Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sinopsis Filem Impak Maksima

Sebuah filem arahan Ahmad Idham penuh aksi lumba kereta drifting ini dilakonkan oleh Awal Ashaari (Ayie), Eizlan Yusof (Johari), Zul Huzaimy (Ray), Cat Farish (Loyai), Opie Zami (Amran), Dynas Mokhtar (Maria), M.Rajoli, Riezman Khuzaimi, Azizah Mahzan dan pendatang baru, Yatt, Dila AF5 serta Sari Yanti.. Filem ini akan menemui penonton pada 23 Ogos 2007. Menghangatkan lagi promosi filem terbabit, EPSB turut menerbitkan album runut bunyi khas yang menampilkan lagu dari kumpulan bebas (indie). seperti Bhumiband, Hujan, Maximus, Dragon Red, Gunkz, The Chungcutters, Phatnatrix dan Mix.

Sinopsis Filem Impak Maksima
Ayie ialah seorang anak muda yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Ayie amat gemar dengan sukan bermotor iaitu lumba kereta, Ayie sering melibatkan diri dengan perlumbaan kereta haram dan melepak bersama 2 orang rakan baiknya iaitu Loyai (rakan kolej) dan Amran (mekanik kereta). Ayie sering ditegur oleh abangnya, Johari yang telah menjaganya semenjak ibubapanya meninggal dunia. Johari mengusahakan sebuah bengkel kereta di mana tempat Amran bekerja. Suatu ketika dahulu, Johari seorang pelumba Rally profesional tetapi telah berhenti kerana tidak mahu adiknya mengikut jejaknya.

Ayie juga begitu terkenal di kalangan pelajar-pelajar kolej, Ayie telah terserempak dengan seorang freshie ( Eva Liana) yang begitu cantik dan telah menarik perhatiannya. Kosentrasi Ayie lebih kepada Eva, Ayie sudah mula kurang untuk berlumba dan melepak dengan rakan-rakan. Suatu hari Loyal didatangi Ray, seorang pusher dan terkenal dengan aktiviti haramnya. Ray ingin mencabar Ayie dalam satu perlumbaan Drag tetapi Ayie telah menolak kerana Ayie sudah ada temu janji dengan Eva Liana. Tanpa pengetahuan Loyal, Amran telah bertemu dengan Ray untuk menerima pelawaan Ray dengan mempertaruhkan wang sebanyak RM5,000.00.

Pada hari yang dijadualkan, maka berlangsunglah perlumbaan antara Amran dan Ray. Berita kekalahan Amran telah diketahui Loyai. Loyai dan Ayie sama-sama mencari Amran kerana mereka tahu bahawa Amran berada di dalam bahaya. Dalam pada mereka berbincang, Ray tiba untuk memukul Amran dan Amran yang panik telah melarikan diri dengan keretanya. Berlakulah adegan kejar mengejar di antara mereka, keadaan bertambah tegang apabila polis peronda melihat mereka membawa kereta begitu laju dan telah mengejar mereka. Ketika cuba melarikan diri daripada di kejar polis Amran telah terbabit dalam kemalangan, Ayie yang melihat kejadian tersebut cuba menyelamatkan Amran tetapi Amran tidak dapat diselamatkan dan Ayie telah ditahan atas tuduhan memandu secara berbahaya di jalan raya.

Johari kecewa dengan kejadian yang menimpa Amran dan Ayie. Di balai, Johari telah didatangi Maria, polis undercover yang telah lama mengikuti aktiviti Ray. Mereka berbincang dan satu cara sahaja yang boleh menyelamatkan Ayie. Polis meminta Johari mengaturkan perlumbaan dengan Ray untuk menangkap Ray dan Johari telah meminta pertolongan Loyai untuk mengaturkannya. Johari yang sudah lama berhenti berlumba telah berlatih semula dengan bantuan Loyai. Adakah rancangan mereka untuk menangkap Ray berjaya?

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Trivia: Comelnyaaaaa…. Anak Pelakon Mana Ni?
  • Senarai Lagu Tugasan Konsert Akademi Fantasia Minggu Ini
  • Iqram Dinzly Pelakon Rempit VS Impak Maksima
  • Filem Akhirat Sinopsis & Lakonan Vanidah Imran
  • Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia
  • Gossip Aida Aris Cinta Zul Handy Black
  • Impak Maksima The Musical di Istana Budaya Disember Ini?
  • Yatt Hamzah
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Sekitar Pelancaran Teater Impak Maksima The Musical



  • 4 Komen untuk entri “Sinopsis Filem Impak Maksima”

    1. rahim kata:

      NO KOMEN

    2. alya kata:

      ak ske gke cte nh..besh arr..

    3. man kata:

      lakonan zul huzaimy sebagai ray memang bagus dan real.tapi dari keseluruhannya memang bagus.tapi pada akhirnya macam tergantung.

    4. farahin kata:

      ok je……….. best jugak….,,

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:




















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza