Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang
Persepsi Awal Budiey:
Filem Jangan Pandang Belakang mungkin mahu menceritakan kepada penonton, gambaran sebenar apabila yang mati bertemu dengan yang hidup. Dari lain sudut, kehidupan yang ‘mati’ dikaitkan dengan sekeping jiwa yang sudah tidak mempunyai ‘nyawa’. Jiwa yang mati sukar untuk menemui jalan kehidupan yang sejahtera. Seterusnya, hidup akan jadi kacau bilau setelah diporak-perandakan oleh jiwa-jiwa yang sudah mati. Maaf, andanya bahasa digunakan agak sukar difahami.
Tajuk filem ini sendiri memberi sesuatu mesej kepada manusia bahawa untuk hidup, kekadang kita terlupa dengan sejarah yang telah kita lalui. Kata ahli sejarah, kalau mahu mengenal diri, belajarlah melalui sejarah. Kalau mahu mencari jalur sinar bahagia di masa depan, belajarlah menilai sejarah.
Jangan Pandang Belakang seolah melarang kita mengimbas kembali sejarah-sejarah yang telah berlaku. Namun, kalau difikirkan untuk terus cemerlang meniti kehidupan, apa salahnya sekali sekala kita menoleh ke belakang. Walaupun perit untuk menoleh ke belakang, namun itulah ubat yang mujarab bagi jiwa yang sedang mati.
Dari sudut yang lain, filem ini sebenarnya mempunyai interpretasi tersendiri ketika kita melalui tempat-tempat yang menyeramkan. Contohnya, saya dulu pernah melalui jalan-jalan yang sunyi setiap kali pulang dari mengaji Quran setiap malam. Biasanya, bulu roma akan meremang dan berdiri menandakan ada sesuatu di belakang kita… dan nasihat orang tua… jangan pandang belakang. Berjalanlah terus ke depan. Jangan hiraukan gangguan dari belakang.
Saya terasa teruja untuk menonton filem ini kerana jalan ceritanya agak unik. Selain daripada watak Darma yang dipegang oleh Pierre Andre di mana ini adalah filem seram pertama lakonan beliau.

Sinopsis Filem Jangan Pandang Belakang:
Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladynana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria.
Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.
Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ’sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.
Mendengar nasihat Daim (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.
Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari?
Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!

Info Filem Jangan Pandang Belakang:
1. Filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 4 April. Namun, promosi filem ini dibuat 2 bulan sebelum itu.
2. Ramai penggemar filem tertanya-tanya tentang filem ini. termasuklah pengurus panggung yang menganggap filem arahan Ahmad Idham ini sebuah filem seram yang menarik. unik dan menghiburkan berbanding filem seram tempatan lain yang sering menemui penonton.
3. Pengurusan Metrowealth Movies Production (MMP) yang menerbitkan filem itu sudah mengeluarkan kos tambahan untuk membuat sari kata berbahasa Cina dan Inggeris dalam usaha mereka untuk menarik penonton daripada semua kaum.
4. Jangan Pandang Belakang filem ketiga arahan Ahmad Idham bersama MMP, membariskan pelakon seperti Mohd Pierre Andre, Intan Ladyana, Ruminah Sidek, Rio Elani, Khatijah Tan dan Hafizuddin Fadzil.


Nantikan filem Jangan Pandang Belakang yang ditayangkan pada 5 April 2007. Lambat lagi kan?
Mesti Baca: Jangan Pandang Belakang - Apabila Yang Mati Bertemu Yang Hidup
Tags: Ahmad Idham, Filem, Hafizuddin Fadzil, Intan Ladyana, Jalaludin Hassan, Khatijah Tan, Pierre Andre, Rio Elani, Rusminah SidekBaca artikel lain yang berkaitan:





March 14th, 2007 at 12:21 am
memang seram cite nih
March 19th, 2007 at 5:27 pm
[...] Pada 13 Mac lalu, majlis pra tonton filem Jangan Pandang Belakang telah pun diadakan. Sebuah filem seram yang punya keseraman yang sangat mengerikan. [...]
March 19th, 2007 at 11:50 pm
[...] MOTIVASI DARIPADA DR LOVE Khabarnya, kritikan pedas pengkritik tetap terutamanya Ahkak Ogy telah menjatuhkan semangat pelajar. Jadi, Dr Love pun cuba tenangkan sikit diorang ni. Siap bagi gambaran… masa memandu kereta, sebagai driver kita kena pandang depan dan jangan lupa jugak untuk pandang belakang (tiba-tiba je promote filem Jangan Pandang Belakang) dengan menggunakan cermin. [...]
April 5th, 2007 at 12:03 pm
first time rasa teruja nak tengok filem ni wlu pun sebenarnya sy penakut sangat. sebelum ni cakap la filem tu best mcm mana sekalipun tapi klu cerita hantu sy takkan jejak kaki ke panggung. tapi….filem ni sy btul2 nak tgk apa cerita sebenarnya….
April 6th, 2007 at 8:45 am
[...] kasarnya, aku berpendapat filem Jangan Pandang Belakang memang menyeramkan. Plot yang ringkas senang difahami. Garapan kreatif dan suntingan yang sangat [...]
April 6th, 2007 at 6:27 pm
seram22..memang seram..real punyer seram
April 7th, 2007 at 3:02 am
hurm giler seram, 1st time aku tgk cite antu mayu aku menjerit. eventhough jalan cerita dh bejaye menimbulkan perasaan takut, cuma plot harus diperbaiki lagi.anyway syabas tu pierre yg buat skrip.ko mmg hebat!
April 16th, 2007 at 3:49 pm
AKu baru menonton filem JPB ni semalam. Memang seramsss…..sampai ada babak yang tak seram pun ade penonton yg jerit. Malam tadi aku smpi susah nak tido sbb terbayangkan hantu yang Darma dukung tu…tambah lak ada babak hantu yg merangkak mase Darma tgh nak repair fius letrik yg tetiba padam kat rumah dia….
Aku ucapkan tahniah la pd pelakon Pierre Andre sebab lakonan yang mmg ummppphhh!!!! Reaksi muka mmg nampak real. Tapi untuk Intan, nampak mcm kekok nak belakon. Watak Opah Darma lagi menyerlah bebanding watak Seri. Reaksi muka mcm kureng je. Muka suspen pun nampak sgt mcm dibuat2..apepun aku harap ada sambungan JPB ke 2. Cite psl hantu tu boleh terlepas dari kurungan jagung yg ditanam pulak…mane tau kot ade yg menggali lubang kat situ ke, buat projek pembangunan ke…pastu tetiba tergali tempat jagung tu ditanam….fuhh…….mesti best…….eee…yang pasti pas ni aku takut nak pandang belakang…..
April 28th, 2007 at 5:58 pm
[...] macam nak pegi tengok.Tapi asyik2 masa tidak mengizinkan..Ishh..Mukhsin pun tak sempat tengok lagi.Jangan Pandang Belakang keluar tak lama lagi..Member aku dah tengok preview harituh dan die kate sangat best..Nie yang buat [...]
May 19th, 2007 at 7:59 pm
CERITA NIE MEMANG BEST;AKU BANYAK GAK TENGOK CITER2 HANTU TAPI YG PALING AKU TAKUT DAN DOK TERINGAT2 CITER NIE LAH,RAMAI KAWAN2 AKU KATA BABAK YG HANTU MENIARAP KAT DAPUR TU TAK SERAM LANSUNG MCM NAMPAK TAK REAL JE..
June 1st, 2007 at 9:46 pm
wow..cam best lar..nak pegi tengok nie..
September 24th, 2007 at 10:47 pm
sebuah cerita melayu yang boleh dikatakan baik. Dunia perfileman Malaysia akan lebih meriah sekiranya cerita2 seperti ini lebih byk di buat dan mendapat sambutan peminat. Tak mustahil filem kita akan mendapat liputan luas dari orang luar sekiranya mutu filem kita di perbaiki dan belajar dari kesilapan dan kelemahan. Kalau nak dibandingkan dengan cerita Indonesia pun tak la hebat sangat cerita Indonesia tuh. Cuma publisiti je yang melebih.
October 3rd, 2007 at 11:30 am
aku seram giler ngan citer nie..hampeh la..rugi 10 hengget duit aku..pg panggung tapi aku asyik tutup muka aku ngan jaket..aku ngeri…tobat tak nak tgk lagi..setiap kali aku drive malam2..aku takut ada benda melayang kat sebelah aku…huahuahua…nyesal2…
October 23rd, 2007 at 12:55 pm
ceter nie best giler….aku gok kebih 10 kali..tgok kat cinema 3x,xckup 2 bli vcd nya…pas 2 xrenti2 tgok…
June 5th, 2008 at 4:23 pm
Cerita ni bagus. 2 thumbs up.