Home HOME | My Few.net | Diary Budiey | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Contact Me | Bookmark (Ctrl+D)





[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]




Sinopsis Filem Otai Lakonan Saiful Apek dan Nasha Aziz

Pada jam 2 petang tadi telah berlangsung satu majlis pra tonton filem Otai di Cathay Cineplexes, Cineleisure Damansara anjuran Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. Terima kasih GBSB atas kesudian menjemput Sensasi Selebriti. Nampaknya, akan datang masih banyak lagi filem tempatan akan beratur menanti untuk ditayangkan termasuklah filem Budak Lapok, filem 9 September yang akan berada di pawagam pada 1 November, filem Otai pada 13 Oktober, filem Antoo Fighter pada bulan November dan Dunia Baru The Movie.

blogFilem Otai dibintangi oleh Yassin Senario, Saiful Apek, Nasha Aziz, Ainul Aishah, Izreen, Maimon Mutalib, Farah Alya, Soffia Shamimi, Aznil Nawawi, Salih Yaccob dan Azean Irdawaty. Diarahkan dan skrip oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Lakon layar ditulis oleh Azhari Mohd Zain. Diterbitkan oleh Puad Onah dan Latiff Mohaideen.

Otai merupakan sebuah genre komedi yang menyingkap tentang rahsia kehidupan Aiman yang mempunyai dua orang isteri yang tinggal serumah. Aiman berkongsi rahsia kehidupannya dengan penonton di dalam sebuah program realiti “Otai” apabila dianugerahkan sebagai suami mithali bagi tahun itu.
 
Kisah dimulakan apabila Aiman (Saiful Apek) yang sudah mempunyai seorang isteri Azura (Nasha Aziz) yang telah berkahwin selama tiga tahun dan tidak dikurniakan anak. Aiman dan Azura telah mendapat tekanan dari ayah Aiman, Tan Sri Mansur (Saleh Yaakob) iaitu, jika Aiman dan isterinya tidak mendapat zuriat dalam tempoh setahun, seluruh harta bendanya akan diwariskan kepada rumah anak yatim.
 
Keluarga Azura telah mendesak supaya dijalankan pemeriksaan supaya ditentukan siapa sebenarnya yang bermasalah. Namun, hasil dari pemeriksaan tersebut, di dapati bahawa Azura yang telah mengalami masalah peranakan yang tidak memungkinkan dia mengandung. Atas desakan, Azura terpaksa merelakan Aiman berkahwin lagi seorang tetapi mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Azura dan ibunya (Azean Irdawaty). Aiman yang pura – pura menentang keputusan isterinya, akhirnya, berpakat dengan Sammy (Yasin Senario) dalam mencari calon yang paling sesuai. Namun, setiap calon ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Azura, iaitu mestilah seorang yang tidak cantik dan hendaklah Azura yang bersetuju dengan calon tersebut.
 
Setelah menemui jalan buntu, Aiman, Akhirnya mengarahkan Sammy, supaya mencari Mawar (Faeza) iaitu kekasih Aiman sebelum dia mengahwini Azura, supaya menjadi calon kepadanya. Atas bantuan Sammy, Mawar telah diubah supaya menjadi kurang cantik yang akhirnya telah dipersetujui oleh Azura.
 
Ketika Upacara akad nikah antara Aiman dan Mawar, Azura telah pengsan kerana mengetahui bahawa Mawar seorang yang jelita. Namun, yang lebih mengejutkan, setelah dijalankan pemeriksaan ke atas Azura, di dapati bahawa Azura sebenarnya telah mengandung. Kini, timbul konflik di antara Azura dan Mawar kerana Azura merasakan Mawar tidak diperlukan lagi setelah dirinya berbadan dua. Namun, satu peristiwa telah berlaku menyebabkan kedua – duanya menjadi sahabat karib. perkara yang tidak disangka oleh Aiman.
 
Dalam pada itu, kedatangan ibu Azura ke rumah telah membawa khabar angin yang mampu mengugat hubungan di perkahwinan Aiman dengan isteri – isterinya. perkara ini telah menimbulkan salah faham dan tekanan dalam keluarga Aiman. Ini kerana, dalam diam – diam, Aiman telah meminta kerjasama Sammy untuk memilih seorang lagi calon isteri yang sesuai. Namun, akhirnya muslihat ini diketahui oleh Azura dan Mawar.
 
