in ,

Sinopsis Filem Santau

SINOPSIS SANTAU

Sepasang suami isteri, Halim dan Nina bersama anak perempunnya Tuti hidup dalam keadaan selesa di perkampunga Melayu moden. Halim sentiasa menjadi contoh kerana dia berjaya dalam kerjaya, dan suasana rumahtangganya yang harmoni.

Bagaimanapun, selepas jiran baru berpindah bersebelahan rumah mereka, keluarga Halim mula dihantui oleh kejadia mistik di dalam rumah mereka. Bermula denga Tuti yang terlihat pelbagai kelibat misteri hinggalah kejadian TV terpasang dengan sendiri, permanian Tuti berterabur dan alat penggera kecemasan di dalam rumah berdering dengan sendirinya di tengah malam. Semua kejadian ini berlaku apabila Halim tidak berada di rumah. Halim sangat sibuk dan menghabiskan masanya diluar hingga lewat tengah malam.

Sebagai seorang yang berjaya, Halim tidak begitu mempercayai wujudnya benda ghaib dalam rumah mereka apabila Tuti mengadu padanya. Nina yang sentiasa ceria mula berubah menjadi malas dan pendiam. Satu hari Nina mula mengalami sakit perut yang amat sangat dan Halim membawanya ke klinik.

Doktor mengesahkan Nina mengalami gastrik. Bagaimanapun Tuti mengesyaki mamanya mengalami gangguan ghaib. Satu malam, Halim berkejar pulang apabila Tuti memberitahu mamanya dirasuk dan menjerit-jerit. Halim membawa Nina berjumpa bidan kampung.

PRODUKSI FILEM SANTAU

Penerbit : David Teo
Pengarah : Azhari Zain
 
Pen. Pengarah 1 : Mohd Faizal Abdul Malik

Pengurus Produksi : Lazizah Ahmad
Pen. Pengurus Produksi : Intan Salwani Daud
Asst Art Director 1 : Izhar Abd. Karim
Prop Master : Faizal Abdul Malik
Prop Man : Yusni Hamidi Abdul Hamid
Make Up : Zarina Abu Sidik

The Making Of : Mohd Ikhram Izzazuddin Zainuddin (Atom)
Still Photo : Tan Shier/ Hairi
Runner : Abdul Aziz Sanusi
Handy : Samsul Bahari Sanusi
 
Special Effects : Norela Bt Ulis (Ella Sandera)

Technical Team 
Dop : Indra Che Muda Bin Redzuan
1st Asst Camera : Wahiudin Daniel
2nd Asst Camera : Anna Anuar
3rd Asst Camera : Mohd. Shahreel Abu Bakar
Gaffer : Mohd. Roslan Jalaluddin
Best Boy Grip : Zainordin Zainal
Best Boy Lighting : Mohd. Ridzwan Othman
Bb Lighting : Shahryzen Md. Sarif
Grip/ Lighting : Ahmad Azly Ahmad Roslan
Grip/ Lighting : Khairul Anuar Effandi Taufik Effandi

PELAKON FILEM SANTAU 
Halim – Esma Danial Md Isa
Nina – Putri Mardiana Zainal Abidin
Tuty – Farisya Fatin Faisal
Usin – Riezman Khuzaimi
Ana –  
Man – Nurzul Suphia’An Bin Saaban (Zul Handy Black)
Arifah –  
Bomoh Auta – Bob Lokman
Bidan – Ibu
Imam – Hafidzuddin Fadzil
Bapa Halim – Hisham Ahmad Tajuddin
Nenek Tua – Mariani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Yang Mana Satu Maya Karin – Nur Fazura

Gambar Pelakon Yatt dan Suami Yang Merah Sedondon