in ,

Sinopsis Filem Chantek

Sinopsis Filem Chantek

AD, seorang bintang filem yang hidupnya mewah dan ceria tetapi menjadi buta setelah dilanggar kereta sejurus terserempak dengan tunangnya yang berlaku curang. Akibat tersangat kecewa, AD memencilkan dirinya di rumah penginapan.

Pengurus AD iaitu SAM mengupah CHANTEK, seorang pembantu rumah perempuan dari Indonesia yang terpaksa menyamar sebagai lelaki untuk menenteramkan AD yang masih fobia dengan perempuan. Lama-kelamaan kerana kebaikan AD dan kemesraan mereka berdua, CHANTEK terpaksa mendedahkan rahsianya. Walaupun marah, AD sedia memaafkannya kerana kejujuran CHANTEK membantu memulihkannya dan akhirnya mereka berdua telah jatuh cinta.

Namun hati CHANTEK berubah setelah terjumpa skrip yang mengisahkan tentang percintaan seorang lelaki dengan pembantu rumahnya, dia terasa diperbodohkan dan dipergunakan oleh AD sebagai bahan latihan filemnya.CHANTEK benar-benar terasa dirinya ditipu dan hatinya dipermainkan dan lantas melarikan diri.

Akibatnya, AD tidak ketentuan arah dan tidak dapat berlakon semula kerana terkenangkan CHANTEK. Berjayakah AD bertemu dan memenangi hati CHANTEK kembali? Saksikan kisah seterusnya dalam filem romantik komedi, CHANTEK arahan Pierre Andre di pawagam bermula 16 Februari 2012!

“Kebahagiaan adalah kejujuran & kepercayaan…”

Poster Chantek

Info CHANTEK
Filem : Chantek
Genre : Romantik Komedi
Durasi : 90 minit
Tarikh Tayangan : 16 Februari 2012
Klasifikasi Filem : U
Syarikat Penerbit : Empat Semudra Plantation Sdn Bhd
Penerbit : Hisham Bin A.Karim
Pengarah : Pierre Andre
Penulis Skrip : Pierre Andre
Penulis Lakon Layar : Pierre Andre
Pengarah Fotografi : Rahimi Bin Maidin
Pengarah Seni : Mohd Fazreen Bin Mohammad Sabari
Pembantu Pengarah : Dharma Aizat Baharum & Amal Ariff Ahmad Yusri
Penyunting : Ahmad Mustadha
Pengedar & Promosi : Alternate Pictures Sdn.Bhd

Barisan Pelakon
Pelakon Utama : Pierre Andre sebagai AD
Pelakon Utama : Nurul Ekasari sebagai Chantek
Pelakon Pembantu : Maimon Mutalib sebagai Ibu Citra
Pelakon Pembantu : Kin Wah sebagai Sam
Pelakon Pembantu : Abon sebagai Penerbit

Fan page Chantek : www.facebook.com/FilemChantek
Chantek Official Trailer : http://www.youtube.com/watch?v=1UfzI8a4flM

Gambar-Gambar Di Sebalik Tabir

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Movie Still Chantek

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sesi Pendaftaran Party Ulangtahun Budiey.com Ke-5

Rumah Wardina Safiyyah Dirompak