Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)



















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Sinopsis Filem Congkak

Kisahnya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Kazman sudah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai persinggahan semasa bercuti. Pelbagai peristiwa pelik berlaku sepanjang perjalan mereka termasuk kehilangan telefon bimbitnya.

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk membeli rumah tersebut kerana sudah berjanji dengan kawannya.

Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana kawannya tinggal di situ sehingga Kazman perasan Lisa bermain menghadap kubur lama. 

Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah hilang dan Sufiah didapati tidur di siling bilik.

Pak Tua, penduduk paling lama di kampung itu telah pergi ke rumah tersebut untuk menyelamatkan keluarga Kazman dan mencari Ely dan Lisa.

Apakah sejarah sebenar banglo tersebut dan dapatkan Sufiah diselamatkan serta berjayakah Ely dan Lisa ditemui semula. Segalanya bakal terungkai dalam sebuah lagi filem seram terbitan Metrowealth (MIG), CONGKAK.

Technorati Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • MALAM PREMIERE FILEM CONGKAK DI SINGAPURA PECAH PANGGUNG
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Filem Congkak Lakonan Erynne Erynna Akan Kaut RM 10 Juta?
  • Budiey Mencari 5 Pembaca Bertuah ke Pra Tonton Filem CONGKAK
  • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar Pelakon
  • Jangan Pandang Belakang: Filem Paling Meletop 2007
  • Gambar Sekitar Sidang Media Filem Congkak di Singapura
  • 5 Pembaca Sensasi Selebriti ke Pra Tonton Filem Congkak
  • Filem Congkak di Pawagam Hari Ini, Gathering, MACP Awards & APM
  • Biodata Pierre Andre



  • 38 Komen untuk entri “Sinopsis Filem Congkak”

    1. Nina kata:

      mesti meletups punya cerita congkak.
      i really hope that ia akan dpt sambutan yg hangat.
      lebih hangat drpd jangan pandang belakang.

      baca sinopsis jer, bulu roma dah naik.
      seram sgt. i bet it’s a great story and serammmm.

      can’t wait to watch it.

    2. babe304Brunei kata:

      pasti top punya…kita tengok triller nya je dah seram suka..haha.. cant wait for it to show here in brunei….

    3. khaty_dewberry gurl kata:

      salute………..

    4. ROSHADAH BINTI ZULKIFLI kata:

      Apabila selesai sahaja membaca sinopsis nyer sy dapat bayangkan citer nyer agak menyeramkan tetapi janganlah diakhir cerita nanti ceritanyer hanya mimpi sahaja tu yg jd xbest,iyealakan citer mlayu ni kan selalu macam tu.Ape2 pn semoga citer ni dapat sambutan yg hebat apabila ditayangkan nanti.

    5. noey kata:

      cant wait this filmm release. and hope i will be the 1st person in ums watch this film and hope this director would not dissopointed us to watch this…make it worth..neway..do salute to film DONT LOOK BACK…TOTALLY AWESOME!!

    6. ECAH_MRSM KKB kata:

      bile filem ni nk kuar???aku nak wat folio sejarah psl congkak ni…ni je lg sumber yang aku perlu ntuk wat folio ni…

    7. apaib apai kata:

      hem…ok la

    8. wawa kata:

      bile nk kua cte ni..aku nk wat folio pasai congkak nih..

    9. yop kata:

      bes gle..
      ak dh tgk pratonton kt um mlm td..
      siyes bek korg g tgk

    10. shahrizal kata:

      filem ni mesti box office punye, tengok dia punya treler pun dah macam nak gugur jantung ape lagi klau tengok dia punya cite coompem mesti troma hehe, ok ape-ape pun filem ni best, mengancam dan menyeramkan, mesti tonton punya, filem terseram di rantau ini, mesti meletup punya kebabooooommmm…….

    11. kudus kata:

      ……tah la….bukan bleh pecaya filem melayu skang ni…kalau yg lepas2 tu gempak jer lebih tapi bile tengok hampes…

    12. Syaz Fitry kata:

      Most filem seram x bnyk yg meletup..But this film akan meletup coz dilakonkan dgn baik oleh Riezman,Nanu Baharudin,Erin Malek,Eryyne Erryna..This film also diarah oleh pengarah yg terror,Ahmad Idham..

    13. aku kata:

      Arahan Ahmad Idham.. bukan pierre… pembetulan tajuk tu..

