Home HOME | My Few.net | Diary Budiey | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Contact Me | Bookmark (Ctrl+D)





[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]




Sinopsis Filem Semerah Cinta Stilleto Lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani

Farid Kamil dan Lisa Surihani bakal berlakon fielm komedi romantik terbaru, SEMERAH CINTA STILLETO arahan David Teo yang merupakan filem ke-37 terbitan Metrowealth. Farid Kamil memegang watak Leto manakala Lisa sebagai Siti Laila mengakui mereka ada keserasian ketika berlakon walapun Farid kini bercinta dengan Diana Danielle. Ini adalah kali ke-4 mereka bergadingan dan filem ke ke-3 mereka bersama dalam satu filem.

SINOPSIS FILEM SEMERAH CINTA STILLETO

Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.

Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.

Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.

Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).

Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.

Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.

Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.

Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.

Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Kekasih Baru Farid Kamil
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Semerah Cinta Stilleto
  • Gambar Lisa Surihani di Majlis Berbuka ASTRO
  • Sekitar Majlis Prebiu Filem Semerah Cinta Stilleto
  • Trivia: Beg Emas Lisa Surihani
  • Lisa Surihani Pertaruh Bakat Dalam Filem I’m Not Single
  • Gambar Lisa Surihani @ Majlis Pra Tonton Filem I’m Not Single
  • Gambali Lisa Surihani di Majlis Pelancaran MUSTIKA
  • Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree
  • Lisa Surihani Dari Peguam, Pelakon Iklan ke Dunia Filem



  • 25 Komen untuk entri “Sinopsis Filem Semerah Cinta Stilleto Lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani”

    1. afiq kata:

      boring…

    2. odu kata:

      Nice couple, Farid & Lisa. Daniella? Emm…isn’t she look childish compared to Farid? Okaylah…All the best to Semerah Cinta Stilleta.

    3. seven kata:

      x sabar nk tuggu cite neyh..mesti best!!!

    4. Puteri Eylia Natasya kata:

      cm best jew citer ni…

    5. farid kamil kata:

      tengok lah..lisa,org rmai dah tak saber nak tengok citer kite……ianya akan d tayang pada bulan febuari……

      by name
      ( farid kamil)

    6. farid kamil kata:

      we love you rakyat malaysia

    7. teffny N kata:

      not bad..best!!xboring……lisa is a cute girl..:-)

    8. aisyah kata:

      LURVE FARID N LISA………BES WORKING…….
      BES MOVIE……..SUCCESS

    9. amalina kata:

      cm bez jewp….

    10. Wan Perlis kata:

      lisa aweks aku

    11. ayed_bond kata:

      ala aku nak tgk cite nie tp awek jau

    12. aen kata:

      trailernya nmpk bgus, teringin rasanya nak tengok wayang dia :D sweet! :’D
      aen, from brunei

    13. yuri kata:

      luv u farid ng lisa….xsabr nie nk tgk…mesti best…

    14. Dodol kata:

      Band letto tak marah ke curi nama diorg..Kahkahkahkahkahkah.nama org pun ada ke nama letto? punya la babi mengarut! alang2 baik taruk nama matta je,wakakakakaka! bodoh punya idham anak haram

    15. wakLU kata:

      i da tgk smlm cite ni…but tak best ar ending die…tak terkesan pon dlm hati..huhu
      jln cite ok da…farid n lisa pon ok.but xde ksimpulan bg parent stila,myb tak jd cerai ke..ape ker..right?cite ni cam buat syarat je…huh…buat la satu2 cite tu ade pengajaran and ending yg triller sket ke ape ker…kalo xde,watpe tayang?just nk cite love story semate-mate?xde pekdah…btul tak?

    16. Faizal kata:

      i’m not single juga terbaik…..

    17. bro straw kata:

      coz lisa aku tgk filem ni, tp ending agak menghampakan….lisa maintain cute….lg2 time aku tgk shooting adamaya kt sek 7 ari 2…

    18. woo kata:

      lisa ngan farid kamil seswai la. tp farid n diana, mmm. farid xcukup ensem utk dd

    19. adeq kata:

      best la tapi ending tak menarik sangat :D D

    20. chenta macam coklat kata:

      wah…i like la cite nie…
      senang kate,lau lisa gan farid berlakon,i memg suke..
      kalau la lisa n farid betul2 kapel,kan best…
      kamu berdua secocok..
      farid gan diana…uh,bese je kot…heehe

    21. nazrul kata:

      filem nie best..mmg enjoy tgk..
      tapi ending kureng..
      patutnya bt satu ending yg melekat di hati..haha..

    22. Fazli kata:

      aq ske btol la klo farid kamil ngan lisa b’lakon…bile nk kawin 2 owg 2………hehe

    23. sara kata:

      Mereka dalah pasangan yang secocok di dalam filem…di luar????hanyamereka berdua saja yg tahu…sama2 kita nantikan kesudahan 2 pelakon ini..good luck farid n lisa surihani..

    24. ANA NASUHA kata:

      BESTLAH !!I LOVE IT! TAK CAYALAH MCM ROMEO ANA JULIET

    25. onah kata:

      betol ke farid ngn diana ?
      alaaaa~ onah suke sgt2 bile lisa ngn farid;DDD

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




































































































































































































































































































    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK