in ,

Sinopsis Filem KOLUMPO

Sebelum ini, hanya filem garapan Yasmin Ahmad dilihat sinonim dengan tema penyatuan kaum. Namun, sekarang ini, muncuk sebuah filem yang mengetengahkan tema yang sama tetapi garapannya dalam bentuk yang berbeza iaitu antologi tiga filem pendek yang diberi judul KOLUMPO.

[pullquote align=”right”]Anda semua dijemput untuk menonton filem tentang realiti, cinta dan harapan ini di pawagam berdekatan mulai 5 Disember 2013.[/pullquote]

Diarah oleh Bront Palarae, Sheikh Munasar dan Rozi Izma, filem ini bagaikan sebuah teropong hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang luas. Dalam filem ini, kehidupan tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India ditonjolkan. Setiap kaum menutur dialog bahasa ibunda mereka. Ada ketika, penonton akan dipaparkan babak yang akan menyentuh rasa sensitiviti mereka.

Bercerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur, filem ini membawa penonton ke latar Pasar Seni ke KLCC sampai ke Setapak, filem ini mengaitkan cerita-cerita tentang harapan dan impian warga kota Kuala Lumpur.

Cerita Pertama
Kolumpo mengisahkan seorang imigran atau pendatang dari India yang baru sahaja tiba di KL untuk berkerja mendapati syarikat yang telah mengupahnya sudah jatuh benkrap. Dia kemudian diselamatkan oleh seorang tauke bos mamak dan memulakan hidup barunya sebagai seorang pendatang haram di KL.

Cerita Kedua
Di Setapak pula, seorang gadis muda yang asyik cuba mengelak panggilan telefon ibunya didapati sedang menolong seorang perempuan tua nyanyok mencari rumah yang dia tidak ingat untuk sepanjang hari.

Cerita Ketiga
Di Ampang, seorang pemuda bertemu dengan seorang gadis misteri yang turut ketinggalan tren yang terakhir. Untuk seorang pemuda yang tidak pernah bercinta, pertemuan ini bakal memberikan mengubah hidup si jejaka muda ini.

Pergabungan ketiga cerita ini akan menghasilkan sebuah kolaidaskop hidup di bawah langit kota Kuala Lumpur yang bakal menyayat dan mencuit hati para penonton.

KOLUMPO poster

Kolumpo

Kolumpo

Ibarat Kentang 07

Bukan Lelaki 06

Rumah Burung 10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rakaman CCTV Kemalangan Kereta Paul Walker di Youtube

Artis Popular Bakal Perform di Konsert Destini