    14. Shade kata:

      Hmmm…I think CONGKAK, eh ape..congkek tidaklah international standard seperti yang dikatakan oleh David Teo…i rasa tak boleh lawan THE KL SAMURAI

    15. ah soon kata:

      tunggu la wa ini mlm br tngok br wa tau la

    16. ah soon kata:

      encik yop, tul ke best? seram mcm don’t look back ke lagi seram?

    17. Dinrika kata:

      Semalam dah pergi tonton filem ni….
      Memang seram dan best.Cuma rasa macam tak puas lah pulak sebab masa pendek sangat…
      Sound system memang best itu yg membuatkan filem ini lagi seram….
      Penyudah pun ok.
      Ada part yg seram ada part yg kelakar…. ada hantu lelaki pakai pakaian wanita….he..he..he….

    18. azma kata:

      rmai yg kte movie ni bes.. nk tgok gk..

    19. cinta kata:

      emmm….. best ker cite ni???
      mcm x caye jer…..

    20. cinta kata:

      aku ni penakut sbnrnya….
      time aku nengok cite pocong 2 pun aku dah takut…..
      tu pslla aku nak tau sgt cite ni, samada lbh seram atau x drp cite pocong 2 tu….sbbnye klu cite congkak ni lbh seram drp cite pocong 2, so aku x nak g nengok……

    21. susheeqeen kata:

      aku da tgok cite ni…x bley beat jgn pandang blakang, lg bes..pelik sgguh riezman dlm cite congkak intonasi suare mendatar je..cam pelakon baru jakk…dr 5 bintang aku leh ks 2 stengah je la..tkejut je lebey tp x bes sgt la cite ni..

    22. Selamat Hari Minggu : panjangakal.com kata:

      [...] minggu korang? Apa yang korang buat bila tiba hari ahad? Aku mahu tau juga, adakah korang tengok filem congkak? atau jalan di Sunway Pyramid? atau korang “rewang” di rumah jiran-jiran [...]

    23. iqa kata:

      erm. kenapa ya..
      kawanku ada yang berkata..
      ” x best tgk cite ni, org kat panggung ramai yg ketawa.. sebab x seram, aku yg penakut pun jadi x takut”..

      adakah ini benar..
      erm. biase la filem melayu, ura2 je lebeh.

    24. shud kata:

      tul tu cam tak best jer

    25. shud kata:

      tapi kalo best tak tau lak slaloonya citer mlayu hantu tak best

    26. nita kata:

      tunggu dvd je.

    27. zullinho kata:

      tunggu vcd dan dvd

    28. farhan kata:

      hahahahaha…..
      ak nk sangat tgk cte nie
      tp cemue bdk uma ak penakot..!!!!!!!!!!!!!

    29. haziyah kata:

      saya tak tahu sama ada seram ke tak atau best ke tak sebab saya belom tengok sebab itu saya cakap macam gitu.

    30. Honeybee kata:

      tggu tayang kat astro je…

    31. M.Faizal kata:

      tak seram sangat citer ni,berbanding jalan pandang belakang.

    32. seri kata:

      mmg seram lah citer congkak ni tapi cayalah!!!!!
      pasti dapat kaut lebih dr 10 juta…….caya deh

    33. aeril andrean kata:

      laen kali..ltk arh gmbr..br arh bez..ak rndu arh nk tgowk gmbr erin 2..!!!

    34. arieza kata:

      cite ni best laa..ade kelas! tahniah buat ahmad idham!

    35. mohd faiz kata:

      erin adalah seorang pelakon yang berbakat.walau bagaimanapun kita mestilah menyokong dia,bukannya mengutuk dia

    36. mohd faiz kata:

      kapada NurArina bte Abdul Malek teruskan perjuangan dalam bidang lakonan dan jangan ambil peduli para pengutuk yang mengutuk kerjaya anda

    37. zizie kata:

      eleh eleh………………….faiz……….
      romantik nye ngko………………………
      sape dpt ko mmg brtuah la ……………………..
      aikkkk
      kembang ker???????
      ha ha ha ha ha ha

    38. Adriana Marlisa kata:

      cite ni seram x.Kalau x seram saye nk tengok kat wayang.bile cite ni keluar.

    =========================
    PERHATIAN KEPADA PEMBACA BUDIMAN,

    SILA GUNA BAHASA YANG SOPAN DAN BERHEMAH KETIKA MENULIS KOMEN. SILA HINDARI DARIPADA MENYENTUH TENTANG SENSITIVITI INDIVIDU, AGAMA DAN PERKAUMAN.

    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM


    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:




















    Hits & Statistic





    View Blog Stats





    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK




    Ucapan Dato' Siti Nurhaliza