Oleh demikian, mereka bergegas menuju ke tempat akad nikah dijalankan. Sekali lagi, konflik telah meletus dan mereka telah merayu Aiman supaya memaafkan segala perbuatan mereka sebelum ini. Namun, Aiman telah meminta tok kadi menyegerakan upacara akad nikah tersebut. Namun, setelah uopacara itu berjalan, Mawar pula pengsan. Apakah yang telah terjadi kepada Mawar? Siapa sebenarnya yang bernikah dan bagaimana kesudahan kehidupan Aiman dan isteri – isterinya.

nasha aziz

[tags]filem otai, otai, otai movie, otai dvd, otai download torrent, poster filem otai, gambar pelakon filem otai, budak lapok, filem budak lapok, sinopsis filem otai, synopsis film otai, pelakon filem otai, Yassin Senario, saiful apek, Nasha Aziz, saluran awani, ANUGERAH ERA, anugerah era, anugerah era genting, anugerah era 2007, channel oasis astro, Ainul Aishah, Izreen, Maimon Mutalib, Farah Alya, Soffia Shamimi, Aznil Nawawi, Salih Yaccob, Azean Irdawaty, Azhari Mohd Zain, Prof Madya A. Razak Mohaideen, damansara utama, ikea, ikano power centre, shopping spree, gbsb, Puad Onah, kisah jantan gatal, cerita madu tiga, mandul, tips merawat mandul, petua banyak air mani, petua tenaga batin, petua subur jantina, senjata lelaki blog, 3gp blog, Free 3gp Video, Free download 3gp videos, funny 3gp clips, 3gp movies, music download, watch video mobile phone, Xilisoft 3GP Video Converter, 3GP to MPEG, AVI to 3GP converter, Aksi Budak Sekolah “Budak Sekolah Berani, 3gp indonesian sex, filem otai, otai, otai movie, otai dvd, otai download torrent, sinopsis filem otai, synopsis film otai, pelakon filem otai, Yassin Senario, saiful apek, Nasha Aziz, Ainul Aishah, Izreen, Maimon Mutalib, Farah Alya[/tags]

filem otai



Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Gambar Nasha Aziz di Majlis Bersama Anak Yatim
  • Ulasan Filem Otai: Hiburan Santai di Aidilfitri
  • Siri Komedi HUA… HUA… HUA Lakonan Nabil Raja Lawak dan Saiful Apek
  • Nasha Aziz Bercerai Lalu Bercinta Dengan Ahli Perniagaan?
  • Sinopsis Filem Nana Tanjung 2 Lakonan Fasha Sandha & Saiful Apek
  • Pelakon Komedi Saiful Apek Ditangkap Kerana Ganja
  • Teaser Filem Apa Kata Hati Lakonan Raja Farah
  • Isu Penciplakan Tidak Boleh Dimaafkan
  • Gambar Nasha Aziz Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Rafflesia



  • 14 Komen untuk entri “Sinopsis Filem Otai Lakonan Saiful Apek dan Nasha Aziz”

    1. syd kata:

      jangan lupa tonton..13 OKT.cun cite nie,kelakar..;-) nasha aziz+apek

    2. bani kata:

      aku kenal apek.. dia selalu skate kat au5

    3. sexyCute kata:

      jgn lupe g tgk ramai2…..
      ajak sedara mare biar pnh 1panggung…… hehehehehe
      susah2 ajk je 1kampung…… hehehehehe

    4. eika kata:

      jgn lupe gi tgk citer nie tau……….
      klau apek ade gerenti citer nie bezzz punye aaa……….

    5. babygirl88 kata:

      woih!!!best giler filem otai tu..macam nak tengok lagi lah…yang paling bestnyer, watak apek and yasin

    6. rozana kata:

      filem otai syok, lebih baik dari filem-filem p. ramlee. tengok 3X pun tak puas. Tahniah kepada pengarah dan pelakonnya.

    7. izzat----dari sabah kata:

      filem otai ni mmng bgus skali dan crita ni………best glier la sya hehehe……….
      pling sya mnat skli saiful apek hehehe…………dan yahssin heheh…….

    8. nurul aniena kata:

      hai………saya minat sangat dengan saiful apek sebab dia kelakar !!!k tak pelah bye!!!!!!!!!!!!!!

    9. DKgirl..Ampang kata:

      tak kisah apepun saya suka apik, tapi saya tak suka yasin… nasha tu cun tapi napa idung dia cam tu

    10. ieta jerrrkkk kata:

      rugi lar x pat msuk pggung hri tu.. tgk kt umh..x havocs..

    11. chom kata:

      mawar tu cun dowh…cmne nak cari dia hah???

    12. nyu2n kata:

      saye ni dari indonesia..
      saye suke tonton film dari malaysia..
      lucu..macam asli..
      saipul apek tu lucu ,, same yasin tu…
      yang paling saye ingat tu
      “kejap ade kejap tak ade..macam biskut..” heheheee

      film2 nye tu yang macam roti canai,senario lagi2,banyaklah film nye..
      maju terus ye

    13. aini kata:

      kelakar sngat filem ni…..klau yg nak hilangkan stress tgok je filem lakonan apek…mesti hilang punya stress tu.

    14. Gambar Faezah Elai Bermodeling | hafreze.com kata:

      [...] Elai makin popular setelah membintangi filem Otai, berganding bahu dengan Saiful Apek dan Nasha Aziz. Oh ya, rakan aku merupakan seorang model yang [...]

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




































































































































































































































































































    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK