata:

      Bey…..Bey…..sampai disini saja saya mahun tidur.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:












    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!