Home HOME | Tips Lifestyle | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Iklankan Produk & Website anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Sinopsis Filem CUCI

 Poster Filem CUCI - Mengambil imej Tugu Kebangsaan (National Monument) dan askarnya digantikan dengan tukang cuci. Kreatif dan unik! Apa pendapat anda dengan poster ini?

Tajuk Filem:
CUCI

Genre:
Komedi

Format:
35mm

Durasi:
90min

Penerbit:
Dato’ Anthony Fernandes
Hans Isaac

Pengarah:
Hans Isaac

Cerita Asal:
Hans Isaac
Harith Iskander

Penulis Skrip:
Harith Iskander
Hans Isaac

Olahan Skrip:
Ted Azelan

Sinopsis Filem
 
Filem CUCI adalah sebuah karya yang mengisahkan penglibatan empat sahabat Khai (Hans Isaac), Fairil (Afdlin Shauki), C’Tan (Ac Mizal) dan JOJO (Awie) dalam memperbaiki kehidupan mereka sebagai pencuci tingkap banggunan. Dari kecil hingga dewasa kumpulan ini sering bersama sebagai satu keluarga dengan wawasan yang sama.

Dalam mencari kemajuan mereka telah memasuki “Window Washing Olympic” satu pertandingan berprestij yang akan menempatkan syarikat mereka CUCI CUCI SERVICES di antara syarikat-syarikat professional. Pertandingan ini juga merupakan satu langkah bagi mereka untuk mendapatkan kontrak besar mencuci tingkap banggunan banggunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Cerita ini diserikan lagi dengan kemunculan Cj (Erra Fazira), anak seorang ahli korporat, Tan Sri Rahim  (Dato’ Rahim Razali) dan juga merupakan eksekutif syarikat yang menganjurkan pertandingan “WWO” tersebut. CJ dibantu dipejabat oleh Farah (Umi Aida), sebagai pembantu peribadi yang juga merupakan seorang kawan di luar pejabat. Perwatakan CJ dan FARAH amat berbeza walaupun mereka kawan baik.

Persaingan hebat berlaku antara CUCI CUCI SERVICES dan syarikat professional Maju Wira Sdn Bhd yang dipunyai oleh Wira (Khir Rahman), seorang usahawan berjaya yang mewarisi kemewahan dari keluarganya. WIRA juga mempunyai perasaan terhadap CJ dan berusaha untuk mendampinginya.

“CUCI” memaparkan semangat di antara empat sahabat karib ini mengharungi rintangan hidup dengan mengekalkan nilai jati diri dan kualiti kerja yang baik. Filem ini banyak mengadunkan adegan-adegan menarik yang dipersembahkan dalam bentuk komedi ringan dan penuh aksi.

Antara Barisasn Pelakon “CUCI”

Awie:
Jojo   

Afdlin Shauki:
Fairil  

Ac Mizal:
C’Tan   

Hans Isaac:
Khai 

Erra Fazira:  
Cj (Siti Jasmin)

Umi Aida:  
Farah

Dato’ Rahim Razali:   
Tan Sri Rahim

Khir Rahman:
Wira

 INFO FILEM CUCI:

1. Filem CUCI adalah buah tangan pertama Hans Isaac sebagai pengarah filem. Filem ini menjadi kayu ukuran kepada filem beliau yang akan datang. Persoalannya, mampukah Hans Isaac mencari identitinya sendiri dalam gaya pengarahannya atau masih terbawa-bawa dengan cara sifoonya, Afdlin Shauki.

2. Kesemua tunjang utama filem ini iaitu Hans, Afdlin Shauki, AC Mizal dan Awie pernah menjayakan filem arahan Afdlin Shauki iaitu Baik Punya Cilok. Soalan yang pasti ditanya oleh wartawan, mengapa memilih kawan-kawan atau perkataan yang lebih tepatnya KRONI. Bukankah diluar sana masih ramai lagi pelakon di Malaysia yang boleh ditawarkan?

3. Pengambaran filem ini dibuat di sekitar Kuala Lumpur.

4. Melihat kepada barisan pelakonnya, tidak dapat saya sangkalkan bawa aspek komersial menjadi keutamaan. Saya rasa filem ini akan berjaya mengamit ramai peminat ke pawagam. Semua orang mahu untung. Siapa mau rugi kan?

5. Filem ini mempunyai komedi yang berlainan dengan “Baik Punya Cilok”. Ianya lebih menekankan kepada realiti kehidupan dan logika pemikiran. Ada setengah filem komedi mengetepikan aspek sedemikian.

6. Filem ini diterbitkan oleh syarikat milik Hans Isaac iaitu Tall Oaks Production dengan usahasama Tune Entertainment Group Sdn Bhd.

7. Saya rasa Hans Isaac banyak mendapat sumber inspirasi daripada Afdlin Shauki. Setelah berlakon, Hans ingin menjadi pengarah dan penerbit serta penulis skrip. Kemudian apa lagi? Menyanyi je Hans Isaac belum buat. Mahu cuba bikin album pula lepas ni? Peranan Hans memang besar untuk mengangkat filem ini ke mercu jaya. Saya pernah terfikir, laratnya Hans Isaac buat semua benda dalam satu masa. Jawapannya satu sahaja, Gigih! Rajin berusaha tangga kejayaan.

Apa-apa pun, tunggu sahaja filem ini ditayangkan pertengahan tahun 2007.

Tags: , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Tonton Filem CUCI & Dapat 50 SMS Percuma!
  • Saksikan Pelakon Filem CUCI di Malaysia Hari Ini
  • Erra Fazira Janji Sokong Filem Hans Isaac
  • Gambar Hans Isaac di Red Karpet Anugerah Skrin 2007
  • Hans Isaac Rela Bawa Filem CUCI Masuk Hospital?
  • Senarai Filem 2008
  • Gossip Fasha Sandha & Hans Isaac Bercinta?
  • Senarai Pemenang Festival Filem Malaysia Ke-21
  • Erra Fazira Cinta Engku Imran Bukan Hans Isaac?
  • Pantang Larang Arry Putra



  • 22 Komen untuk entri “Sinopsis Filem CUCI”

    1. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Ulasan Filem Qabil Khushry Qabil Igam kata:

      [...]  Bukan itu sahaja, Hans Isaac kini dah jadi pengarah dan penerbit filem pun! Nantikan filem pertama arahan Hans berjudul CUCI. Erra Fazira, Afdlin Shauki dan AC Mizal pun ada berlakon dalam filem CUCI. Apa yang diorang ni akan cuci, saya pun tak pasti. [...]

    2. SM kata:

      kreatif tapi sinis.

      cuci. mat indon
      tugu. pejuang negara

      apakah negara kita dijajah mat indon skrg ?
      apa jadi dgn belia negara ?

      merempit ?

    3. rewan ishak kata:

      Betul tu SM. Setuju sangat dgn komen SM.

    4. CMA_LEJA kata:

      nothing 2 says, i cant wait this film…… muahh 2 erra & umi…

    5. ladybird kata:

      x sabo nak tengok awie blkon ngan erra!!

    6. syd kata:

      bile erk nak keluar?

    7. axbadboyz_18 kata:

      allllllllllooooooooooooo tukang lakon filem CUCI……..best al citer korang …..pandai koraqng wat citer lawak cam tu….so,every day can be happies…

    8. ntah le... kata:

      tukang cuci jd tugu negara…menunjukkn bhwa kje tkang cuci ni pn mulia jgk jika kita ada matlamat dan tjuan.byk org zmn skrg x pndng pn kje2 cmni krn pd mreka mybe kje cmni xde ms dpn dan hnya lyak utk org2 kelas bawahn je…

    9. NUR kata:

      Nasib baik ada Erra Fazira, Afdlin Shauki & AC Mizal berlakon.Teruja sikit nak tengok filem ni.

    10. beckiera kata:

      lambang tugu negara i2 bnar mbutkan filem ngara kt ade class yg bermutu..dgn para plakon yg b’pglaman n hebat2,mbuatkan rmai org yg akan tgk movie nieee….syabas hans dgn menghasilkan filem cuci….wkaupu cuci tapi,pnuh dgn mkna yg t’SIRATTT….

    11. Watie kata:

      xsabar nak tengok citer ni..sume pebret artis ade..erra, awie & hans..mesti best tgk diorang, byk kenangan silam..

    12. dendang kata:

      aku dh tgk cite nih tadik…aku kasik 4.5/5 ar..
      lawak2 dlm cite mmg besh..n bkn lawak spastik k…
      cite yg agak teratur..dan skrip yg bagus..
      sape yg agak2 ade sakit jantung ke…dinasihatkn jgn tgk atau mkn ubat awal2…sbb???
      lawak dlm cite nih mmg byk yg amat…sampaikan dlm 0-30 saat frame tuh..ade 3,4 lawak… tak sempat nk abis ketawa dh kuar lawak baru..

      aku nk carik dvd cite nih lepas nih…tak puas tgk kt wayang..sbb?…ramai sgt yg ketawa sampaikn dialog tak dgr ngan jelas…

      harap2 cite nih pecah panggung…

    13. sue kata:

      mmmmm…..aku tak tengok lg citer ni ,,2 lah nak tau smd best ke x?mlm ni i p tgk ,,then i komen ckit ok hans….hehehehe

    14. Alai kata:

      hahaha..suka laa this movie..bru je balik dari panggung after tengok this movie..salute laa hans isaac..i laughed most of the time tengok mvie nie..&& moral dlm movie nie pun bagus juga..more about brotherhood..i think tu je laa yea…

      Assalamualaikum:)

    15. egem kata:

      wah…seronok abis…baru je tenogk tadi kali ke 3…even dah tengok banyak kali pon tetap tak bosan….moral value kekeluargaan yang bagus…

    16. pinkquoka kata:

      cuci. mat indon
      tugu. pejuang negara

      apakah negara kita dijajah mat indon skrg ?
      apa jadi dgn belia negara ?

      merempit ?

      —>> ARE YOU OUT OF YOUR MIND?!bile masa pulak cuci2 ni semua kene bg kat mat indon?!org melayu tak sedar diri…..diorg tak nak buat keje2 kuli batak ni.nak tau jd “manager” jer..tapi malas nak blajar…tak sedar diri!u know what…all the indonesian workers came to our country to find jobs that our “beliaS” dont want to do…so they take the opportunity la ngok!

      dont judge a movie based on that small tiny little thing..pls look on other perspective.mise-en-scene, plot, editing etc…

      ORANG KAMPUNG BETUL LA ENGKAU NI!

    17. arepit kata:

      tahniah kepada hans,kerana bjaya menarik minat para penonton..
      filem ni jgak telah bjaya memberi tujuan n motifnya yang tersendiri..
      apa2 pun teruskan usaha n perkayakan dunia seni di tanah air sendiri..
      all the best for the cuci crew…

    18. safra aina kata:

      best sgt……..dah 4 kali tengok daaaaaaaaaaaa……………………………..

    19. ujieet kata:

      bestlh cite korang…boleh wat filem lg…x rugi g pangung nak tengok cite CUCI nie…all the bestlh…

    20. iiii kata:

      apala filem ni…tak best langsung

    21. iiii kata:

      best la filem ni

    22. KIUT kata:

      boleh tahan le…………………..arap d usahe wt filem len kelak

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:








    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET