Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Sinopsis Filem CHERMIN



Poster Filem Chermin
Tagline: “Bayangan Mu Menyeramkan”

Saya baru sahaja menerima jemputan bagi menghadiri Majlis Pra Tonton Filem Chermin yang bakal menemui penonton pada 22 Mac ini. Terima kasih kepada Starry Eye Productions kerana sudi menjemput warga Sensasi Selebriti.

Untuk itu, saya perlu menjalankan tugas seperti biasa iaitu mempromosikan filem ini. Dan berikut adalah sinopsis serta info tentang filem Chermin yang dilampirkan bersama melalui email.

PENGENALAN
Chermin adalah sebuah filem cetera Starry Eye Productions yang pertama. Starry Eye Production merupakan sebuah syarikat penerbitan tersendiri yang baru ditubuhkan oleh adik-beradik penerbit Ummi Khaltoum Abdullah dan penulis/pengarah Zarina Abdullah.

Chermin adalah sebuah filem seram yang sangat indah. Ia menampilkan barisan bintang-bintang veteran dan penghibur-penghibur baru Malaysia yang paling berbakat seperti Deanna Yusoff, Natasha Hudson, Khatijah Tan, Farid Kamil dengan penampilan istimewa oleh Dato’ Mustapha Maarof, M.Rajoli dan Fauziah Nawi.

Ia juga menonjolkan seni perfileman, arahan seni dan koleksi kostum yang menakjubkan; kesan visual yang mengagumkan dari Oriental Post, sebuah syarikat post produksi Thailand yang bertaraf dunia; pengadun warna filem yang mengusahakan filem Kung Fu Hustle; muzik asal digubah oleh komposer pemenang anugerah Adelina Wong dan runut bunyi Dolby direka oleh pereka bentuk bunyi Hollywood yang pernah mengusahakan filem The Last Samurai dan Terminator 3.

Filem ini dibiayai oleh tabung filem Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA).

SINOPSIS FILEM CHERMIN:
Chermin adalah kisah seram yang sangat mendebarkan. Ceritanya mengenai seorang perempuan yang rohnya terperangkap dengan dendam dalam sebuah cermin antik. Plot cerita ini bertumpu kepada Nasrin yang mengalami kecacatan pada mukanya akibat kemalangan jalan raya yang penuh misteri.

Nasrin mendapati dirinya begitu tertarik kepada sebuah cermin antik warisan keluarga yang ditemui oleh ibunya. Akhirnya, Nasrin menjadi obses dengan cermin tersebut sehingga mengagumi roh cermin itu dalam usahanya mengembalikan kecantikan wajahnya.

Harga yang harus dia bayar ialah memuaskan tuntutan cermin tersebut yang menuntut darah dan dendam. Apakah dia sanggup mengorbankan cinta demi keangkuhannya? Adakah dia mampu melihat ke dalam dirinya dan melihat kecantikan dalamnya? Atau apakah yang tercermin di hatinya adalah bayangan cermin itu? Jangan lupa untuk mengikuti kisah selanjutnya. Saksikan di pawagam berdekatan mulai 22 Mac ini!

Untuk menonton trailer sila klik di sini: Trailer Filem Chermin

INFO FILEM CHERMIN

Sebuah Filem Oleh:
Zarina Abdullah

Dengan Kerjasama:
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)

Dibintangi:
Deanna Yusoff

Dan Memperkenalkan:
Natasha Hudson

Dibintangi Bersama:
Khatijah Tan
Farid Kamil
Soffi Jikan
Farah Ahmad
Sheila Mambo
Maimon Taib
Haryanto Hassan
Lisdawati
Ghazali Abu Noh
Catriona Ross

Penampilan Khas Oleh:
Dato’ Mustapha Ma’Arof
M. Rajoli
Fauziah Nawi

Penata Muzik:
Adeline Wong

Penata Bunyi:
Kantana & Addaudio

Solekan & Pakaian:
Adnan Rahman

Pengarah Seni:
Andy Sulaiman

Perunding Pos Produksi:
Kate James

Pos Produksi:
Oriental Post.Co.Th

Penerbit Eksekutif:
Ummi Khaltoum Abdullah

Penulis, Penyunting & Pengarah:
Zarina Abdullah

Watak Utama:
Mastura – Deanna Yusoff
Nasrin – Natasha Hudson
Mak Siti – Khatijah Tan
Yusuf  – Farid Kamil
Mak Ngah – Maimon Taib
Pak Din – Dato’ Mustapha Ma’Arof
Pak Ungku – M. Rajoli
Mak Lang – Fauziah Nawi
Minah – Sheila Mambo
Zakaria – Soffi Jikan
Rosnah – Farah Ahmad
Hassan – Haryanto Hassan
Zahrah – Lisdawati
Bomoh – Ghazali Abu Noh
Yasmin – Catriona Ross
Mak Andam – Maimunah Ahmad
Yati – Seri Suraya Razaman
Yakub – Irwan Iskandar Bin Abidin
Mak Din – Mariaty Hussin
Pak Man – Aziz Nani
Pak Ya – Kamaruddin Abdullah
Doctor – Dato’ Dr Hj Abu Hassan Asaari Abdullah
Nurse – Yogeswari A/P Vello
 

Pelakon tambahan:
Orang Kampung Janda Baik
Ghazal Group – Aneka Ghazal
Stuntman – Najmi Bin Ismail
Wan Halimatussadiah Mad Daud
Salmiza Abdul Kadir
Harison Binti Din
Juliana Binti Abd Samad
Yati Alawiyah Mohd Nor
Ziela Johan
Jamilah Ismail
Ramlan Abd Ghani
Mohd Hairulsyukree Zawawee
Yati Alawiyah Mohd Nor
Puan Hasmah Binti Haji Harun
Haji Mohd. Said Bin Karim
Ummi Khaltoum Abdullah

Layari: http://www.chermin.com.my

Antara gambar dan foto dari filem CHERMIN:

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Chermin To Be Screened At Italian Film Festival
  • Chermin Catit Sejarah Filem Malaysia Pertama Ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival
  • Profile Para Pelakon Filem CHERMIN
  • Sekitar Tayangan Media Filem Chermin
  • Natasha Hudson Pelakon Tipu Kanan Tipu Kiri Hamil 4 Bulan
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari Berkahwin 4 Ogos?
  • Sebalik Tabir Pembikinan Filem CHERMIN
  • Selamat Datang ke Dunia Blog, Natasha Hudson!
  • Foto-foto dari Filem Qabil Khushry Qabil Igam



  • 7 Komen untuk entri “Sinopsis Filem CHERMIN”

    1. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Ulasan Filem Mukhsin: Skrip & Falsafah Kehidupan kata:

      [...] Saya cukup terkilan kerana filem terbaru CHERMIN yang akan menemui penonton pada 22 Mac ini tidak diwar-warkan dengan promosi yang hebat. Ramai yang tidak menyedari kewujudan filem lakonan Deana Yusuf dan Natasha Hudson ini. Saya telah pun menonton filem Chermin di majlis pra tonton yang diadakan di One Utama. [...]

    2. Sensasi Selebriti » Blog Archive » Profile Para Pelakon Filem CHERMIN kata:

      [...] Kini, sudah jelas pada kita akan kebanjiran filem-filem genre seram. Setelah tayangan filem CHERMIN pada 22 Mac, penonton akan dijamu pula dengan filem Jangan Pandang Belakang. [...]

    3. abby kata:

      hye budiey,

      saya dah tonton film chermin ni, quite ok la, but not excellent, bg saya film ni ader 2 benda,

      1) tak logik
      mmg tak logik bab natasha balik umah dia dan masa adik si sheila mambo nak balik umah, ader lagi ke org tinggal kat umah dlm hantu yg memang gelap gelita mcm tuh, jauh giler dr umah org lain tuh, penonton tepi saya pon komen benda sama
      - masa si rosnah nak balik umah dia tuh, giler ke ape jln camtuh, shortcut pon jgn la sampai kena redah utan sampai mcm tuh sekali
      - bab masa si natasha masuk ‘hantu’ tuh, ader ke patut pakai ctc lense, memang x real langsung

      2) seksi
      -pakaian natasha seksi giler. duk kat kampung pakai mcm tuh ker? esepcially masa dia kuar ngan jasmin tuh

      kesimpulannya:

      bravo for natsha hudson, walau tiada asas lakonan yg spt org lain, dia mmg bagus
      deanna yusuf lak, mmg cantik dlm film ni, tapi bab dia sebut ‘ mana anak tuh ‘ sambil pegang keris tuh, dia ckp slang omputih sket

      sorry kalau saya tersalah kata n bahasa
      ciao

    4. diah kata:

      Sape yang jadi Dr Tue. Suara best Giler

    5. diah kata:

      Salam………

      kenapa suara dr lain macam…….

      best jugak layan cerita nie

    6. diah kata:

      lupe pulak?

      Siapa pelakon yang bawa watak dr tue? kitaorang nak berkenalan?

    7. Mohammed Shahril kata:

      boleh saya tahu , pelakon tambahan dalam filem ni , dari agensi mana ?

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK